(MRH) 6 ~ PERTUNANGAN

49 4 2
                                    

KEDIAMAN KELUARGA AQAYLA QISTINA

Hari yang dibincangkan pada minggu lepas bakal dilangsungkan 2 jam lagi di kediaman Tan Sri Mustafa Malique. Majlis pertunangan anak bongsunya, iaitu Aqayla Qistina.

Cepat masa berlalu, anak bongsunya tak lama lagi bakal jadi tunang orang dalam masa beberapa jam saja lagi. Terasa diri ini semakin meningkat usia kerana anak bongsunya yang dulu manja dengan mereka bakal menjadi tunang orang dan menjadi isteri orang pulak.

"Semua dah siap ke?" Tanya Puan Sri Lara kepada pembantu rumahnya.

"Sudah Puan Sri! Semua sudah disiapkan seperti yang Puan Sri mahukan." Jawab pembantu rumah mereka.

"Ok, bagus! Sekarang saya nak pergi tengok anak bongsu saya tu pulak. Entah siap ke tidak tu." Beritahu Puan Sri Lara kepada pembantu rumahnya.

Puan Sri Lara terus berjalan pergi naik ke tingkat 1 untuk mendapatkan Aqayla yang tengah bersiap untuk majlis pertunangannya nanti.

TOK!

TOK!

TOK!

"Dah siap ke belum anak Mama ni?" Tanya Puan Sri Lara kepada anaknya itu.

"Dah Mama ku sayang." Aqayla menjawab sambil buat muka yang tak da semangat tu.

"Apa ni buat muka macam tu? Tak berserilah nanti nak jumpa bakal mak mertua kamu nanti." Terang Puan Sri Lara kepada anaknya.

Aqayla hanya mampu berdiam diri sahaja. Tidak mampu berbicara lagi. Dia terlalu banyak memikirkan hal pertunangan yang tak rela ini.

-------------------------------------------------------------

Tidak lama kemudian, keluarga belah lelaki pun tiba.sambil membawa dulang-dulang hantaran untuk keluarga perempuan.

Aqayla dah mula berdebar disebabkan keluarga bakal tunangnya pun telah sampai ke kediaman rumah mereka.

Tan sri Mustafa dan Puan sri Lara menunggu tetamu di depan pintu mereka untuk menyambut mereka masuk.

Keluarga belah lelaki pun masuk ke dalam kediaman rumah Aqayla dengan membawa dulang-dulang hantaran sekali.

Sungguh berseri-seri Aqayla yang berada di atas pelamin kecil yang dibuat khas untuknya. Itu semua idea Puan Sri lara. Aqayla hanya mampu ikut sahaja permintaan Mamanya.

Acara menyarungkan cincin dari pihak lelaki dilangsungkan dengan penuh adab dan adat. Jari Aqayla yang disarungkan cincin oleh Bonda Hanz itu terasa sejuk sekali. Mungkin Aqayla gugup walaupun sekadar menyarung cincin pertunangan sahaja.

Siapa sahaja tak gugup kalau berada di dalam situasi Aqayla sekarang?

Selesai acara menyarungkan cincin pertunangan, mereka semua pun menjamu selera. Sungguh meriah pada hari itu, walaupun hanya majlis pertunangan sahaja. Disebabkan kedua-dua belah pihak mempunyai keluarga yang ramai, itu yang nampak macam kenduri kahwin.

------------------------------------------------------------------------

Setelah habis majlis, Hanz datang ke rumah Aqayla tanpa memberitahu Aqayla. Katanya dia nak bagi surprise.

Aqayla yang pada masa itu tengah sibuk berbual dengan Nelly , tiba-tiba dipanggil oleh pembantu rumahnya.

"Cik Aqayla, ada orang mahu jumpa cik diluar."

"Hah!? Ada orang nak jumpa saya? Siapa?" Tanya Aqayla kepada pembantu rumahnya.

"Saya tidak tahu cik, sebab saya baru sahaja nampak orang itu hari ni." Terang pembantu rumahnya.

MY ROYAL HUBBYWhere stories live. Discover now