Chapter 48

3K 89 17
                                    

Elva geleng beberapa kali apabila dirinya diangkat seperti guni yang tidak mempunyai nilai. Sudahlah mulut dia di sumbat satu kain berwarna kuning. Ntah-ntah kain tu bekas Meldina buat lap taik kucing. Lepastu sumbat dalam mulut dia.

Mahu patah tulang bila lelaki berbadan besar bagai gajah itu hentak punggungnya di atas satu kerusi kayu yang hanya menunggu untuk patah. Kerusi zaman bila dia rembat pun tak tahu.

Berkerut wajah putih itu menahan sakit. Nasib baik tangannya diikat, kalau tidak rasanya dah botak lelaki depan dia sekarang. Sedap-sedap je letak dia macam lepas letak guni 100kg. Terus tali yang diikat pada tangannya diperlonggarkan. Elva senyum tipis. Nampaknya mereka akan melepaskan dia.

Namun sangkaannya meleset bila tali itu semakin diperkuatkan malah lebih kuat daripada tadi. Dasar tak guna, dia diikat pula pada kerusi kayu itu.

"Macam mana sekarang? Kau rasa tunang tak jadi kau tu akan jumpa tak kita?" Soal lelaki itu pada Meldina yang sudah berpeluh dingin.

Meldina gigit kulit jarinya seraya menggeleng beberapa kali. Dia hanya mengharapkan kehadiran Edriane seorang saja. Bukan yang lain! Kenapalah jantan-jantan tu selalu menyemak saja? Tak pandai jaga anak bini sendiri ke sampai kena sibuk hal dia dengan Edriane?

"Aku buntu Cero. Aku buntu! Dah tentu bantuan lain akan muncul kalau macam ni. Terbantut terus plan aku. Semua sebab budak ni!" Aik? Dia pulak kena salahkan? Apa salah dia? Dahlah kena henyak atas kerusi ni macam tulang dia selembik tulang sotong.

Meldina dah nampak macam orang gila. Dah berapa kali perempuan tu tarik rambut panjang berwarna merahnya itu tak lepas. Plan nak jadi botak macam jantan tadi ke?

"Relax Mel, senang-senang kau jadikan je budak ni tebusan. Cakap kalau dia taknak jadikan kau isteri dia, kau bunuh budak ni terus. Habis." Kata lelaki itu tenang.

"Do it, I'll make sure you both bow at my feet hoping I'll kill you." Suara garau kasar itu menyentakkan lelaki tadi. Dia berpaling menghadap Edriane yang berdiri di dalam satu bilik di dalam bilik itu. Wajahnya langsung tidak terlihat dek kegelapan yang memenuhi ruang bilik itu. Hanya samar-samar badan tegapnya kelihatan sebelum perlahan-lahan ia semakin mendekat.

Mata biru laut itu mencerun tajam. Dia perhatikan tengkuk Meldina yang bergerak tanda dia sedang menelan air liur. Makin bengis wajahnya bila terpandang wajah wanita jalang itu. Jalang? Ya, Meldina seorang jalang. Dan hanya dia tahu Meldina seorang jalang yang berjaya. Berjaya kerana memperbodohkan dia hidup-hidup.

Rahang yang tajam itu semakin menajam bila dia ketap rahang. Perlahan-lahan mata biru itu berubah gelap. Lelaki yang diberi nama Cero itu tanpa disuruh terus berlari ke arah Edriane lalu menayangkan pukulan. Dengan pantas, Edriane mengelak.

Beberapa pukulan berjaya dielak olehnya namun pukulan satu ini dia tidak berhasil akibat tangan kanannya ditahan kuat oleh lelaki itu. Sedikit terpelanting wajahnya ke samping. Berpinar rasa kepala bila dinding-dinding pegun itu terasa seolah berputar. Dia geleng beberapa kali memperbetulkan pandangan. Dendam Melayu, orang buat kita, kita buat balik.

Terus saja dia layangkan sepakan pada lelaki itu sehingga dapat dilihat ada cecair merah yang mengalir keluar dari hidungnya. Badan Cero berpusing-pusing sebelum Edriane ambil kesempatan untuk melayangkan tumbukan ke atas belakang Cero. Bergetar juga badan lelaki itu bila tubuhnya jatuh ke atas lantai.

Elva yang melihat itu terus menangis tak henti. Nak bercakap tidak keluar, nak meronta lagilah. Hanya mampu berserah pada Tuhan semoga abangnya tidak apa-apa. Mujur kakinya tidak diikat, terus dia dekatkan kerusinya pada Meldina yang diam di tempat. Mungkin sedang khawatir takut Edriane kenapa-napa.

Sesaat, dua saat.

Dia sepak belakang betis Meldina sehingga wanita itu tidak dapat tampung diri sendiri lalu jatuh berdebuk ke bawah. Puas hati dia! Namun sekejap saja, Meldina pantas berdiri lalu menarik pula rambut Elva sehingga gadis itu terdongak.

His Little Amore | C |Where stories live. Discover now