Chapter 37

2.2K 126 11
                                    

Edriane melangkah masuk bersama satu bouquet bunga Tulip di tangannya. Rumah itu kelihatan sunyi jika sudah melangkah masuk. Hanya kelihatan beberapa orang maid yang sedang bertugas menyapu dan mengelap peralatan rumah itu.

Kesemua maid di situ yang perasan dengan kehadiran Edriane terus menunduk hormat. Edriane pastinya buat tidak nampak. Dia berjalan dengan gaya angkuh sombongnya melewati maid-maid itu.

Setelah kaki menapak di hadapan biliknya. Bouquet bunga tadi disorokkan ke belakang badan. Nak buat surprise katanya. Pintu bilik itu dikuak lebar dari luar.

Dia melangkah masuk dengan senyuman tipis. "Sayang?" Kelibat Darla di cari merata tempat.

Di ruang tidur mereka hanya kosong tidak berpenghuni. Pintu bilik air ditolak, juga kosong. Bilik persalinan lagi lah. Akhir sekali, dia buka sliding door balkoni. Lehernya menjenguk masuk mengintai bahagian luar. Masih sama, kelibat Darla tidak dijumpai.
Dia kembali tutup sliding door itu.

Sebelah tangan elok memegang bouquet, sebelah lagi menyeluk poket kotnya mencari keberadaan telefon bimbit. Telefon itu di on kembali setelah cukup lama dimatikan. Bukan apa, lagipun dia tidak mahu ada yang mengganggu waktu kerjanya. Jadi lebih baik di matikan.

Setelah skrin itu bernyala, satu mesej dari 'Mi Amore' terpapar di skrin itu. Dia ketik notifikasi yang terapung itu. Matanya bergerak dengan laju membaca baris ayat yang ditulis.

'Abang, sayang nak keluar kejap. Lupa nak bagitau tadi. Nak beli barang basah je. Nanti saya balik. Lope you abang gorilla muahhh❤️🦍.' -sent at 13:07 P.M

Edriane tengok jam di atas skrin telefonnya. Sudah pukul empat lima belas minit. Lamanya wanita itu membeli belah? Takkan selama ini? Ke mana isterinya merayau ni?

Lekas dia menelefon Darwiez. Telefon itu diletak paras telinga.

"Wiez, tanya Nadine. Dia tau tak isteri aku kat mana?"

"Pasal aku pulak aduh?"

"Do it now!"

Darwiez tersentak dengan tengkingan Edriane. Dia letak panggilan mereka. Selang beberapa saat, telefon Edriane kembali berdering. Dia slide punat hijau itu.

"Tak tahu."

Tut tut~

"Sorry bro, isteri kau tak ada dekat sini. Raissa ada dengan aku sekarang."

Tut tut~

"She said no."

Bouquet bunga tadi dilempar kuat di atas katil. Sehingga gubahannya sudah tercabut dari tempat asal. Seperti ada yang tidak beres sekarang. Dia mencuba mencari keberadaan Darla menggunakan nombor telefon wanita itu.

"Sial!" Marah Edriane. Dia tidak dapat mengetahui langsung di mana Darla berada akibat nombor wanita itu sudah dinonaktifkan.

Dia check pula lokasi terakhir Darla menggunakan kad kredit yang pernah dia beri pada gadis itu.

Mid Valley!

Lokasi terakhir dia di Mid Valley.

Tiba-tiba ada satu mesej masuk. Unknown number.

'Do you want your wife back? Come here Rian. Surrender yourself to me'

-Guess who I am?

Edriane ketap rahang. Tidak perlu berfikir panjang, dia sudah tahu dalang yang berani menculik isterinya.

"Kau salah masuk perangkap Ferdy." Deras dia hampiri satu laci, dicapai satu alat kecil berwarna hitam yang mempunyai satu punat merah di tengah.

His Little Amore | C |Where stories live. Discover now