BMH ⦂ 51

6.5K 347 48
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHAREEF tidak berani memandang wajah isterinya yang sudah memandangnya bengis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHAREEF tidak berani memandang wajah isterinya yang sudah memandangnya bengis .

"Saya tanya awak , Haiyan ! Pandang saya dan cakap semua tu memang betul ataupun tidak !" Helina menjerkah di hadapan suaminya itu .

Zhareef menggenggam tangannya sehingga berbentuk seperti penumbuk , dia kesal dengan dirinya sendiri . Semua ini adalah salahnya dah isterinya berhak untuk memarahinya.

Matanya memandang tepat pada mata merah Helina , jujur hatinya juga terguris melihat wanita yang dicintai menangis kerana kesilapan bodoh nya itu.

"Selama ni awak kahwin dengan saya hanya terpaksa sahaja ke, Haiyan? Awak takut saya mengemis harta awak dan malukan awak lepas apa yang terjadi dekat kita ?" Soal Helina dengan nada kesal , dia sungguh kesal dengan suaminya itu . Hatinya bagai dirobek-robek.

"Sayang.." Tangan Zhareef ingin memegang tangan Helina itu tetapi Helina bertindak menepis kasar tangan suaminya itu .

"Hina sungguhkah orang miskin macam saya sampai awak fikir saya begitu ?" Helina memandang Zhareef yang menggeleng kepalanya itu.

"Sayang .. bukan macam tu .." Zhareef mati kata , dia tidak boleh untuk membuka mulutnya itu . Mulutnya terasa seakan berat untuk dibuka.

"Habistu macam apa Haiyan? Awak kata sahaja lah yang selama kita kahwin ni awak hanya berpura - pura untuk mencintai saya . Hebat sungguh lakonan awak , Zhareef Haiyan !"

Zhareef menggigit bibirnya bagi menahan rasa , dia menggeleng ingin sahaja dia membetulkan kesalahfahaman isterinya itu .

Tangan Helina cuba dipegang lagi tetapi kali ini Helina tidak menepis tangannya , hatinya sakit melihat isterinya yang sudah menangis .

Dia lah punca isterinya menangis sebegitu , apa kau dah buat dekat isteri kau Zhareef...

"Apa yang sayang dengar itu betul .. tapi" ayat Zhareef dipotong oleh Helina .

"Tapi awak ingat rahsia awak tu tak akan terbongkar dan kalau tak terbongkar pun awak masih nak mempermainkan perasaan saya?" Sinis sahaja Helina menyoal dengan memandang penuh kecewa dan benci ke arah suaminya itu.

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now