Bab 1

88 9 2
                                    

Nadhia cuba menenangkan kawan baiknya itu dari terus terbakar dengan minyak yang dituang oleh seorang perempuan yang sangat terkenal dengan gelaran pick me di universiti nya.

Pada masa yang sama Nadhia menahan malu apabila mata mata yang berada di situ tertumpu pada mereka akibat pergaduhan yang sedang berlangsung.

"Eh u dengar tak ape yang I cakap ni? Ke u pekak sebab tu u tak dengarkan?" kata perempuan itu kepada Nadhia yang sengaja cuba untuk membuat amarah Nadhia mencanak naik tetapi sebaliknya.

"Ape masalah kau ni hah? Aku dah cakapkan yang kawan baik aku ni tak ada kena mengena dengan boyfriend kau tu. Ape yang kau tak faham faham lagi hah?"

"Dah la tu Hana, malu la semua orang pandang. Benda kecik je tak payah la nak besarkan." kata Nadhia dengan perasaan malu dan cuba menenangkan hati kawan baiknye itu.

"Yang kau gi baik sangat dengan minah sewel ni dah kenapa?"

"Wait what?! U cakap I sewel? Excuse me, I ni punya la cantik, pandai, kaya. U boleh kata I sewel?"

"Jap jap kau cakap ape tadi? Kau kaya?! Buat perabis beras kat rumah je.. HAHAHAHAHA" Semua orang yang berada di situ turut ketawa manakala Nadhia menahan ketawa dan malu.

"U tunggu eh.. Ade ubi ade batas, ade hari I balas"

"Ceh nak berpantun pula dia ni.. Hey, u ingat sikit u tengah bercakap dengan siapa ni, ini jaguh pantun la" kata Farhana dengan riak bangganya ingin sahaja dia membalas pantun minah tu laju sahaja dipotong oleh Nadhia

"Dah settle kan? Kalau dah I minta diri dulu ye. Assalamualaikum. Jom hana panas la kat sini" sindir Nadhia kepada perempuan yang memfitnahnya sebentar tadi. Terus sahaja Nadhia menarik tangan Farhana dari terus berada di situ dan membawa ke suatu tempat yang sunyi.

Sampai sahaja di tepi dewan bola keranjang, Nadhia melihat sekeliling untuk memastikan mereka berada di tempat yang tidak terlalu ramai orang lalu lantas Nadhia memukul lengan Farhana sehinggakan Farhana berdecit kesakitan akibat dipukul oleh Nadhia.

"Yang engkau pergi berperang mulut dengan dia tadi tu dah kenapa?! Tak malu ke?!" Marah Nadhia dan membuatkan Farhana tidak puas hati dengannya.

"Yang kau pulak tak habis-habis, nak marah-marah aku kenapa?! Yang kau gi baik sangat dengan minah tak cukup kain tu pahal?! Aku tolong kau kan bersyukur la sikit, ini tidak!" Bengang Farhana dan membuatkan Nadhia berdiam kan diri.

"A-aku minta maaf" balas Nadhia sambil menahan mutiara jernih yang sudah bertakung dari gugur

"Dhia.."

Air mata Nadhia laju gugur membasahi mukanya yang cantik itu.

"Dhia.. Stop please.. Ni semua bukan salah kau, salah minah sewel tu sebab fitnah kau keluar dengan boyfriend dia. Please don't cry, I don't like it when you cry. Stop crying, ok?"

Laju sahaja Nadhia mengangguk dan ketawa kecil apabila mendengar setiap bait ayat Farhana kepadanya.

"Thanks beb sebab selalu ada dengan aku"

"Ahh.. No hal la.. Orang buat kau bermakna dorang buat aku jugak. Kau kawan baik aku Nadhia, aku takkan biarkan orang sakitkan hati kau, ok?"

Sekali lagi tawa Nadhia tercetus apabila mendengar kata kata rakan baik nya itu

"Asal kau gelak?! Aku tak buat lawak kan? Tak nak la kawan macam ni" Nadhia hanya buat muka tenang. Kenal sangat dengan kawan dia sorang ni ada je benda dia nak merajuk kan. Ingat ade Prince charming nak pujuk ke? HAHAHAHAHHAA

"Memang kau tak buat lawak pon, dah la tak yah la nak merajuk bagai, nanti dah tak comel dah kawan aku ni" Kata Nadhia sambil ketawa apabila melihat Farhana sudah muncung sedepa. Haduh ai kawan sape ni? Minta tolong kutip HAHAHAHA

Mrs. Arif Rizqi Where stories live. Discover now