(MRH) 19 ~ CINTA SEMAKIN BERPUTIK

36 3 0
                                    

KOTA KINABALU, SABAH

Hanz dan Aqayla berjalan-jalan di sekitar K.K untuk bersiar-siar sambil mencuci mata. Ramain pelancong dari luar negara datang ke Sabah ni sebab banyak tempat yang menarik. Apalagi pelancong dari dalam negara, memang teruja habis. Aqayla yang memang sangat teruja sudah tentu ingin berjalan-jalan ke setiap kawasan K.K tersebut. Dia nak pergi muzium Sabah , dia nak pergi Kundasang nak menginap kat sana.

"Hubby kita pergi bercuti kat Kundasang nak? Sayang teringin sangat nak tengok Gunung Kinabalu dan tengok suasana kata sana. Nak rasai sendiri suhu dingin kat sana. Ni tak, Sayang selalu tengok kat media sosial je. Boleh kan Hubby?" 

"Boleh, Sayang! Esok kita bertolak ke Kundasang." Hanz menunaikan hasrat isterinya. Dia tahu Aqayla tengah dalam fasa-fasa mengidam.

Aqayla tersenyum gembira, akhirnya hajatnya bakal tercapai juga. Baby bump yang mula nampak diperut Aqayla sedikit sebanyak menampakkan Aqayla tengah mengandung. Baru masuk sebulan usia kandungannya tapi dah nampak macam 3 bulan lebih. Rasanya anak Aqayla ni kembar.

"Sayang! Hubby ada hal nak bagitahu Sayang ni." Aqayla mula mendekatkan dirinya kepada Hanz. "Apa dia Hubby? Serius je?" 

"Sepupu Hubby, Rayzal nak kahwin bulan ni dengan sepupu Sayang, Sofea!" Aqayla terkejut dengan khabar berita yang dia terima dari suaminya. "Biar betul Hubby!? Cousin Sayang yang macam jantan tu nak kahwin dah? Hahaha.. Alhamdulillah terkahwin juga kau ye Sofea! Ada juga lelaki nak dengan kau!"

"Apa pulak cakap macam tu, Sayang! Tak baiklah!" Hanz menjentik dahi Aqayla tapi tak kuat sangat sekadar hanya memberikan peringatan saja.

"Hehe! Sorry Hubby!"

"Kalau Sayang nak tahu sepupu Hubby nama Rayzal tu kadang perangai sebijik macam Hubby. Sayang jangan terkejut pulak nanti. Kalau Hubby nanti bertugas jauh, Hubby akan minta tolong Rayzal dan sepupu Sayang tu tengokkan Sayang nanti." Aqayla mengaguk sahaja dengan Hanz.

"Jangan nakal-nakal tau time Hubby tak ada dekat dengan Sayang! Kalau Hubby dapat tau, memang siap Sayang Hubby kerjakan. Faham tak ni!?" 

"Faham Tuan!" Hanz tersenyum melihat gelagat isterinya yang comel ni. Hanz mengusap kepala Aqayla sambil mencium ubun-ubunnya.

---------------------------------------

Rayzal dan Sofea tengah sibuk menguruskan hal perkahwinan mereka. Keluarga masing-masing sibuk mensiapkan hantaran untuk bakal pengantin. Rayzal malas nak bertunang-tunang ni, dia nak nikah ja terus lagi afdal.

Lagi seminggu dorang dua nak kahwin. Gementar tu jangan cakaplah, memang sentiasa ada. Dorang bersanding sekadar pelamin kecik saja, malas nak besar-besar. Nikah lagi penting dari sanding.

Rayzal sudah menguruskan urusan surat nikah dorang di pejabat agama 2 minggu lepas. Tinggal tunggu hari nikah sahaja lagi.

Mereka akan menikah di Masjid berdekatan dengan rumah Sofea. Pelamin sanding dorang sudah dipasang dirumah Sofea. Sekadar untuk memberitahu bahawa mereka sudah pun berkahwin.

Hanz dan Aqayla akan datang dari Sabah, 2 hari sebelum tarikh nikah dorang. Hanz tak boleh cuti banyak sangat, maklumlah dia kan dah jadi jurulatih.

Rayzal malas mengacau Sofea sekarang ini, dia nak bagi Sofea bertenang dahulu sebelum tarikh nikah dorang. Nanti tak pasal Sofea lari pulak dari nak kahwin dengannya. "Ray kau okay tak ni? Nervous semacam je aku tengok?" Nampak sangat muka Rayzal tengah cuak.

"Biasalah bang! Nak jadi suami orang kan, mestilah nervous." Rayzal mencuba bertenang didepan abang sulungnya.

Hari ni Hanz dan Aqayla sudah balik dari Sabah. Mereka diambil oleh pemandu keluarga Hanz, iaitu Pak Lang. Pakcik saudara Aqayla sendiri. "Assalammualaikum Pak Lang! Lama Aqayla tak jumpa Pak Lang, rindu. Hehe."

MY ROYAL HUBBYМесто, где живут истории. Откройте их для себя