BMH ⦂ 58

6.3K 347 28
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN Puan Syuhada di salam oleh Helina , berat juga hatinya mahu meninggalkan wanita di hadapannya ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN Puan Syuhada di salam oleh Helina , berat juga hatinya mahu meninggalkan wanita di hadapannya ini

Tubuh Helina terus dipeluk erat oleh Puan Syuhada sama juga dengan Helina . Mereka berdua memeluk erat antara satu sama lain.

"Jaga diri baik - baik Helina . Kandungan Helina pun jaga ya ? Makan jangan lupa okay ? Lebih penting jangan lari lagi tanpa kebenaran Zhareef , dia suami kamu jadi dia juga perlu tahu kamu pergi mana, okay?" pesan Puan Syuhada selepas sahaja memeluk wanita itu .

Helina tersenyum nipis lalu mengangguk kepalanya itu , Zhareef hanya mendiamkan diri sambil mendengar pesanan Puan Syuhada untuk isterinya .

"Ha Reef kamu pun jangan sakitkan hati Helina . Ada masalah kamu berdua cuba berbaik dan betulkan kesalahan masing-masing , faham?" pesan Puan Syuhada lagi .

"Baik lah , umi . Terima kasih sebab jagakan isteri Reef , Reef terhutang budi dengan semua sebab tengokkan isteri Reef" Zhareef mengukir senyuman manis ke arah ahli keluarga Puan Syuhada , dia sungguh terhutang budi akan mereka semua.

"Terima kasih , umi Kak Ayra dan Abang Aekal sebab sudi berikan Helina duduk sini untuk beberapa minggu . Maaf kalau Helina ada bebankan semua.. Ada masa , Helina melawat ya?" ujar Helina dengan menyalam tangan Puan Syuhada dan Ayra.

"Helina tak bebankan kami pun . Nanti datang lah ke sini , pintu rumah sentiasa terbuka untuk awak" Ayra mengukir senyuman manis dengan tangan Helina digenggam kemas .

Helina mengangguk senang mendengar kata-kata wanita itu , tangannya tiba - tiba dipegang oleh Zhareeef.

"Jom , sayang? Kita pulang hm?" ajak Zhareef dengan nada yang lembut , Helina mengangguk kecil kepalanya itu .

"Kami balik dulu ya?" pamit Zhareef lalu membuka pintu kereta untuk Helina , Helina masuk ke dalam perut kereta sempat dia melambai mereka.

Zhareef juga turut masuk ke dalam perut kereta bahagian pemandu dan memakai tali pinggang lalu tingkap kereta diturunkan.

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now