BMH ⦂ 53

6.4K 355 28
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHAREEF termenung di luar jendela , dia melihat pemandangan diluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHAREEF termenung di luar jendela , dia melihat pemandangan diluar .

Bahu Zhareef disentuh oleh Mikael yang membuatkan jejaka itu menoleh memandangnya sekejap , Mikael duduk melabuhkan bersebelahan Zhareef.

"Reef , sampai bila kau nak macam ni ? Makanan pun seminggu kau tak sentuh Reef .. Jangan seksa diri kau macam ni.." sayu Mikael melihat sahabatnya seperti tidak terurus.

Semenjak seminggu Helina menghilang tanpa khabar Zhareef banyak mendiamkan diri dari semua orang termasuk lah Mikael .

Hati sahabat mana lah yang suka melihat sahabatnya berubah seratus lapan puluh darjah .

Puan Hamisyah juga mengadu dekatnya yang Zhareef lebih banyak berkurung dalam bilik sambil bermain dengan Haysha tak pun bawa Haysha berjalan sekejap keluar.

Terkadang juga dia datang mencari Helina lagi kerana risau dengan Helina yang menghilang tanpa khabar.

"Aku risaukan isteri aku Reef .. Tadi aku cari dia , aku tak jumpa dia lagi dah seminggu aku cari dia ... Kalau apa - apa jadi dekat isteri aku , aku tak akan maafkan diri aku Kael .." serak sahaja suara Zhareef meluah .

Mikael memandang wajah Zhareef yang sudah dipenuhi air mata yang kering . Mata Zhareef pula sudah sembap seperti sudah lama tidak tidur .

"Reef ... Aku yakin Helina baik - baik je . Kau jangan bersedih macam ni hm? Kita doakan yang baik - baik untuk isteri kau dan aku doakan kau dapat jumpa Helian dan betulkan apa yang sudah salah faham terjadi" pujuk Mikael .

"Kau kena makan tau , Reef . Kalau satu hari nanti Helina jumpa kau mahu dia sedih tengok kau macam ni" sambung Mikael lagi .

Zhareef mengeluh kecil lalu mengangguk kepalanya itu .

"Nanti aku makan lah , Mikael..Aku tengah tak ada selera nak makan.." Ujar Zhareef lagi , Mikael memegang bahu Zhareef.

"Kau ingat aku kenal kau sehari dua ke ? Aku dengan kau dah kawan bertahun Reef . Aku dah lama kenal kau , kalau kau tengah ada masalah belum tentu kau akan makan Reef . Jadi , aku nak kau makan tu makanan bonda kau dah buatkan . Kesian lah dekat bonda kau susah payah buatkan" bebel Mikael dengan nada serius .

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now