Chapter 39

1.8K 73 2
                                    

Sebuah file yang berisi segala jenis informasi diletakkan perlahan di atas meja, dia tolak sedikit file itu menjauh darinya.

Wanita itu memandangnya dengan kening berkerut sebelum dia kembali tundukkan wajah apabila wanita yang sedang berdiri itu mengangguk perlahan.

File besar nan tebal itu diselak satu persatu. Siren eyesnya bergerak dari kiri ke kanan membaca satu persatu baris ayat dengan laju.

"The basement of the Burj Khalifa building?" Soal wanita itu dengan suaranya yang sedikit hanyut akibat dari kain yang diikat pada kulit kepalanya. Separuh wajahnya ditutupi dengan kain hitam bercorak ular itu. Dia angkat wajah memandang pembantunya.

Wanita itu angguk.

"Sistem pengawalan berlian itu semakin meningkat selepas datuk bandar di sana telah mangkat beberapa tahun lepas." Ujar wanita itu.

"Siapa yang ambil alih berlian tu?" Soal wanita yang di hadapannya lagi.

Wanita yang sedang berdiri itu hanya menggeleng. "Tiada."

"Tiada? Jadi berlian itu tiada pemilik?" Wanita berambut coklat itu memandang pembantunya dengan riak tanda tanya.

"Ya, dia guna teknologi tercanggih di dunia untuk mengetatkan lagi pengawalan berlian itu. Dan juga berpuluh ribu pengawal yang menjaga di sana. Ia juga bo..."

"Assasina." Panggil seorang lelaki dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia tolak pintu bilik itu dengan kasar.

Assasina memandang lelaki itu dengan riak datar dinginnya. Rahang diketap kuat. Dia paling pantang dengan manusia yang masuk tanpa mengetuk biliknya terlebih dahulu. File tadi ditolak menjauh darinya dengan kasar.

Lelaki yang seakan baru sedar dengan perbuatannya tadi terus mengangkat wajah memandang Assasina. Dia telan air liurnya berkali-kali sambil memandang lantai dan rakan sekerjanya yang turut berada di dalam bilik itu. Wanita itu sudah menunduk akibat panahan mata Assasina yang seakan mahu membunuh satu-persatu di antara mereka.

"Kau tahu apa salah kau Kevin?" Wanita berambut coklat itu menyoal.

Kevin angguk laju. "I'm sorry Assasina."
Dengan laju dia bersujud di atas lantai. Naik turun badannya memohon ampun dari Assasina.

Assasina hanya memandang dengan pandangan kosong. Dia akan menyuruh lelaki itu berhenti apabila dirinya sudah terasa puas. Tanpa sedar, ekor bibirnya ditarik perlahan.

"Berita apa yang kau bawakan Kevin?" Assasina berdiri dari kerusinya berjalan ke arah Kevin yang sudah tegak badan.

Kevin berdiri sembari menyapu bajunya yang sudah melekat dengan habuk lantai. Dia kemudian pegang kedua tangannya erat. Wajah menekur ke lantai walau itu bukan lawan bicaranya.

"Kim, dia ada membuat satu urus janji dengan seorang lelaki dari Thailand. Zeta club at 9:00 P.M. Mengenai lelaki Thailand itu belum dikenal pasti, tapi kami dapat berita yang lelaki itu adalah seorang pedagang yang berdagang rempah-ratus disempadan Thailand-Kelantan. Tapi itu hanyalah satu muslihat untuk menutupi jenayahnya sebagai penjual dadah dan organ manusia."

Jelas Kevin panjang lebar. Setelah itu dia tarik nafasnya dalam-dalam akibat hampir kehilangan nafas.

"Aku akan ada di sana. Memandangkan jantan tua itu sangat payah untuk dijejaki, apa salahnya?" Assasina pandang kedua pekerjanya. Dia ingin mendengar jawapan dari dua mulut itu. Namun pekerjanya seakan terkejut dengan idea atasannya.

"Ri..Rian. Dia termasuk salah seorang musuh Kim. Assasina tidak rasa yang dia tidak akan masuk campur dalam hal ini?" Soal wanita yang dari tadi mendiamkan diri untuk mendengar segalanya. Dia berjalan lalu berdiri di samping Kevin. Wajahnya turut menekur ke lantai.

His Little Amore | C |Where stories live. Discover now