(MRH) 11 ~ KAHWIN

70 5 0
                                    

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua keluarga akhirnya bakal tercapai. Wasiat yang diamanahkan akhirnya terlaksana juga. Aqayla dan Hanz bakal disatukan.

MALAM BERINAI

Malam ini Aqayla akan dipakaikan inai untuk menyerikan lagi seri pengantin. Hanz pun turut berinai juga tetapi cuma tiga jari sahaja, cukup sekadar menunjukkan bukti yang dia sudah berkahwin dengan Aqayla.

Bacaan doa untuk bakal kedua mempelai turut dilaksanakan untuk memohon berkat majlis pada hari esok. Semoga majlis mereka pada esok hari dilancarkan dan dipermudahkan.

Tangan Aqayla sangat cantik apabila dihiasi dengan corak inai berwarna putih. 

Meriah sungguh malam berinai Aqayla dan Hanz dikunjungi oleh sanak saudara dari jauh mahupun dekat

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Meriah sungguh malam berinai Aqayla dan Hanz dikunjungi oleh sanak saudara dari jauh mahupun dekat. Maklumlah cucu kesayangan nak kahwin.

Majlis pernikahan diadakan dirumah Aqayla manakala persepsi untuk sanding, diadakan di hotel 5 bintang milik keluarga Hanz sendiri.

"Aqayla taknak makan apa-apa ke?" Tanya Puan Sri Lara kepada anak bongsunya.

"Aqayla tak lapar lagi Mama." 

"Ish, mana boleh tak lapar lagi! Aqayla belum makan malam lagitu. Makan sikit ye?" Pujuk Puan Sri Lara kepada anaknya.

"Hmm, yelah Mama. Aqayla makan nanti lepas dah selesai berinai semua ni, tapi Mama suapkanlah ye? Hehehe."

"Ala, boleh je Mama suapkan. Sebab tangan Aqayla tu tak boleh nak gerak banyak sangat, nanti inai tu rosak pulak."

Aqayla pun tersenyum mendengar kata-kata Mamanya. Dia gembira sangat dapat bermanja dengan Mamanya malam ini. Yelah, lepas ni kena bermanja dengan suami pulak.

'Risau pulak aku nak bermanja dengan Hanz tu. Dah la terlebih miang, nanti aku kena terkam je setiap hari kalau aku buat manja kat dia.'

Aqayla mengeleng-gelengkan kepalanya bila teringat hal yang bakal jadi dengan dirinya apabila bersama dengan Hanz nanti.

Aqayla melihat sekeliling agar orang lain tak nampak dia tergeleng-geleng kepala. Nanti mulalah ada yang menanya kenapa tergeleng-geleng tu. Nasib baik keluarganya yang lain tak perasan sangat.

-----------------------------------

HARI PERNIKAHAN & PERSANDINGAN A.K.A KAHWIN

Aqayla yang berada di biliknya telah pun siap disolek oleh MUA. Baju pernikahan yang mereka telah pilih akhirnya dipakai untuk majlis hari ini. 

Kakak Aqayla dan kawan baiknya Nelly ada menemani Aqayla di dalam bilik sambil menunggu isyarat pengantin lelaki untuk sampai. 

Nelly yang secara tiba-tiba memegang tangan Aqayla rasa sejuk semacam.

"Kau nervous ke Qayla?" Tanya Nelly dengan risaunya.

MY ROYAL HUBBYOnde histórias criam vida. Descubra agora