Chapter 41

1.9K 100 1
                                    

"Sayang.."

"Are you done?"

Tangan Darla yang sedang menyarung stokin berwarna pinknya itu terhenti lalu menatap ke arah Edriane yang sedang menjenguk kepalanya sedikit masuk ke dalam bilik itu. Dia hadiahkan sebuah gelengan kecil pada suaminya. 

Edriane yang melihat gelengan Darla itu terus menolak pintu itu luas lalu dia menapak ke dalam. Lengan hoodie putih bersihnya dilipat hingga paras siku seraya menghampiri Darla yang terlihat susah payah untuk menyarung stokin ke kaki sendiri. Biasalah, perut makin membesar.

Mengah nafas Darla apabila pinggangnya sudah terasa lenguh. Dari tadi mencuba untuk menyarung stokin pink itu namun tiada yang berhasil. Dia sekarang sedang duduk di atas katil.

Edriane menghampiri Darla lalu mengambil stokin pink itu dari tangan Darla. Dia turunkan badannya menyamai dengan paras tinggi Darla yang hanya separas perutnya jika dia sedang berdiri. Lutut kiri melekat pada lantai manakala sebelah lagi diangkat ke atas. Dia sarungkan stokin itu perlahan ke kaki Darla yang terlihat sudah naik bengkak.

Setelah siap sarungkan kedua stokin itu, Edriane berdiri di hadapan Darla yang dari tadi tidak lepas menatap ke arahnya. Dia tarik kepala Darla mendekat lalu dia cium ubun-ubun Darla lama.

Hari ini ialah hari istimewa bagi Darla. Bukan hanya Darla, Edriane juga begitu. Kerana hari ini ialah hari yang dinanti-nantikan selama ini. Bulan madu. Semasa tempoh pernikahan mereka, tidak pernah sekali mereka bercuti di mana-mana tempat atas kesibukan kerja.

Kucupan itu terasa hangat dan penuh kasih sayang yang bercampur baur. Spontan tangan Darla naik memeluk pinggang Edriane yang kecil nan kekar itu. Tipulah kalau dia tak rasa insecure dengan badan suaminya. Setiap hari pergi gym. Darla? Makan, tidur. Duk ulang benda sama. Sampailah muka dia pun dah sama besar dengan gorgon.

Dua pasang kaki kekar dan kaki jenjang itu berjalan seiringan bersama kaca mata hitam yang menutupi mata tajam masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua pasang kaki kekar dan kaki jenjang itu berjalan seiringan bersama kaca mata hitam yang menutupi mata tajam masing-masing. Edriane memaut tangan Darla kemas berjalan ke arah sebuah pesawat peribadi yang terparkir di bawah matahari yang terik.

Mungkin bagi pasangan lain mereka akan teruja dengan kenderaan yang akan menerbangkan mereka di atas sana nanti. Tapi bukan dengan pasangan ini. Riak yang terpapar seperti sudah biasa menaiki pesawat peribadi yang berharga berjuta ringgit itu.

Darla melangkah memanjat tangga kecil satu persatu dengan tangan yang memegang penghadang tangga dan perut bulatnya. Dibelakang ada sosok sasa Edriane yang sedang menjaga pergerakan Darla dari belakang.

Mereka hanya meluangkan masa bersama sementara menunggu masa tiba di destinasi yang ditunggu-tunggu. Penuh gelak tawa yang memenuhi ruang pesawat yang cukup besar itu dengan loyar buruk Darla yang tiada penghujungnya. Sabarlah Edriane.

Akhirnya pesawat itu berhenti juga setelah berbelas jam berterbangan di atas langit yang mempunyai cuaca yang tidak menentu.

Darla dan Edriane masuk ke dalam kereta hitam yang dipandu oleh anak buah mereka menuju ke hotel lima bintang di tengah-tengah bandar London itu. London jerr, tak jauh pun.

His Little Amore | C |Where stories live. Discover now