(MRH) 2 ~ WASIAT

80 4 2
                                    

KEDIAMAN KELUARGA HANZ AYDEN

Sesampainya di kediaman rumahnya, dia begitu teruja sekali dan rindu yang amat sangat akan keluarga besarnya di sini. Pada petang itu, Hanz tertanya-tanya kenapa keadaan rumahnya sunyi sepi. Takkanlah mereka semua tak ada langsung dalam rumah sebesar padang bola ni. *Author speechless(0_0)*

Hanz bertanya dengan pemandu keretanya. "Pak Lang, kenapa rumah Hanz ni sunyi semacam je ye? Kemana mereka semua pergi Pak Lang? Takkan tak tau Hanz balik hari ni? Ke dorang saje je ni nak buat kejutan dekat Hanz, Pak Lang?" Pak Lang terpingga-pinga hendak menjawab soalan Hanz yang bertubi-tubi tu. Pak Lang hanya berdiam diri sahaja dan fokus akan pemanduan masuk ke perkarangan rumah keluarga Hanz.

Pak Lang merupakan pemandu yang telah lama berkhidmat dengan keluarga Kerabat Hanz Ayden. Keluarga Kerabat Hanz telah menganggap Pak Lang seperti keluarga mereka sendiri. Lagipun Pak Lang adik kepada Tan Sri Syed Mustafa Malique. Pak Lang ada juga bercerita tentang anak buah perempuannya kepada Hanz Ayden. Tetapi Hanz Ayden saja buat-buat macam tak ambik hal sangat takut kantoi pulak usha anak dara orangkan.

Dalam diam rupanya Hanz Ayden ada menyimpan perasaan dekat anak buah Pak Lang. Hanz selalu juga bertanya tentang Aqayla kepada Pak Lang. Pak Lang kenal sangat perangai Hanz kalau dia dah berminat tentang seseorang dia akan bertanya terus tentang orang tu walaupun soalan dia berulang-ulang. Naik muak juga Pak Lang nak menjawab soalan Hanz setiap kali bertemu.

Seusai berhenti sahaja kereta di hadapan perkarangan pintu utama, Hanz masih berdiam diri di dalam kereta. Tiba-tiba Hanz bersuara lagi.

"Pak Lang, Hanz nak tanya boleh?" - Teragak-agak Hanz nak bertanya dengan Pak Lang

"Hah, tanyalah Tengku. Apa dia tu?" - Jawab Pak Lang.

"Errr, Hanz nak tanya pasal Aqayla Pak Lang? Dia sihat ke?" - Hanz rasa janggal pulak tiba-tiba bertanya tentang Aqayla dengan Pak Lang. Maklumlah lama dah tak tanya khabar tentang Aqayla sejak dia latihan tentera diluar negara. Lagi pula Aqayla tidak pernah bertemu dengan Hanz, begitu juga dengan Hanz. Hanz hanya sekadar mendengar cerita dari Pak Lang sahaja. Hanz pernah melihat gambar Aqayla sahaja tetapi belum pernah bersemuka empat mata lagi.

"Oh pasal Aqayla rupanya, sangka Pak Lang apalah tadi. Aqayla sihat Alhamdulillah, ada je kat rumah Uncle Syed kamu tu Tengku." Jawab Pak Lang dengan tersengihnya menahan tawa disebabkan muka Hanz yang menahan malu.

"Eh, apa ni Pak Lang tak payah panggil Hanz Tengku lah. Hanz sebenarnya anggap Pak Lang ni macam keluarga Hanz dah. Dari kecik lagi Hanz kenal Pak Lang kan. Lagipun kitakan nak jadi keluarga tak lama lagi. Hehehe" Tersengih Hanz sambil menahan malu yang dari tadi lagi dia tahan.

"Aqayla tak tahu saya ni Kerabat kan Pak lang?" - Soal Hanz kepada Pak Lang.

"Hmm, pasal yang itu Aqayla tak tahu lagi Hanz. Sebab Aqayla tu bukan berminat sangat nak ambik hal orang Hanz. Dia tu tak suka nak ada pasangan lagi. Aqayla masih nak berseronok dengan dunia bujangnya yang tiada orang nak kawal dia." - Panjang lebar Pak Lang bercerita kepada Hanz.

"Eh, jomlah Hanz masuk ke dalam rumah kamu. Dari tadi kita berbual panjang dalam kereta." - Pak Lang cuba untuk mengelak dari disoal oleh Hanz sekali lagi pasal Aqayla.

"Eh, sampai terlupa pulak nak keluar dari kereta Pak Lang. Hehehe, seronok sangat cerita tentang Aqayla." - tersengih-sengih Hanz dekat Pak Lang.

Pak Lang hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala sahaja melihat telatah Hanz yang jauh beza apabila dia bercerita tentang Aqayla kepadanya. Sikap Hanz terus berubah 360 darjah apabila sebut pasal Aqayla sahaja. Apabila hati dah cinta memang takkan bosanlah nak tanya khabar orang tersayang.

MY ROYAL HUBBYWhere stories live. Discover now