BMH : 69

8.1K 400 78
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

4 BULAN BERLALU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

4 BULAN BERLALU..

HELINA yang sedang duduk bersila sambil membantu Qalisha menghias barang hantaran untuk dibawa ke majlis pernikahan Qalisha dengan cinta gadis itu Aiman esok pagi.

Diam - diam sudah berpunya rupanya si kakak iparnya itu , gembira dia .

"Ayang?" Panggil Zhareef lalu duduk bersila bersebelahan isterinya yang ligat membantu kakaknya hias hantaran.

"Hm? Ya hubby?" Sahut Helina lalu memandang suaminya itu sekejap sebelum fokus menghias hantaran itu .

"Sayang rehat lah, tak elok bersila lama - lama dekat karpet ni awak kena ingat yanng awak tu dah sarat sayang" tegur Zhareef .

Dari tadi wanita itu tidak rehat , bukan dia tidak nampak yang isterinya kerap mengusap perutnya .

"Sayang okay je lah hubby , sayang nak juga tolong Kak Ngah siapkan hantaran dia ni kan esok kakak hubby nak kahwin" balas Helina .

Zhareef menggeleng kepalanya , degil betul isterinya itu nanti ditegurnya lagi mahu menangis wanita itu.

"Hubby tahu esok majlis nya tapi awak kena ingat awak tu mengandung dari lepas isyak tadi tak rehat sekarang dah pukul 11 sayang . Kang esok elok majlis nikah Kak Ngah jadi hari sayang bersalin macam mana ?" Lembut sahaja Zhareef menegur lagi.

Helina menepuk dada Zhareef dengan bunga palsu yang dipegangnya , dahinya berkerut tidak suka.

"Hubby ni apa kata macam tu? Sayang kan bersalin next week jadi boleh lah sayang tolong Kak Ngah ni sekali sekala je , please?" Helina mengelip - ngelip matanya itu.

Zhareef menggaru pipinya itu sebelum Puan Hamisyah mula membuka mulut.

"Allahuakhbar , Helina oi ! Kamu memang dari tadi bersila je dekat karpet tu ? Bangun bangun ! Kamu tu dah sarat dah Helina jangan bersila kat bawah , pergi rehat ibu mengandung kena rehat jangan biasakan berjaga" bebel Puan Hamisyah.

Helina mengemam bibirnya itu lalu dia menoleh memandang Zhareef meminta jejaka itu bersuara.

"Hubby tak tahu . Hubby dah tegur tadi , bukan? Sayang pergi lah rehat , bonda bebel sebab bonda sayang . Hubby pon nak mandi balik badan hubby dah berpeluh tolong papa dengan ayah dekat luar tadi. Jom masuk bilik hm?"

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now