BMH ⦂ 59

6.4K 374 117
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHAREEF masuk ke dalam biliknya selepas sahaja makan malam bersama dengan yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHAREEF masuk ke dalam biliknya selepas sahaja makan malam bersama dengan yang lain. Zhareef juga turut membawa makanan untuk Helina kerana wanita itu enggan makan dari tadi .

Tray makanan diletakkan di atas meja kecil lalu dia duduk ditepi katil , Helina yang sedang menonton televisyen dipandangnya .

"Yang , jom makan hm? Hubby ada bawakan awak makanan , sayang kan suka makan ikan patin masak tempoyak ? Hubby suapkan ya?" Zhareef mengukir senyuman manis ke arah Helina , Helina memandang Zhareef dengan wajah menyampah.

"Awak nak apa ? Kan saya kata saya tak nak makan? Tak faham bahasa ke ?" rimas Helina dengan nada tak suka .

"Tapi tadi sayang tak makan tengah hari , kesian dekat anak kita mesti lapar . Sayang kena makan juga walaupun sayang tak nak sebab vitamin ni sayang kena makan . Sayang makan ya?" pujuk Zhareef .

Helina merengus geram lalu duduk tegak menghadap Zhareef yang sudah memegang nasi dan lauk ikan patin masak tempoyak .

"Baca doa dulu sayang" Helina mengukir sahaja apa yang di suruh oleh Zhareef.

Usai sahaja membaca doa makan , Zhareef mengambil sedikit nasi dan lauk menggunakan tangannya itu .

"Bismillahirahmanirahim." Zhareef menghalakan ke arah mulut Helina , Helina membuka mulutnya lalu Zhareef menyuap makanan ke dalam mulut isterinya itu.

Helina mengunyah isi makanan itu seperti tidak makan seminggu, Zhareef menyembunyikan senyumannya itu .

Dia tahu isterinya lapar tapi isterinya lebih meninggikan sahaja egonya untuk tidak mahu makan dan mengabaikan kesihatan.

"Nak lagi." Pinta Helina dengan mulutnya yang terbuka ingin disuap lagi . Zhareef mengukir senyuman .

"Boleh , yang . Kan lapar tu" Zhareef menyuap lagi makanan ke arah Helina. Helina hanya menggaru lehernya itu .

"Boleh tak awak turunkan sejukkan lagi aircord ? Panas lah !" Rungut Helina dengan lehernya yang kerap digaru - garu menandakan panas.

Zhareef mengangkat keningnya itu lalu memandang alat kawalan penghawa dingin itu .

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now