(MRH) 14 ~ TERLALU SAYANG

64 3 18
                                    

Hari ni Hanz dan Aqayla akan bermalam dirumah Ayahanda dan Bondanya. Semalam dorang sudah bermalam dirumah Papa dan Mama. Sebenarnya Hanz masih belum sembuh dari sakit yang semalam. Cuma hari ni ada berkurang sikit rasanya dari yang semalam. Nasib baik dia boleh memandu hari ni. Aqayla sebenarnya mahu tolong pandukan keretanya, tapi Hanz melarang. 

Selagi tubuh badan Hanz masih boleh bergerak, dia tidak mahu menyusahkan isterinya. Dia memang melayan Aqayla seperti seorang puteri. Walaupun kadang tuan puteri pandai mengganas.

"Hubby ni, Sayang nak tolong pandu taknak. Sayang nak bagi Hubby berehat pun susah. Macam mana nak sembuh sakit tu nanti." Bebel Aqayla dengan suaminya.

"Takpa Sayang. Hubby, masih boleh memandu lagi kan!? Yang cedera kan dekat tengah je, bukan kat kaki Hubby." Jawab Hanz cuba untuk tidak membuat Aqayla risau.

Aqayla hanya melihat sahaja perangai degil Hanz. 'Masih sakit pun berlagak kuat lagi, hmm suami aku ni degil betul. Harap anak aku tak ikut macam perangai bapak dia ni.'

Aqayla tersenyum sambil mengusap perutnya. Hanz yang melihat dari hujung matanya memandang pelik dengan perangai isterinya. "Dah tak sabar nak ada baby ke dalam perut tu? Sorry semalam Hubby tak dapat bagi Sayang."

Aqayla yang mendengar percakapan suaminya itu terus memandang hairan. "Haah memang Sayang tak sabar dah. Semalam tu hubby kan sakit, takkan nak paksa. Tunggulah dah habis sakit, Hubby bagilah puas-puas dekat Sayang." Aqayla bercakap sambil mengenyitkan matanya.

Membulat mata Hanz dengar permintaan isterinya, hampir hilang fokus dibuatnya. Tiba-tiba rasa berpeluh pulak, padahal aircond kereta dah pasang kuat. "Sayang ni janganlah usik Hubby time memandu macam ni. Tunggulah sampai rumah Ayah dan Bonda nanti. Nasib baik tak excident tau." Aqayla mentertawakan suaminya apabila suaminya tiba-tiba gelabah semacam.

"Eleh, kalau Hubby usik Sayang bukan main lagi. Sayang baru usik sikit je la, dah gelabah macam ni." Aqayla masih ketawakan Hanz dalam diam. Hanz terasa tekaknya kering, berapa kali dia menelan air liurnya. Bahagian tengahnya mula berdenyut kencang. Dia cuba untuk menahan sakit.

Aqayla yang perasan muka suaminya mula berubah seperti tengah menahan sakit. Dia cuba untuk bertanya kalau Hanz masih merasa sakit dibahagian tengahnya lagi. "Hubby okay tak ni? Macam tengah tahan sakit je tu?" Risau Aqayla dengan reaksi Hanz sekarang ni. 

"Hubby masih okay Sayang. Cuma Hubby punya ni tengah berdenyut kencang." Hanz cuba sedaya upaya untuk tidak merisaukan Aqayla. Hanz cuba untuk memandu keretanya secepat yang mungkin. Sekejap lagi dorang sampailah rumah Ayah dan Bondanya.

Akhirnya sampai juga dorang di perkarangan rumah Ayah dan Bonda Hanz. Hanz merasa lega sedikit sebab bolehlah dia berehat nanti dibilik. Mereka berdua pun turun dari kereta, Hanz membawa beg pakaian Aqayla dan beg pakaiannya sekali. "Hubby may I help you? I want bring my own beg, please!" 

Hanz cuba mengalah kali ni untuk membenarkan Aqayla membawa begnya sendiri. "Just once! Okay Sayang!? This is because Hubby still in pain but when Hubby dah okay nanti, jangan harap Hubby benarkan Sayang bawa semua ni." Aqayla tersenyum menampakkan giginya. Gembira dia dapat bantu suaminya. 'Why you always make me falling in love with you everyday Hanz?'

Sungguh 'husband material' betullah Hanz ni. Sakit- sakit pun masih tak benarkan Aqayla bawa begnya sendiri. Disebabkan keadaannya yang tidak mengizinkan dia membenarkan juga Aqayla membawa begnya sendiri. Such a gentleman.

"I love you Hubby! Hehe." Hanz tersenyum melihat isterinya gembira. Hanz akan selalu mengusap kepala Aqayla apabila dia nampak isterinya tu comel. Apa-apa yang Aqayla buat semua nampak comel dimata Hanz. "I love you too Bunny! Hati-hati bawa beg tu, jangan sampai terjatuh." 

MY ROYAL HUBBYWhere stories live. Discover now