HR 7

194 24 0
                                    

JARINYA menari di atas skrin telefon sebelum akhirnya letak atas meja. Hirzan capai pula gelas jernih dengan air nescafe panas.

"Apa yang bahagia sangat nampaknya tu. Tersengih-sengih," tegur Qarizh bila tengok Hirzan tak sudah tersengih macam kambing terencat.

Mesej dengan siapa pun tak tahu.

"Tak ada apa," jawab Hirzan seraya meletakkan gelas minumannya.

"Eleh, dengan Qis la tu." Qarizh mencebik cuba meneka.

Bila tengok Hirzan senyum meleret, betul la tu.

"Jadi kau memang serius la nak dia ni? Sampai sanggup keluar Elit. Dia nak terima kau ke?" Qarizh ketawa kecil.

"Kenapa pula dia tak nak terima? Aku pakej lengkap apa..."

"Habis kau minta cuti ni. Buat apa? Pergi merisik?" soal Qarizh.

"Beragak la. Aku mana tahu rumah dia. Masa couple dulu pun, tak pernah keluar dating. Tapi tak apa... Buat sampai jadi," balas Hirzan bersama tawa kecil dan diselangi dengan gelak Qarizh juga.

Dulu, dia selalu cerita serba sedikit tentang Qis kepada Qarizh. Ada aje orang lain yang tahu tapi tak la macam Qarizh tahu. Sebab boleh dikatakan, kawan rapat cuma beberapa orang saja.

Sebelum masuk Elit, dia satu pasukan dengan Qarizh dalam pasukan khas. Jadi sebab itulah. Dan ada juga beberapa dari unit lain termasuk Aidid.

"Tak ada la. Aku saja minta cuti sebab nak bawa family aku pergi bercuti. Ambil angin sikit," jelas Hirzan.

"Aduh bosan la aku, kau tak ada."

Hirzan mencebik. "Ah! Gedik la kau. Bukan sebulan. Lima hari aje pun."

Seorang lelaki muncul menegur Hirzan dan Qarizh dari belakang sebelum ambil tempat duduk bertentangan dengan mereka.

"Macam mana?" tanya Hirzan.

Dia terima mesej daripada Aidid malam semalam berkenaan 'kuih' yang dia beri tempoh hari untuk ujian analisa.

Aidid tolak bekas tupperware berwarna kelabu dan ada gambar beruang memegang payung sedang bermain hujan di tengah penutupnya.

Hirzan tahu, barang yang dia bagi ada dalam tupperware itu.

"Tak sedap," komen Aidid.

Hirzan dan Qarizh saling berpandangan. Maksudnya analisa Aidid terhadap nota ugutan itu tak menjumpai apa-apa pun.

"Macam mana pula. Tu kan tulisan tangan," kata Qarizh. Sedikit perlahan suaranya.

"Memang la. Masalahnya yang tukang buat ni tak tinggalkan kesan langsung. Yang ada cuma cap jari korang. Yang aku dapat cuma dekat tulisan dia aje," terang Aidid.

"Maksud kau?"

"Tak penting. Kalau kau tahu pun, bukan kau boleh cari orang tu." Bagi Aidid, dah cukup sukar. Lagi pun tak semua orang ada keupayaan dominan dan resesif dalam masa yang sama.

"Penting sebab yang tahu pasal aku dengan Qis cuma keluarga aku, korang berdua dan budak-budak kita tu pun tak semua," kata Hirzan.

Mata Aidid sedikit buntang kemudian pandang Hirzan dan Qarizh silih ganti. "Ada syak sesiapa ke?" soal Aidid perlahan. Dia pun nak tahu juga.

"Tak ada. Sebab tu aku nak tahu detail walaupun besar kuman je."

Kemudian kedengaran Qarizh mengeluh. "Tu la kau... Bocorkan maklumat sendiri." Nak saja dia ketuk kepala Hirzan. "Walaupun dalam Imperial ni, kau tetap tak boleh dedahkan apa-apa dan percayakan sesiapa. Kau bayangkan ada orang nak tembak kepala Aidid ni dan paksa dia bagi tahu apa-apa pasal kau... Mahu tak terkencing dia ni."

