KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
RENUNGAN sayu diberi oleh Helina melihat dua tanah kubur yang masih merah itu .
Air matanya tidak berhenti mengalir sambil mendukung bayi perempuan di lengannya itu dengan mulut menggeletar melontarkan bacaan yaasin.
Dia memandang dua nama yang tertulis di dua batu nisan itu .
Hayden Arrash Bin Muhammad .
Hayra Aleesha Binti Hail Hafiz .
Tidak dia sangka bahawa mereka yang terpisah sementara atas keadaan tetapi akhirnya bertemu kembali buat selamanya di rumah Allah .
Wajah lena anak buahnya itu direnung penuh belas kasihan akan nasib si kecil ini , dia berjanji bahawa dia tidak akan mengabaikan si kecil ini dan akan menjaga Haysha sehingga lah akhir nafasnya.
Haysha , mummy akan jaga awak dan didik awak ya sayang?
Usai membaca bacaan yaasin , Helina menyiram kubur si kakaknya dan juga Pak Hafiz dan Tok Alang. Zhareef dengan Mikael juga menyiram kubur Hayden .
"Yang ?" Panggil Zhareef sambil mengusap lembut bahu Helina , Helina mendongak memandang Zhareef yang memakai cermin mata hitam.
"Jom kita pulang , hm?" Ajak Zhareef lembut , Helina mengangguk kepalanya itu sebelum jejaka itu menolongnya bangun dari duduk di atas tikar.
Bahu Helina dipeluk oleh Zhareef , sempat Zhareef merenung kubur Hayden dan Hayra dengan air matanya yang bertakung disebalik cermin mata hitam yang dipakainya
Tenang lah kau dekat sana , Hayden ... Gembira lah kau dengan isteri kau dekat sana tentang anak korang jangan risau aku cuba jaga dia dengan baik .
Dapat lah kau berjumpa dengan isteri kau semula di sana .
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...