BMH ⦂ 03

10.7K 557 49
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa kamu buat ni Helina ?! Kamu ni memang layak berhenti sekolah , rugi arwah mak kamu susah payah bayar yuran sekolah kamu dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa kamu buat ni Helina ?! Kamu ni memang layak berhenti sekolah , rugi arwah mak kamu susah payah bayar yuran sekolah kamu dulu . Ni dah umur masuk dewasa otak cetek sangat tak reti nak beza halal haram !" Hina Pak Nazim , Helina mengemam bibirnya itu .

Air mata nya laju mengalir , dia tidak tahu mahu membalas mulut dengan orang di hadapannya itu .

Jari jemarinya di ramas-ramas , hatinya sakit tatkala menerima hinaan sebegitu . Serta merta dia terbayang wajah arwah ibunya yang kesedihan .

Tok Alang yang tidak senang duduk melihat cucu saudara nya di herdik sebegitu, terus dia bangkit dari duduk dan memegang bahu Pak Nazim.

"Cukup , Nazim. Aku kenal cucu aku . Dia tak buat perkara yang melanggar syarak macam tu , jangan hina cucu aku macam tu" Bela Tok Alang , matanya mencerlung tajam memandang Pak Nazim.

"Terang lagi bersuluh , Tok Alang . Dia buat maksiat dengan budak bandar tu ! Malu lah Tok Alang macam ni nanti , dapat cucu saudara macam dia ni !" Bidas Pak Nazim lagi .

Helina mengetap bibirnya itu , kepala nya di geleng laju .

Apa yang di kata kan oleh Pak Nazim itu adalah tidak benar ! Mahu sahaja dia mengatakan sebegitu tetapi mulut nya enggan membuka untuk membela diri nya.

Zhareef yang duduk tidak jauh dari mereka hanya memerhati Helina yang menangis sambil di herdik oleh Pak Nazim.

Wajah nya seakan tenang sahaja seperti tiada apa yang berlaku . Dia juga tidak tahu mengapa .

Mata nya memandang Tok Alang , wajah tua itu jelas sedih memandang cucu saudara nya di herdik sebegitu .

Dia bangun dari duduk dan berjalan menuju ke arah Pak Nazim .

"Kami masih waris , pak cik . Saya bukan nak mencerlung masuk campur tentang perkara ni tapi saya nak pesan dekat pakcik untuk jaga tutur kata pakcik bila berdepan dengan dia . Dia perempuan , martabat seorang perempuan kita tak boleh memperlekehkan." Zhareef mula bersuara dengan tenang .

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now