Aidid yang mendengarkan itu terus tegak duduknya dan pandang Qarizh atas dan bawah. Suka hati dia saja.

"Bukan sengaja. Itu pun sebab Tuan Zed yang nampak gambar polaroid Qis dalam locker aku. Pastu dia tanya masa Elit tengah ada operasi. Depan semua orang pula tu dia tanya. Dah cepat bagi tahu aku apa benda yang kau jumpa tu," minta Hirzan.

Dia dapat jumpa orang itu atau tidak, itu kemudian. 

"Okay, tapi aku tak tahu secara terperinci. Aku cuma tahu surface je. Dia ni kidal tapi dalam masa yang sama dominan tangan kanan juga. Atau kita panggil ambidekstrus dan dalam 100 orang, seorang je yang ada itu pun belum tentu. Kenapa aku cakap macam tu sebab...  Dia guna kedua-dua tangan untuk tulis nota ni dalam masa yang sama," jelas Aidid siap buat gaya tangan kiri dan kanannya bergerak-gerak.

"How is that possible?" Qarizh terkejut. Seumur hidupnya baru tahu pasal orang boleh guna kedua-dua tangan dalam masa yang sama. Atau dia pernah nampak sebelum ni cuma short memory?

"Well it's a rare ability." Aidid angguk.

"Kenapa pula dia nak buat macam tu?" Hirzan berkerut sambil otaknya cuba fikirkan kemungkinannya. Matanya masih tetap pada Aidid. Lelaki itu senyum tipis seolah sedang telepatikan jawapan.

"Dia tak nak dikesan?" Hirzan meneka.

Kepala Aidid mengangguk. "Exactly!"

"Kalau macam tu baik dia cuba cara lain. Taip lepas tu print," celah Qarizh pula.

"Aku tak rasa dia ada masa. Mungkin dia tulis dan panahkan kat aku supaya aku berhenti kejar orang-orang dia masa tu." Dan apa yang berlaku ketika itu terlayar sedikit demi sedikit di ruang matanya.

Dia hampir berjaya berkas orang-orang yang culik anak orang kaya Rusia itu dulu. Memang masa tu Tatiana berjaya diselamatkan tapi kalau pulang tanpa penjenayahnya, umpama masih balik dengan tangan kosong.

Kerana ayah kepada Tatiana juga mahu tahu siapa orangnya. Tapi bila dia terima anak panah bersama nota itu, dia terpaksa berhenti. Rasa luruh jantungnya bila terbaca nama Qis.

"Okay, kau dah tahu. Sekarang kau nak buat apa?" tanya Aidid.

Qarizh juga tunggu jawapan daripada Hirzan.

"Nothing. Aku pun dah tarik diri dari Elit. Apa-apa kes pasal Tatiana tu nanti dah tak ada kena mengena dengan aku," balas Hirzan lalu menghabiskan airnya yang sudah suam-suam kuku.

"Tapi tak perlu la sampai keluar dari Elit. Kau kerja keras untuk masuk Elit kot. Sekurang-kurangnya kau boleh tolak kalau Jeneral suruh. Tapi kalau ada misi lain, kau pergi aje la," bicara Qarizh cuba memujuk lagi.

Bukan apa, macam dia cakap sebelum ni... Potensi Hirzan terlalu besar untuk duduk saja dalam pasukan Khas. Tempat lelaki itu sepatutnya dalam Elit. Kalau tak kerana Hirzan terlibat dalam Ops : Tatiana, entah bila masalah itu akan selesai walaupun pelbagai ejen didatangkan dari negara-negara lain.

Tapi Hirzan cuma senyum.

"Aku mengaku, aku sayang kerja dalam Elit tu tapi aku lagi sayang Manja aku. Aku rindu dia tapi sebab aku ni terlalu bahaya untuk dia jadi aku kena la berkorban." Dia sudah putuskan.

His ReturnWhere stories live. Discover now