KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
DAHINYA BERKERUT , matanya merenung sekeliling ruang bilik itu . Perlahan - lahan dia duduk untuk bersandar di dinding katil .
Kepalanya juga masih berasa denyutan yang kuat membuatkan dia mencelitkan mata beberapa kali
"Kau dah bangun?" Tiba-tiba suara garau yang cukup dikenalinya menyoal
Helina mengangguk kepalanya , dia memandang hidangan makanan yang berada dia dalam tray makanan itu .
"Pening lagi?" Soal Zhareef dengan nada yang risau , rambut Helina di selitkan ke belakang cuping telinga
"Pening tu kurang dah ..urm , macam mana saya boleh ada dekat sini ?" Helina memandang Zhareef polos , dia juga tidak tahu apa yang terjadi selepas sahaja dia pengsan
"Lepas kau pengsan aku terus bawa kau pergi balik hotel lepastu aku check kau okay atau tidak." Balas Zhareef, Helina mengetap bibirnya dia serba salah pengsan waktu itu
"Maafkan saya , Haiyan.. Saya cuma takut dengan gelap .." Perlahan sahaja dia mengatakan kenyataan itu sambil menunduk kepala
Zhareef memegang tangan Helina dengan erat , Helina yang terkedu dengan tindakan Zhareef masih terus menunduk.
"Look at my eyes, sayang ." Arah Zhareef, Helina memandang tepat mata Zhareef. Mata itu menatap lembut sahaja bukan seperti selalu.
"Bukan salah kau Helina aku pon bersalah sebab aku tak tahu kau takut gelap . Niat aku cuma nak buat surprise sahaja. Aku minta maaf... mesti kau tak suka kan? " Zhareef mengusap belakang kekura jari tangan Helina dengan nadanya yang semakin mengendur
Helina tersenyum lembut lalu menggeleng kepalanya , tapak tangannya yang sedikit kecil itu diletakkan pada kedua belah pipi Zhareef untuk memandangnya .
"Siapa kata saya tak suka? Saya suka surprise awak , awak nyanyi lagu untuk saya pun saya dah gembira walaupun trauma saya datang . Salah saya juga sebab tak bagitahu awak yang saya ada trauma dekat awak" lembut sahaja nada Helina memujuk Zhareef
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...