BMH ⦂ 29

7.6K 412 45
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HELINA yang sedang membasuh pinggan itu diperhati oleh Elmenda sebelum dia melangkah ke arah nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HELINA yang sedang membasuh pinggan itu diperhati oleh Elmenda sebelum dia melangkah ke arah nya

"Hi , Helina right nama you?" Sapa Elmenda dengan senyuman sumbing.

Helina yang tadi membasuh pinggan terhenti seketika lalu memusingkan badannya untuk memandang wajah Elmenda .

"Yeah, nama saya Helina kenapa? Ada masalah?" Soal Helina dengan mengangkat keningnya itu .

"No lah , I saja je sapa you . You kan wife best friend I , mana tahu I boleh jadi madu you ?" Selamba sahaja Elmenda melontarkan kata - katanya itu

Helina mengetap bibirnya menahan rasa, pinggan yang dipegangnya itu hampir sahaja ingin melayang pada wajah Elmenda.

"Madu kepala hotak cik Elmenda lah! Kalau cik berangan nak jadi madu saya , langkah dulu mayat saya ! " Marah Helina lalu melanggar kuat bahu Elmenda sehingga membuatkannya terundur ke belakang.

Mayra , Myra dan Aniq yang terlihat aksi itu tersenyum puas dengan tindakan Helina terhadap Elmenda.

Elmenda pula memeluk tubuhnya itu dan beriak seperti tiada apa - apa yang terjadi .

"Ayang? Kenapa muka marah je ni?" Tanya Zhareef yang baru sahaja masuk ke ruang dapur .

Helina menggeleng kepalanya lalu menyebamkan wajahnya pada lengannya yang terletak di atas meja makan.

Zhareef duduk di sebelah isterinya itu dan kepala Helina yang ditutupi dengan selendang itu diusapnya.

"Sayang hubby ni kenapa hm?" Soal Zhareef lagi , Helina mengangkat mukanya lalu memandang wajah tampan milik Zhareef.

"Hubby tak akan kahwin lain kan? Hubby tak akan bagi sayang madu kan?" Tanya Helina dengan mata yang sudah berkaca .

Zhareef tercengang mendengar soalan Helina itu , tiada angin tiada ribut tiba - tiba sahaja Helina menyoal tentang bermadu pula?

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now