Chapter 45

2.2K 90 10
                                    

"Abang nanti lepas baby ni dah bersalin, kita pergi Amsterdam nak? Masa tu tengah musim bunga. Bunga tulip antara bunga terawal yang mekar masa tu, jadi boleh tengok puas-puas." Kata Darla bernada teruja. Mana tak teruja, tulip bunga kegemaran dia kot.

Edriane yang sedang menghirup teh itu terus meletakkan cawan di atas meja kopi. Dia pandang Darla di hadapan dengan kening yang bertaut. Riak muka macam, biar betul isteri aku ni?

"Masa tu kan cinta tengah pantang? Pantang baru berapa hari dah sibuk nak bercuti? Tak pasal-pasal telinga abang kena sumbat kapas dengar mommy bebel nanti." Protes Edriane. Nampak sangat yang dia tak bagi. Sigh.

Darla tahan mata dari juling ke atas. Suami dia ni benak ubi ke apa?

"Musim bunga beberapa bulan lepas Darla pantang. Ish abang ni, nampak sangat tak tengok musim-musim terkini. Lepas musim bunga, rasanya musim merampas suami orang pulak." Sengaja nak menyindir. Mana tahu ada yang gatal dengan suami dia ni kan? Hati orang, kita tak tahu.

Ha! Yang tengah baca tu! Suka suami kita juga ke?

"Cinta dah fikir nak letak nama our baby apa?" Edriane menukar topik. Malas mahu mengulas benda yang langsung tak penting baginya. Lagi-lagi ayat last tu, tiada kena mengena dengannya.

Darla angkat bahu ke atas lalu kembali jatuh. Bermakna dia masih belum memikirkan nama yang sesuai untuk anaknya. Cawan kopi yang belum dia cicip itu diangkat lalu dibawa perlahan ke bibir. Air kopi yang masih terasa suam itu perlahan melalui kerongkongnya. Cawan kopi itu kembali diletakkan di atas meja kopi.

"Abang, rasa-rasakan..nama anak kita nanti, huruf depan dia abang prefer 'E' atau 'L'?" Tanya Darla sambil menatap mata Edriane yang sudah tentu turut menatapnya sekarang. Wajah Edriane terlihat teruja untuk menjawab jawapan Darla.

"Abang prefer 'D'." Balas Edriane menarik kerutan Darla. Ni bukan pilihan jawapan yang dia beri tadi.

"Kenapa 'D'? Kan nama saya tu, sepatutnya nama abang kena depan sekali..." Pelik bin Ajaib. Tak pernah dia tengok ada suami yang nak letak huruf nama isteri dia kat depan nama anak mereka. Suami dia abnormal ni..

"Because you are the first cinta."

Mulut Darla ternganga tidak faham. Edriane yang sudah menebak raut muka itu hanya tersenyum manis sehingga terhasil lesung pipitnya di kedua belah pipi.

"Kalau sebab abang suami dan seorang bapa, abang rasanya tak perlu. Sebab cinta lebih dari seorang isteri dan seorang ibu. You're everything amore. Maafkan abang sebab semua berkaitan anak jatuh atas bahu cinta. Dari hamil sehinggalah dah melahirkan, itupun menyusu pun cinta juga. Kalau boleh, memang abang sanggup tukar tempat dengan cinta." Luah Edriane. Tenang wajah itu, namun bebola matanya bergegar memandang Darla.

Darla memang terkelu habis. Dia rasa terharu dan rasa dihargai. Edriane mampu buat hati dia luluh walau hati dia tertimbus beribu batu amarah sekalipun. Sweet talker ceh!

"Reyhannn, I miss you so much biee." Muncul satu suara lunak. Bersama itu, pintu bilik kerja Edriane ditolak dari luar dengan kasar. Muncul seorang wanita berambut perang dan seorang lelaki di belakangnya. Faham dengan pandangan tajam dari Edriane, lelaki itu buka mulut.

"Maafkan aku tuan. Perempuan ini tetap berkeras untuk berjumpa dengan kau. Dia rampas pistol aku dan ugut untuk bunuh diri kalau tak jumpa dengan kau. How stupid she is." Gio tekan ayat terakhir. Dia jeling wanita di hadapannya walau hanya nampak rambut perang itu saja.

Edriane lepas keluhan berat sambil mengurut pelipisnya sedikit kuat. Rasa muak menjengah bila melihat wajah yang telah ditepek bedak 1 inchi itu di hadapan mukanya sekarang.

His Little Amore | C |Where stories live. Discover now