Chapter 24

2K 86 1
                                    

"Miss, sa..saya minta maaf." Zulaikha menunduk apabila Darla mula menatap dirinya tajam.

"Keluar."

Zulaikha menunduk lalu berjalan keluar dengan laju. Pantas pintu bilik itu ditutup rapat.

Darla menatap pintu lalu naik menatap Gabriel di hadapannya.

"Apa yang you nak?" Soalnya sembari melihat figura jejaka di hadapannya tidak lepas seperti menatap mangsanya sendiri.

Gabriel hanya tersenyum miring. Dia kemudian mengusun langkah ke arah kerusi di hadapan gadis itu. Ditarik lalu duduk dengan selesa seperti tiada gangguan di sekeliling.

"I nak jumpa you malam ni." Katanya sembari sebelah kaki dinaikkan ke atas meja tanpa rasa gentar.

Darla menatap kaki itu lalu kembali menatap Gabriel. Tidak heran, yang dia heran sekarang mamat depan dia ni.

"Untuk apa? I dah batalkan semua kerjasama kejadah you tu kan? Apa yang you nak?!" Pen yang berada di celah jari di lempar ke atas lantai kasar. Sehingga bunyi geseran dari pen dan lantai itu membisingkan keadaan.

"Woo woo, relax lah Darla. Jangan marah-marah. Benda boleh bincangkan?" Senyuman miring kembali terukir. Tangannya dinaikkan ke langit berapa saat lalu kembali turun ke paha.

Darla mendengus geram. Mahu saja pasu bunga di bucu bilik itu dilempar ke atas kepala lelaki itu. Seperti apa yang Aleesya pernah cerita, tapi ini bukan tunang bukan suami bukan boyfriend. Ini mamat tapir yang memang tugasnya menyusahkan orang.

"Come on, I tahu uncle belum tahu pasal ni kan? And I pasti, kalau dia tahu benda ni. Dia sendiri akan berjumpa dengan I, dan setuju dengan kerjasama ni." Dia menyengetkan kepalanya sebelum kembali menyambungkan kata.

"Senang je kalau you taknak benda ni terjadi, jumpa dengan I malam ni. Di Grand Hotel, nanti driver I ambik you malam ni." Katanya seakan mengugut gadis itu.

Darla menatap Gabriel dengan tajam. Laptop yang berada di hadapannya sedikit menjadi penghalang untuk berinteraksi dengan Gabriel. Terus laptop itu ditolak ke samping.

"Fine! And lepas tu, I taknak tengok muka you lagi. Dengan company-company you pergi berambus lah!" Darla menuding jari ke arah Gabriel. Automatik badannya turut berdiri.

"Deal!"

Darla mencapai kunci keretanya lalu berjalan menuruni anak tangga dengan laju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Darla mencapai kunci keretanya lalu berjalan menuruni anak tangga dengan laju. Setelah dia berjalan menuju ke ruang tamu, tiba-tiba dia disergah dari satu suara yang tidak jauh darinya.

"Where are you going?" Dato' Xaveir menilik anak gadisnya dari atas sampai bawah sembari meneguk air kopi yang berada di tangan.

"Keluar dengan kawan papa." Darla berusaha menelan air liurnya yang kelat. Dia sudah biasa berbohong dengan Datin Dizelle, tapi bukan dengan Dato' Xaveir.

His Little Amore | C |Where stories live. Discover now