(MRH) 16 ~ RAHSIA SULIT

47 3 0
                                    

Khabar berita yang pasal Aqayla mengandung telah diketahui oleh keluarga mereka masing-masing. Mereka semua menumpang gembira atas berita kandungan Aqayla. Hanz tidak lagi mengalami alahan, selama 2 minggu dia terkena alahan isterinya.

Keluarga Hanz dan keluarga Aqayla menyuruh Hanz untuk menjaga Aqayla dengan baik. Tolong jaga pemakanannya, biasa ibu mengandung ni suka makan tak tentu pasal. Hanz melihat perubahan Aqayla adalah ketika makan. Kebiasaannya Aqayla hanya akan makan sekali sahaja, tapi semasa mengandung ni kuat pulak dia melantak.

"Sayang ni macam tak makan sebulan je, tak lari pun makanan tu." Aqayla hanya menjeling suaminya sekilas, dia malas bergaduh mulut kerana makanan ada didepan matanya sekarang. "Gemuk badan tu baru tahu. Hubby tak mengaku Sayang ni isteri Hubby lagi kalau dah gemuk." Aqayla terus merengek di depan Hanz kerana mengusiknya. 

"Bukan Sayang yang nak! Baby dalam perut yang nak makan banyak Hubby." Hanz hanya mengelengkan kepalanya sahaja melihat telatah Aqayla. Dia mengusap kepala Aqayla dan mencium sekilas ubun-ubun Aqayla. "Hmm yelah Sayang! Jangan lupa buat senaman sikit time mengandung ni. Bagus untuk kandungan juga." Aqayla mengaguk faham apa yang dipesan oleh suaminya itu.

"Sayang tunggu dekat rumah tau! Hubby nak kena pergi base ni, sambung kerja balik." Aqayla mengaguk faham kepada Hanz. Hanz memang setiap hari akan balik pada waktu tengah hari semasa rehat untuk melihat keadaannya. 

"Jangan makan makanan yang tak berkhasiat ye Sayang. Nanti Hubby kena marah dengan Mama dan Bonda. Please behave okay!?" Aqayla pun berjanji tidak akan makan makanan yang tidak berkhasiat. Hanz mengusap kepala Aqayla dan mencium bibirnya sekilas, baru dia pergi keluar untuk menyambung tugasnya.

-----------------------------------------

PANGKALAN TLDM SEPANGGAR

Hanz memasuki pangkalan dengan menaiki motor BMW S 1000 RR nya  yang baru sahaja dia beli kelmarin. Dia tidak mempunyai kenderaan lain untuk pergi ke tempat kerja, jadi dia berhasrat untuk membeli motor saja dulu baru beli kereta. Dia membeli motor dengan harga cash, sebab dia bukan jenis orang yang suka berhutang.

Semua mata melihatnya bila dia masuk kerja tadi pagi. Yala sampai Sabah baru je 2 hari lepas dah beli motor, motor mahal pulak tu. Mana yang mengenali Hanz rapat, tahulah kekayaan keluarga Hanz ni macam mana. Lagi pula dia satu-satunya pemegang saham terbesar dalam syarikat keluarganya. Hanz boleh saja berhenti dari tentera dan kerja di syarikat keluarganya sendiri, tapi disebabkan oleh minatnya terhadap bidang ketenteraan dia tidak akan berhenti ditengah jalan.

Hanz meletakkan motor di tempat yang disediakan. Dia terus menuju masuk ke dalam pejabat untuk pergi ke biliknya. Terpampang di depan pintu biliknya nama dan jawatan yang disandangnya dalam pangkalan. 

Hanz sebenarnya mempunyai branch 'Intelligence', tetapi disebabkan kepakaran yang dia ada terlampau banyak dia diarahkan untuk menjadi jurulatih kepada pegawai dan anggota bawahan. Semestinya banyak persoalan yang diajukan kepadanya, kerana dia adalah pegawai baru tapi diarahkan untuk menjadi jurulatih. 

Banyak yang tidak mengetahui hal sebenar Hanz Ayden, negara sendiri meletakkan mereka dibawah file "Rahsia Sulit". Hanz tidak bersendirian dalam projek ini, dia bersama-sama dengan sepupunya yang duduk dengannya semasa diluar negara.

~Flashback~

"Tengku Rayzal Dzulkarnain? Ini bukan nama sepupu aku ke?" Tanya Hanz hairan apabila nama sepupunya ada dalam senarai Rahsia Sulit bersama dengannya sekali. 

Hanz tidak dapat bercakap banyak, projek ini bukan dia yang wujudkan. Ada pihak atasan yang inginkan mereka bekerja dibawah projek yang bernilai berbillion ringgit. Memang tak dinafikan harta keluarganya mencecah billion ringgit, tetapi adakah keluarganya yang ingin melabur dalam projek besar ni?

MY ROYAL HUBBYWhere stories live. Discover now