Chapter 27

2.4K 118 0
                                    

"Puan muda, awal pagi dah lepak sini?" Soal seorang wanita berpakaian uniform berwarna hitam putih lagaknya seorang pembantu rumah.

Tersentak sedikit bahu si Darla apabila seorang wanita bertudung sudah berdiri tepat di sampingnya dengan senyuman penuh mesra.

"Oh saya ambik angin je dekat sini. Nampaknya macam tak ada angin, saya ambik suasana jelah." Balasnya turut membalas senyuman wanita itu.

"Boleh saya duduk?" Wanita berumur lingkungan 20an itu meminta izin sembari memandang kerusi kosong di sisi Darla.

Darla hanya mengangguk. Kemudian dia memandang ke hadapannya kembali.

Entah apa yang melalui fikirannya, dia berpaling laju ke arah maid tadi.

"Awak nampak muda, macam mana awak boleh kerja jadi maid? Kerja ni nampak...tak sesuai dengan awak." Penuh berhati-hati Darla bertanya.

Tergelak wanita itu dengan soalan Darla.

"Memang betul, kerja maid tak sesuai untuk saya. Tapi kerja lain pun tak sesuai untuk saya Puan muda, sebab saya berhenti sekolah masa darjah enam lagi." Ujarnya perlahan sebelum menyeka tubir mata.

Darla terkedu mendengar luahan wanita itu. Spontan tangannya naik mengusap bahu wanita di samping dengan rasa bersalah.

"Saya berhenti sekolah sebab masalah kewangan. Ayah saya dulu seorang kaki judi, duit ibu habis hanya sebab dia. Kami anak beranak terpaksa tahan lapar dua tiga hari sebab tak ada duit."

Luahnya lagi tanpa diminta. Dia memandang Darla dengan senyuman terpaksa. Senyuman yang menutupi segala keperitan hidup.

"Jadi..saya rasa kerja ni memang dah sesuai sangat dengan saya. Asal ia kerja halal, tak salah kalau saya ambil peluang ni untuk sara adik-adik saya."

Pernyataannya membuat hati Darla retak seribu. Dengan hanya mendengar saja sudah terasa gabra, ini lagikan wanita itu yang sanggup menganggung segalanya.

"Apa nama awak?" Dia mencuba mengalih topik. Tidak sanggup lagi untuk melihat wajah penuh muram gadis itu.

"Saya Dhia, Dhia Sairish...." Balasnya penuh kelembutan.

"Cantik nama awak, unik." Puji Darla seraya tersenyum.

Dhia tersenyum manis dengan itu. Jujur, dia langsung tidak terkesan dengan mana-mana pujian. Kerana hanya satu pujian, ibunya terpaksa terikat di dalam 'penjara' berbelas tahun.

"Terima kasih Puan muda.."

"Kenapa awak panggil saya Puan muda? Sebab saya nampak muda ke? Dahtu mommy, awak panggil dia apa?"

Kemudian dia mendekat badannya ke arah Dhia. Bersiap sedia untuk berbisik sesuatu di telinga gadis itu.

"Puan tua ke?" Bisiknya penuh perlahan. Takut ada yang mendengar.

"Eh Puan muda, jauh sangat tu. Kami panggil Datin, bukan macam apa yang Puan muda fikirkan tu. Silap hari bulan merah bontot saya kena rotan nanti haha." Sempat dia bergurau setelah itu. Geli hati dengan menantu majikannya.

"Lagipun Tuan Han kami panggil Tuan muda, jadi Puan pun sama." Jelasnya lagi.

Darla mengangguk faham.

"Dahtu Elva? Puan muda jugak ke?" Soalnya masih dengan perasaan ingin tahu.

Dhia geleng.

"Cik Elva belum menikah, jadi gelaran Puan muda belum jatuh dekat tangan dia. Tunggu dia menikah baru boleh panggil Puan muda."

Mulut Darla sudah berbentuk bulat. Macamtu ya peraturan dalam rumah ni..

"Oh, awak pula bila nak menikah? Awak cantik apa? Takkan tak ada yang berkenan? Mana tahu silap hari bulan menikah dengan mana-mana doctor terkenal ke kan?" Darla mengecilkan matanya.

His Little Amore | C |Where stories live. Discover now