(MRH) 18 ~ SEMAKIN AKRAB

39 4 0
                                    

Sejak kejadian mereka berdua bergaduh mulut dirumah Tan Sri Syed Mustafa dan Puan Sri Lara, Rayzal dan Sofea semakin rapat. Cuma mereka masih menidakkan perasaan masing-masing. "Awak nak saya teman kan awak ke mana ni Sofea? Dari tadi saya tengok awak ni terpusing-pusing, tak ada satu pun barang yang dibeli." Rayzal sudah mula membebel dengan Sofea kerana dari tadi mengajaknya pusing-pusing ditempat yang sama.

"Saya saja ajak awak jalan-jalan makan angin kat sini, saya bosanlah." Rayzal yang dengan seriusnya berpisah tiada. Buang masa dia saja temankan si budak brutal ni. Geram Razyal sekarang melihat tingkah Sofea. "Kalau macam tu baik saya balik je! Buang masa betul lah jalan-jalan macam ni." 

"Awak sabar sikit boleh tak? Saya tengah fikirlah ni nak beli barang apa." Rayzal menahan sabar dengan perangai Sofea ni, nasib disayang kalau tak dah lama kena tinggal. "Cepat sikit fikir tu! Lambat saya tinggal awak kat sini! Pandai-pandailah balik sendiri." Sengaja Rayzal menekan Sofea supaya tidak melengah-lengahkan masanya.

Sofea yang tadinya berfikir terus berjalan meninggalkan Rayzal.  Rayzal yang melihat Sofea yang berlalu pergi meninggalkannya rasa geram dihatinya. Rayzal pun berjalan laju mendapatkan Sofea. Sofea memasuki kedai baju dan seluar yang menjual pakaian wanita. Rayzal memerhati sahaja gelagat Sofea, nampak seperti seorang teman lelaki tengah menemani teman wanitanya membeli barang.

Rayzal yang melihat baju-baju dan seluar yang penuh ditangan Sofea. "Asal tak borong je satu kedai? Senang tak payah susah-susah nak pilih lagi." Sofea yang mendengar kata-kata Rayzal rasa menyampah. "Suka hati sayalah! Bukannya guna duit awak pun kan? Mind your problem!"

Rayzal naik bosan menunggu Sofea belanja. Macam tak ada hari lain je nak berbelanja lagi. Habis kedua-dua tangan Rayzal penuh dengan beg pakaian dan seluar. "Dah puas ke shoppingnya cik Sofea Sayang? Tangan saya dah penuh dah ni." Rayzal rasa ingin mencampakkan saja semua beg kertas yang ada ditangannya sekarang ini.

"Alamak, sorry Rayzal! Kita letak barang dulu dalam kereta ya? Saya masih tak puas nak jalan-jalan lagi ni". Rayu Sofea kepada Rayzal. Rayzal pun setuju saja dengan permintaan  Sofea. Mereka berdua menonton wayang bersama-sama, selepas habis menonton wayang mereka berdua pergi makan. 

"Thanks! Rayzal temankan saya jalan-jalan hari ni. Boyfriend material betul lah awak ni. Untung siapa yang dapat awak kan?." Sofea mula memuji Rayzal kerana ingin mengambil hatinya. "Tak payah nak puji sangatlah Sofea, bukan dapat apa pun. Kalau awak jadi girlfriend saya bagus juga, ni tak! Awak sekadar gunakan saya time awak bosan je." Terus terang Rayzal kepada Sofea.

Sofea yang ingin menyuap makanan ke mulutnya terpaksa memberhentikan perbuatannya. "Kenapa nak sangat saya jadi girlfriend awak, Rayzal? Awak tak bosan ke layan karenah saya yang annoying ni?" Sofea cuba bertanya sambil membuatkan dirinya untuk tidak menjadi pilihan Rayzal. "Saya tak kisah pun lah! Tak sudi takpa, biar saya cari je perempuan dekat kelab malam tu layan saya." Sofea yang mendengar rasa berdesing telinganya.

"Wah, dah ada niat tu! Pergilah cari! Tak ada siapa pun larang lah! Eleh poyo je lebih. Cliche!" Rayzal yang dengar Sofea tengah marahkan dia tersenyum suka. Dia tahu bila Sofea dah mula marahkan dia, maknanya Sofea dah mula ambil berat tentang dirinya.

"Kalau tak larang, asal nak marah saya pulak? Cakap je la awak tu dah mula sayang kat saya Cik Sofea oi!" Sofea menjeling tajam dengan Rayzal. "Mestilah marah! Dah awak nak pergi sangat cari perempuan dekat kelab malam tu, baik awak layan saya ni hah." Sofea terus menekup mulutnya sendiri. 'Alamak, terlepas cakap pulak! Ish, bodohnya la aku ni!'

Rayzal tersenyum sinis melihat Sofea. "Tu yang nak saya pergi cari perempuan lain? Saya cakap je tadi tu tak sangka awak cemburu. Hahaha!!! Lain kali kalau dah suka kat saya cakap terus terang je, tak payah nak ego sangat!" Rayzal menarik hidung mancung Sofea dengan kasar. "Aduh, sakitlah Rayzal! Yelah, sorry! Memang saya cemburu kalau awak pergi ke kelab malam cari perempuan lain."

MY ROYAL HUBBYOù les histoires vivent. Découvrez maintenant