Chapter 26

2.3K 111 4
                                    

"Edriane, kenapa saya perlu menikah dengan awak?"

Edriane yang baru meloloskan diri ke dalam perut kereta itu hanya mampu terkaku. Pandangannya beralih menatap Darla di sisi.

"Berapa banyak kali aku nak cakap ni? It's because I love you so fucking much." Dia pandang isterinya tidak lepas.

"You love me, but you never said about that Edriane!" Bentak Darla diselangi air mata yang mengalir tidak henti. Dari tadi ditahan rasa kecewa di hati.

"And now I've told you about it, Darla." Balas Edriane perlahan. Wajahnya diraup agak kasar.

Lalu tangannya bergerak menukar gear, kereta itu bergerak laju menjauh kawasan rumah itu. Risau ada yang syak sesuatu.

"Baru sekarang Edriane. Lepas awak dah lafazkan sesuatu ikatan ke atas saya. Saya rasa ditipu tahu tak?" Darla pejam matanya erat. Gaunnya diramas kuat.

Kereta itu berhenti secara mengejut do pinggir jalan. Hampir terdorong badan Darla ke depan akibat tidak memakai tali pinggang. Dia pandang Edriane yang sedang menahan amarah.

Keluhan berat dihela keluar dari bibir nipis jejaka itu. Dia memegang stereng kuat sehingga timbul urat-urat di bahagian lengan dan kekura tangannya.

"Forgive me...aku berniat untuk menjaga kau sehingga akhir hayat aku. Aku nak lap air mata kau saat kau sedih, aku nak peluk kau saat kau rasa kau tiada sesiapa untuk mengadu. Aku sedia untuk itu." Lirihnya meluahkan rasa kecewa.

Dia tunduk sehingga wajah tampan idaman para wanita itu tidak terlihat walau seinchi.

Mata Darla turun untuk memandang rambut hitam pekat itu. Rasa bersalah mulai menguasai diri. Dia terlalu lancang kah?

"Kita baru terikat dengan janji suci beberapa jam lalu, Darla. Kalau ini hukuman untuk aku, aku terima dengan hati yang terbuka. Kerana ini pilihan aku sendiri, dan aku rasa aku tidak salah memilih kau untuk menjadi suri hati aku."

Masing-masing diam. Yang kedengarn hanya deruan nafas masing-masing yang berombak.

Darla tunduk memandang cincin yang terletak sempurna pada jari manisnya.

"Saya..minta maaf. Saya lupa dengan adanya takdir. Allah tarik dia dan datangkan awak sebagai suami saya. Itulah hikmahnya. Syurga yang berada di bawah telapak kaki ibu sekarang berada di bawah tapak kaki awak.."

Hening..

"Betul kata mama, kalau awak kebahagiaan yang saya cari selama ini, kalau awak cinta sejati saya. Awak akan buat sehabis baik untuk dapatkan cinta saya, yang saya mahukan sekarang ialah kepastian. Prove to me that all this is not just a lie."

Tutur Darla buat Edriane dongak. Dia menatap Darla tidak percaya, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu lalu diusap pada keseluruhan wajah.

Mungkin mencuba untuk menyedarkan dirinya dari lena akibat rasa tidak percaya dengan butir bicara sang isteri.

Seketika bibirnya melakar senyuman manis. Dia angguk laju dengan perasaan bahagia yang sememangnya tidak dapat dikata.

Senyuman itu buat Darla terkaku. Lesung pipit pada kedua belah pipi Edriane buat dia terkedu. Terkedu atau terhanyut dalam keindahan ciptaan Tuhan?

"I love you, amore."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Little Amore | C |Where stories live. Discover now