(MRH) 17 ~ MY BUDDY IS MY COUSIN

46 4 0
                                    

RUMAH KEDIAMAN KELUARGA HANZ AYDEN

"Assalammualaikum! Ayah, Bonda." 

"Waalaikumsalam! Eh, bertuah punya budak tiba-tiba muncul. Bila sampai Ray?" Bonda Hanz terkejut melihat Rayzal datang kerumah mereka tanpa memberitahu.

Rayzal mendekati Tengku Ahmad dan Tengku Azizah, dia menyantuni kedua-duanya. "Kelmarin semalam lagi Ray sampai sini. Abang long dengan kak ngah mana Bonda?"

"Along ada kat pejabat, kak ngah pulak ada kat butik dia. Kamu datang ke sini ni, Hanz tak da tau. Dia dengan isteri dia kat Sabah sekarang." 

"Ray tahu Bonda. Semalam Ray ada call Hanz. Nanti Ray nak datang sana juga bercuti, jadi sekali jumpa Hanz." Tengku Azizah tersenyum dan mengaguk faham.

"Kamu ni Ray bila nak berumah tangga? Hanz tu dah kahwin dah, tak lama lagi nak jadi bapak budak dah pun. Kamu ni takda calon lagi ke?" Tiba-tiba Tengku Ahmad bertanya pasal hal kahwin. Rayzal tersenyum paksa mendengar pertanyaan bapa saudaranya itu.

"Belum ada lagi Ayahanda. Ray belum fikir lagi nak kahwin. In Sha Allah kalau ada jodoh cepat, Ray kahwinlah." Lega Rayzal dapat menjawab soalan Tengku Ahmad. Kalau tak jawab nanti kena tanya lagi.

"Hmm, yelah! Ikut suka kamulah Ray, Ayah bagi ingat kan je. Ni nanti kamu nak ikut tak kami pergi ke rumah Tan Sri Syed Mustafa, ada kenduri aqiqah  cucunya." Rayzal tersenyum sahaja mendengar percakapan Tengku Ahmad. "Boleh Ayahanda! Bila tu kendurinya?". Rayzal teringin juga ikut pergi ke rumah Tan Sri Syed Mustafa, mana tau jumpa jodoh ke nanti kat sana masa kenduri. "Hari sabtu ni. Kamu nak ikut dengan kami sekali ke atau bawa kenderaan sendiri?". Tanya lagi Tengku Ahmad kepada Rayzal. "Saya ikut Ayahanda dan Bonda lah sekali. Nanti saya simpan motor saya kat sini." Tengku Ahmad mengaguk tanda setuju. 

Selesai berbual mereka menjamu selera dimeja makan. Rayzal pun turut dipelawa makan sekali. Rayzal pamit untuk pulang ke rumahnya. Kerana dia ingin berjumpa dengan kawannya yang lain diluar. Rayzal menyalam tangan Tengku Ahmad dan Tengku Azizah sebelum berlalu pergi.

-----------------------------------

PANGKALAN TLDM, SEPANGGAR

Hanz menjalankan tugasnya seperti biasa belum ada apa-apa sebarang maklumat yang diterima dari projekeh banyak percapaian yang dikecapinya. 

Lihat seperti sekarang ini, kepakaran Hanz boleh dikatakan sangat susah untuk mana-mana pegawai mahupun anggota lain-lain pangkat untuk lulus dengan cemerlang. Hanz bukan setakat lulus dalam bidang kepakarannya, malahan mendapat pujian atas hasil usahanya.

Oleh itu, dia dipilih menjadi jurulatih untuk pegawai dan anggota bawahan lain. Ramai yang menghormatinya tidak kira dari pegawai atasan mahupun anggota bawahan. Tetapi Hanz tetap dengan pendiriannya yang sentiasa merendah diri. Kerana pangkat dan harta hanya diatas dunia semata-mata jika baik jalannya, maka menjadi amal untuk manusia tersebut diakhirat kelak.

Kring!!!

Tiba-tiba telefon Hanz berbunyi memberitahu ada panggilan masuk dari Rayzal. "Assalammualaikum, hah kau nak apa call aku lagi ni?" Hanz saja berkasar dengan sepupunya itu. "Waalaikumsalam, amboi garangnya Tuan Hanz ni. Aku nak bagitahu ni, aku datang rumah kau tadi jumpa Ayah dengan Bonda. Dorang ajak aku pi rumah mertua kau sabtu ni, ada kenduri aqiqah abang ipar kau." Hanz pun ada dibagitahu juga semalam yang abang iparnya buat kenduri aqiqah untuk anak keempatnya. 

"Ia aku tahu! Dorang ipar aku ada call semalam juga, mertua aku pun ada call bini aku sekali." Rayzal mengaguk disebalik panggilan telefon itu. "Okaylah aku tutup dululah! Aku nak jumpa kawan-kawan aku kat luar. Nanti aku datang sana jumpa kau. Assalammualaikum!". Rayzal pun menutup panggilan telefonnya dan ingin meletakkan telefonnya di dalam poket seluarnya. 

MY ROYAL HUBBYWhere stories live. Discover now