Chapter 32

2.7K 142 8
                                    

Edriane memberhentikan keretanya apabila pemandangan sebuah rumah yang agak besar memenuhi kornea mata. Dia berpaling ke arah Darla yang sudah ternganga. Senyuman tipis terbit
dari bibir lelaki itu.

Tanpa membuang masa, dia membuka tali pinggang keledar lalu melangkah keluar dari perut kereta. Kakinya dilangkah ke arah bahagian penumpang di sebelah pemandu.

Pintu itu ditarik dari luar olehnya. Dia menatap ke arah Darla yag turut memandangnya dengan riak yang sukar ditafsirkan.

Dihulurkan tangan ke arah wanita itu, disambut penuh mesra oleh Darla. Setelah wanita itu berjaya keluar, Edriane menutup kembali pintu kereta itu.

"Rumah siapa ni? Besarnya?" Soal Darla. Matanya terkelip-kelip memandang rumah itu.

"Rumah kita." Balas Edriane sambil merangkul pinggang Darla untuk berjalan seiring dengannya ke arah pintu utama rumah itu.

"What? Ru..rumah kita? Perlu ke sebesar ni awak?" Darla automatik berhenti. Balasan Edriane sangat tidak diduga olehya. Dia ingatkan Edriane membawanya untuk bertemu dengan seseorang.

"It's not too big cinta. Sesuai untuk anak-anak kita main nanti." Katanya selamba. Dia letakkan jarinya di tengah-tengah alat di pintu itu lalu automatik ia terbuka lebar.

"Nanti aku masukkan cap jari kau sekali." Katanya sebelum menatap ke arah ruang tamu yang sebesar alam itu. Mereka masih diam berdiri di luar.

Darla seakan tuli. Dia seakan leka dengan keindahan di dalam rumah itu.

Ruang tamu itu sudah tersedia dengan pelbagai peralatan lengkap. Dari sofa, tv, karpet, jam, frame gambar, almari kaca dan banyak lagi.

Semuanya berhiaskan warna putih dan hitam. Juga terselit warna emas untuk menambahkan aura kemewahannya lagi. Memang cantik!

"Wow." Darla berlari anak memasuki rumah barunya itu. Dipusing badannya untuk memerhati sekeliling.

"You like it?" Edriane berdiri dekat dengan gadis itu. Sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket.

Darla angguk seraya menarik tersenyum tipis. Tanpa sadar dia merangkul erat leher sang suami.

"Tak sangka yang reka bentuk semua perabot ni sama macam yang saya impikan." Makin melebar senyumannya sehingga menimbulkan lesung pipitnya.

"Oh god, I was falling in love with this little dimple." Edriane mencubit perlahan pipi gebu Darla. Dia senyum manis.

"And I was tempted by these sexy dimples." Dia goda Edriane balik. Tangan yang merangkul leher Edriane makin dieratkan.

Tangan Edriane juga tidak diam. Dia naik merangkul pinggang sang isteri seraya mengusapnya perlahan.

"Thank you awak."

"For what?" Edriane angkat kening sebelah.

"Sebab selalu ada dekat dengan saya." Lirihnya perlahan. Dia pandang lekat iris mata biru lelaki itu.

"Sebab hati kita dekat, sebab itu aku akan selalu ada dengan kau. If you was scared, just call my name. And I will come to help you my snow." Kata Edriane. Wajahnya menunduk memandang seluruh inchi wajah buah hatinya.

"Ehemmm."

Suara garau dari belakang. Dia menyandarkan tubuhnya pada daun pintu. Dari tadi lagi dia memandang drama pengantin baru itu.

Darla melepaskan rangkulannya, begitu juga dengan Edriane. Darla dengan wajah memerahnya dan Edriane dengan wajah selambanya.

"Kau nak apa?" Soal Edriane membetulkan lengan bajunya.

His Little Amore | C |Where stories live. Discover now