Bab 7

28 5 0
                                    

"Kau ni dah kenapa hah?! Dah tak reti nak buat kerja dah ke?!" Nadhia menjerit di mic headphonenya dengan riak wajah tegang.

Mereka yang berada di situ terkedu melihat sisi Nadhia ini tetapi tidak bagi Farhana, Raziq, Rykarl dan Faiz. Mereka sudah terbiasa dan sebati dengan sikap dingin Nadhia apabila sudah masuk dalam mode bekerjanya ini. Lagi nikmat bila kena maki time strungle.

Mujur sahaja kawasan taman itu tidak ramai orang. Harapnya mereka tidak melihat dan mendengarkan apa yang berlaku di antara mereka.

"Eaaa.. Farh.." belum sempat Farhana ingin berbicara ayatnya dipotong oleh seseorang.

"FAIZ! APA YANG LEMBAB SANGAT KAU NI HAH?!" bengang Nadhia apabila dia meminta untuk Faiz pergi ke bilik kerja papanya untuk cuba menghentikan virus dari situ kerana komputer papanya itu ada akses kesemua komputer yang berada di syarikat ini selain komputer Faiz.

"Guna tangga la bengap! Dah tahu lift tu lambat! Berapa tingkat je beza bilik kerja kau dengan office papa!"

" Kau masuk je la! Papa faham je la kalau kau cakap nak guna komputer dia!"

"Kau ni banyak bunyi la! Kau masuk sekarang!"

"Kau nak kena marah dengan papa aku atau kau nak kena dengan aku hm?"

"Kau pilih. Kau tahu kan apa aku boleh buat. So?"

"Good."

Mereka yang berada di situ hanya mendengarkan saja apa yang dikatakan oleh Nadhia. Menyudahnya mereka hanya chatting untuk berkomunikasi kerana mereka tahu kalau mereka buka mulut pasti ayat mereka akan dipotong oleh Nadhia.

Sedang mereka ralit main telefon untuk berkomunikasi dengan yang lain. Ada satu suara memanggil Farhana, Raziq, dan Rykarl. Sudah semestinya Nadhia.

"Karl. Ziq. Hana."

Mereka mengangkat kepala apabila nama mereka dipanggil. Dapat mereka lihat wajah Nadhia masih lagi tegang pasti Nadhia ingin meminta bantuan dari mereka.

"Ye." sahut Rykarl manakala Raziq dan Farhana hanya diam.

"Kerja." Hanya dengan satu patah perkataan yang dibicarakan oleh Nadhia terus riak wajah mereka menjadi dingin.

Tanpa membuang masa mereka terus mengeluarkan komputer riba milik syarikat Dato Aryan dan mula menghidupkan. Setelah dihidupkan, mereka memakai headphones milik mereka dan mula melakukan kerja.

Rizqi dan yang lain sudah merasa seram sejuk kerana Raziq dan Farhana yang tadi ceria kini sudah berubah sekelip mata. Dingin saja mereka berempat sekarang ini. Rizqi dan yang lain hanya melakukan kerja mereka sendiri sementara menunggu Nadhia and the geng menyiapkan kerja mereka.

●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘

"Huh!" Nadhia melepaskan helaan berat diatas katil apabila sudah sampai di bilik. Kini dia berada dirumah selepas habis menyelesaikan kerja nya sebentar tadi. Dia agak kecewa kerana mereka mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah kali ini dan tidak lupa perkara yang dia tidak suka tetapi terpaksa lakukan kerana kecemasan adalah melakukan kerja mereka di kawasan terbuka.

Ianya kerana pihak musuh akan cuba menjejaki dan mencari maklumat tentang 'starlight' atau orang ramai lebih mengenalinya sebagai Nadhia Sofea.

Ye. Dia melakukan kerja sebagai programmer sudah lama kerana Nadhia sudah terdedah dengan dunia perkomputeran sejak kecil lagi dan atas tunjuk ajar Dato Aryan kini dia mahir dalam dunia itu.

Dan disebabkan itu jugalah kini dia bekerja sebagai system security syarikat papanya tetapi dia dan yang lain hanya memerhati dari jauh. Manakala Faiz pula memang diberikan tugas untuk berkerja dibahagian itu.

Mrs. Arif Rizqi Where stories live. Discover now