Chapter 40

2.3K 112 13
                                    

Genap tujuh bulan usia kandungan Darla. Saksi betapa kuatnya cinta kedua insan ini yang sebelumnya hanya manusia biasa yang fokus menjalani kehidupan sehari-hari, kini berakhir menjadi sepasang pasangan yang termegah di dalam kisah cinta mereka.

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum cahaya mata mereka dilahirkan untuk melihat dunia yang penuh kelam ini.

Darla menapak masuk ke dalam lift bersama beg yang digenggam pada telapak tangan. Jarinya naik menekan tombol di dinding untuk turun ke tingkat bawah. Pintu yang terbuka lebar tadi tertutup perlahan dengan sendirinya.

Darla pegang beg tangan keluaran antarabangsa itu dengan kedua belah tangannya. Sesekali dia menarik blazer hitamnya untuk menutup perut yang sudah membulat itu. Dia pandang sekeliling lift itu dengan rasa ngantuk yang mula terasa.

Pejabat Darla berada di tingkat paling atas, ia sedikit mengambil masa untuk naik dan turun dari tingkat atas ke bawah, atau dari bawah ke tingkat atas.

Bosan menatap pintu lift, Darla pusing badannya ke samping menghadap cermin lift yang memantulkan dirinya yang sedang mengeluarkan telefon pintar dari beg tangan. Entah apa yang ditekan, skrin telefon itu turut memantulkan objek yang berada di dalam lift sederhana besar itu.

Dia hanya ingin menghilangkan rasa ngantuknya sementara menunggu pintu lift terbuka. Pelbagai gaya yang dia buat di hadapan cermin itu. Beberapa keping gambar di ambil, dia simpan kembali telefonnya apabila lift itu hampir sampai ke tingkat paling bawah.

Tingg!

Seperti yang dikata, pintu lift itu terbuka. Langkah diatur ke arah ruang lobby yang luas bagaikan dewan itu. Kiri dan kanannya terdapat dua buah kaunter perkhidmatan. Di hadapan itu pula ada beberapa pasang sofa yang diletak untuk pelanggan yang ingin merehatkan tubuh mahupun menunggu ahli keluarga mereka.

Darla menghadiahkan senyuman lebar pada sepasang pasangan dan anak kecil mereka yang sedang berjalan masuk bersama beberapa buah beg bagasi di tangan. Jangan tanya kenapa ada beg bagasi.

Darla telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus hotel milik Dato' Xaveir beberapa bulan yang lalu. Memandangkan wanita itu sedang mengandung dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk meluangkan masa bersama laptop setiap masa, Dato' Xaveir mengambil jalan ini untuk memudahkan urusan anaknya.

Darla tidak perlu habiskan masa dengan kerja dua puluh empat jam. Semua kerja itu hanya perlu diagihkan sama rata kepada pekerjanya yang lain. Ini syarat-syarat yang dikenakan semasa tempoh Darla masih berbadan dua dan selepas pantang kelak.

Pintu kereta Audi A6 berwarna putih milik Darla dibuka lalu dia membolos masuk ke dalam. Pintu itu ditutup sedikit kuat hingga menghasilkan bunyi yang dentuman. Beg tangannya diletak di atas kerusi penumpang di sebelahnya. Jam yang berada di tangan dipandang dengan ekor mata. Sudah hampir pukul lima setengah petang.

Setelah itu, kereta miliknya dipandu laju di atas jalan raya menuju ke arah yang dituju. Rumah ibu bapanya.

Darla menghentikan keretanya di hadapan pagar gerbang rumah agam itu. Dia buka separuh tingkap kereta apabila pengawal di sana memandang dengan riak curiga dikeranakan kereta ini baru pertama kali masuk ke kawasan penuh pengawalan ini.

Pengawal itu dengan pantas menunduk hormat sebelum pintu gerbang itu terbuka secara automatik. Tanpa berkata, kereta itu bergerak meninggalkan pengawal yang sudah berjalan memasuki pondok pengawal.

Kaki Darla dengan laju berlari anak memasuki pintu utama rumah itu. Dia datang ke sini hanya untuk mengambil beberapa dokumen yang belum di ambil sebelum ini. Mengingatkan yang malam ni dia dan Edriane perlu hadir ke sebuah majlis, dengan terburu-buru dia datang ke sini.

His Little Amore | C |Where stories live. Discover now