Chapter 33

2.4K 118 4
                                    

Darla dari tadi mundar-mandir di hadapan bilik kerja Edriane.

Selepas sahaja mereka bertengkar mulut, lelaki itu terus tidak bercakap sepatah dengannya. Hanya berdehem saja. Itupun nampak macam malas.

Kali ini dia nekad! Nekad untuk memujuk Edriane dengan caranya.

Sudah pelbagai cara digunakan, langsung tidak menjadi. Dan kali ini, apa yang jadi sekalipun. Dia malas nak ambil tahu.

Darla pandang tubuhnya dari atas. Memang terserlah bentuk badannya walau sudah dibaluti dengan beribu benang. Kerana pakaian yang dia pakai adalah gaun malam pertama mereka.

Paha yang terbelah. Bahagian dada sedikit melorot jatuh. Memang menggoda. Ini tak payah buat apa-apa. Lalu tepi je konfem abang suami dah tergoda.

Darla tarik nafas dalam-dalam. Lalu dihembuskan dengan kasar. Tombol pintu bilik itu dipegang dengan kuat. Dipulas pula dengan perlahan.

Edriane yang sedang kusyuk pada komputer ribanya terus berpaling dengan wajah bengis apabila terasa ada seseorang yang menganggu konsentrasinya.

Wajah lelaki itu jelas terkejut dengan 'hadiah' yang dibawa oleh Darla. Cuma ini hadiah istimewa sikit. Dia merenung Darla dari hujung rambut hingga hujung kaki dengan tajam.

Kemudian matanya kembali naik menatap wajah Darla yang kelihatan polos.

Jujur, walau Darla dilihat dari jauh. Wanita itu terlihat sangat sexy dengan pakaian berwarna merahnya. Ditambah dengan wajah polos suci itu.

Memang menaikkan keinginannya yang ditanam dalam-dalam selama ini.

Darla senyum nakal.

Dia menapak perlahan masuk ke dalam bilik itu setelah lama berdiam diri di samping daun pintu.

Tangannya naik bercekak pada pinggang dan sebelah lagi diletakkan di dada.

"Abanggg...."

Manja dia memanggil Edriane dengan suara yang terpaksa dikepit. Jangankan orang, dia pun sekarang rasa nak muntah dengan lakonan sendiri.

"Abang...nak sayang tak?" Soal Darla.

Dia gigit bibir bawahnya seraya memandang ke arah Edriane yang sudah menegang. Tangan di dada naik turun mengusap tubuh sendiri.

Tunggu kejap lagi memang dia akan menghilang. Lari tak cukup tanah nanti hanya kerana perasaan malu.

Edriane mula berdiri dari kerusi kerjanya lalu menapak perlahan ke arah Darla. Lengan yang berbalut hoodie hitam dilipat hingga siku.

Lelaki itu memandang Darla atas bawah dengan renungan nakalnya. Bibir juga melorek senyuman misteri.

Darla tahu maksud senyuman ini. Dia menapak selangkah ke belakang. Tangan yang tadi diletak pada pinggang dan dada jatuh lurus di sisi.

Makin laju dia berundur, makin laju juga Edriane melangkah mara.

"Do you want to seduce me, mi amore?"
Edriane senyum sinis.

Lidah Darla sudah terkelu. Dia berpaling ke arah belakang dan di hadapannya silih ganti. Cik jantung mula berdangdut di dalam.

Baru tangannya ingin menarik daun pintu supaya terkuak lebar. Tiba-tiba lengannya ditarik kasar dari depan oleh tangan kekar lagikan berurat milik Edriane.

Sudahnya jarak mereka automatik rapat antara satu sama lain. Darla menjerit kecil dengan mata dipejam erat.

Pintu yang tadinya hampir terbuka luas ditutup dengan kasar oleh Edriane setelah itu dia mengunci pintu itu. Dia kembali memandang Darla yang cuba melepaskan diri dari dikurung olehnya.

His Little Amore | C |Where stories live. Discover now