BMH ⦂ 46

6.3K 313 47
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ASSALAMUALAIKUM, Kami dah balik"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ASSALAMUALAIKUM, Kami dah balik"

"Alhamdulilahh dah balik dah kamu berdua . Haysha tu daddy mummy dah balik " ujar Puan Hamisyah sambil mendukung Haysha berjalan ke arah Zhareef dan Helina.

Zhareef meletakkan beg bagasi ditepi pintu sebelum menyalami tangan bondanya selepas Helina menyalam tangan bonda dan memeluk tubuh wanita tua itu.

"Maaf bonda sebab tinggalkan Haysha dengan bonda . Haiyan lah culik Helina katanya nak suruh teman dia jalan tahu - tahu ke Terengganu dia bawa" adu Helina.

"Biasa si Reef ni . Suka sangat buat surprise tahu - tahu kita dah dekat sana dah . Lagipun bonda faham kamu berdua perlukan ruang nak luangkan masa berdua macam honeymoon kali kedua"

"Alah , bonda ni ... Mesti lah , orang kata nak rezeki melimpah kena bahagiakan wife dahulu . Lagipun Reef sayang isteri Reef seorang ni je"

"Ha ye lah kamu ni . Sebaik lah menantu bonda ni penyabar orangnya " Puan Hamisyah menggeleng kepalanya itu , Helina pula bermain dengan Haysha sahaja .

"Sayang mummy ~"

"Aaa" Haysha mengangkat kedua belah tangannya ke arah Helina meminta ingin didukung .

"Badan Haysha pagi ni terdedah sikit ni tapi sekarang reda lah bonda rasa tadi ni pun meragam je" kata Puan Hamisyah selepas sahaja Helina mengambil Haysha .

"Bonda tak bawa Haysha pergi klinik?" Soal Zhareef lalu pergi mendekat ke arah Helina dan menyentuh dahi si kecil itu .

"Bukan bonda tak nak tadi bonda nak je bawa tapi kamu berdua dah balik ni kamu tengok lah Haysha" jawab wanita tua itu.

"Oh , sebaik lah anak kesayangan bonda ni doktor tau." Bangga Zhareef dengan keningnya terjungkit-jungkit.

"Ye lah , tu tengokkan lah cucu kesayangan bonda tu ." Puan Hamisyah menepuk lengan anak bongsunya itu.

"Yang , biar hubby tengokkan demam Haysha kejap boleh tahu kenapa dengan Haysha ni" Zhareef mendukung Haysha itu lalu mencium pipi si kecil itu.

"Kesian sayang daddy ni demam ya? Meh daddy check sayang daddy ni" Zhareef melangkah naik ke atas , Haysha pula melentokkan kepala dibahu jejaka itu.

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now