(MRH) 4 ~ JODOH KE BODOH ?

44 4 0
                                    

Semenjak mereka terserempak tiga hari lepas, Aqayla masih meneruskan rutin hariannya seperti biasa. Tak ada rasa angau lagi, mungkin sebab Aqayla ni masih hati batu kut. Ego dia masih tinggi untuk tidak menerima mana-mana lelaki lagi dalam hidupnya. Kecuali Papa dan abangnya saja.

Pada pagi itu, Aqayla turun ke bawah untuk menikmati sarapan pagi. Tetapi ada saja mulut nak mengata dia, siapa lagi kalau bukan abang dan kakaknya sendiri. Tak terkecuali juga Mama dan Papanya. Nasib kau lah Aqayla oi dapat family kaki bahan.

"Tengok tu Ngah, awal kan adik bongsu kita ni bangun! Biasanya tengah hari atau petang baru nak bangun. Hmm." Syed Hayder memulakan perbualan mereka dimeja makan dengan membahan adiknya sendiri.

Aqayla yang mendengar hanya menjeling maut. Mulut malas nak bercakap disebabkan perutnya tengah lapar.

"Isi perut dulu lepas tu nak bedil Along dengan Angah pun boleh saja. Korang sabar jap kat situ." Gumam Aqayla dalam hati.

"Yelah Long, baru Angah perasan! Hahaha, entah dapat mimpi apa tiba-tiba awal bangun pagi ni." Bisik Sharifah Hanna dengan Syed Hayder.

"Along! Angah! Jangan ingat Qayla tak dengar eh pe yang korang bisikkan tu." Aqayla menjeling sambil mengunyah nasi goreng.

"Oh, Qayla dengar rupanya kita orang ngumpat. Hahaha.." Ketawa sakan Syed Hayder dengan Sharifah Hanna melihat reaksi adik bongsu mereka yang tengah bengang tu.

Aqayla mendengus kasar melihat abang dan kakaknya yang sekepala membahan dirinya. Aqayla yang tidak berpuas hati masih meneruskan makan nasi goreng dan dengan tiba-tiba..

"Errk.. uhuwk, uhuwk, uhuwk!" Aqayla tersedak nasi goreng yang dia makan.

"Ya Allah, Qayla kamu ni kan gelojoh sangat sampai tersedak makan nasi goreng tu kenapa?" Puan Sri Lara cepat-cepat memberikan air kosong kepada anak manjanya tu.

Aqayla belum dapat menjawab pertanyaan Mamanya itu kerana tekaknya dipenuhi dengan nasi goreng yang tersangkut.

"Alhamdulillah lega! Nasib baik sempat minum. Ergh, peritnya tekak Qayla Ma!" Mengadu Aqayla dengan Puan Sri Lara.

"Lain kali makan jangan menghayal. Makan tu elok-elok sikit. Nanti kamu dah kahwin takkan nak makan gelojoh lagi macam ni kan?' Bebel Puan Sri Lara dekat Aqayla.

"Hmm yela Mama. Lain kali Qayla berhati-hati sikit ketika makan ye!?" Aqayla tak tahu nak cakap apa lagi dah.

|

|

|

|

|

|

|

KEDIAMAN KELUARGA HANZ AYDEN

"Selamat pagi Bonda, Ayahanda!" Sapa Hanz kepada kedua orang tuanya dimeja makan disusuli dengan senyuman yang manis berlesung pipit.

"Selamat pagi juga anak bonda ni, duduklah makan sarapan sekali dengan Ayanhanda sini." Sahut Bonda Hanz sambil menuangkan kopi kepada Ayahanda Hanz.

"Erm, sedapnya bau sarapan hari ni! Wah, ada lauk kegemaran Hanz la!" Seronok Hanz melihat lauk kegemarannya. Senyum tu sampai tak boleh kawal dah.

"Lama dah Hanz tak makan lauk kegemaran Hanz kan?" Sampuk Ayahanda Hanz.

"Ye, Ayahanda! Rindu sangat makanan Malaysia hehe." Jawab Hanz dengan penuh girang.

Lauk kegemaran Hanz tu ialah ikan patin masak tempoyak. Terliur dengarnya lauk kegemaran Hanz tu kan?

MY ROYAL HUBBYDonde viven las historias. Descúbrelo ahora