Bab 8

16 4 0
                                    

"Dhia.. Bangun sayang.." kejut Datin Nadhirah perlahan.

"Mhm.." nyaut Nadhia perlahan dalam keadaan separuh sedar.

"Dhia bangun.. Kawan kamu datang tu." beritahu Datin Nadhirah.

"Siapa pula datang pagi pagi ni? Hana ke ma?" soal Nadhia yang masih mamai lagi.

"Bukan. Lelaki. Boyfriend kamu ke Dhia?" tembak Datin Nadhirah.

"Hah?!" terus segar bugar matanya, jelas sedikit bingung wajah apabila mamanya berkata tentang boyfriend.

"Habis tu? Dah mama tak pernah tengok muka dia, tiba tiba je berdiri depan pintu pagar tadi." beritahu Datin Nadhirah lagi.

"Kalau tak silap mama.. Nama dia Riz? Haaa... Rizqi." sambung Datin Nadhirah.

Membulat mata Nadhia apabila nama itu yang meluncur keluar dari mulut mamanya.

"Ap-apa dia buat kat sini?!" tergagap-gagap Nadhia menyoal.

Datin Nadhirah memandang pelik kearah anak nya. 'Dah kenapa anak aku ni? Dengar nama si Riz terus tergagap-gagap.' desis Datin Nadhirah di dalam hati.

"Haih. Kamu ni amnesia ke apa Dhia? Baru je kejap tadi mama bagi tahu yang dia datang nak jumpa kamu. Katanya ada group assignments.."

"Dia ada kat bawah tengah bersarapan dengan papa. Dah bangun. Pergi bersiap. Kesian dia nanti kena tunggu kamu lama." sambung Datin Nadhirah lagi.

Nadhia menjenguk kan kepala ke arah pintu bilik untuk memastikan mamanya sudah turun semula. Nadhia meraup wajahnya dengan kasar sambil berfikir sejenak.

"Buat apa dia datang rumah aku pulak ni?" tutur Nadhia seorang diri.

Nadhia mencapai telefon nya di atas meja kecil apabila gegendang telinganya menangkap deringan lantang dari telefonnya.

Tertera besar di skrin telefonnya 'Soulmate💕🌹'. Tanpa menunggu lama terus Nadhia mengangkat panggilan tersebut.

"Hello.. Assalamualaikum. Ye ada apa Cik Farisha Farhana?" soal Nadhia agak ramah namun dapat didengari suara tertahan seperti sedang marah. Member serabut ni.

"Waalaikumsalam Cik Nadhia Sofea. Saya hanya ingin menanyakan sesuatu."

"Apakah soalan tersebut Cik Farisha Farhana?"

"Dah la tak payah la. Cakap je la cam biasa aku pulak yang penat."

"Kau dah dekat mana ni Dhia?"

"Err.. On the way?"

"Ohh.. Ha okay. Tak ada lah aku cuma risau kau lupa and takut kau baru bangun je."

Erk.

"Oh ha ye ye."

"Okay la jumpa dekat tasik. Kita joging dulu pagi ni pastu kita bincang lagi sikit. Petang baru kita start cari bahan bahan yang perlu."

"Iya Cik Farisha Farhana.. Saya tahu."

"Aku ingatkan je."

"Baiklah. Okay la bye. Kejap lagi jumpa."

"Ha okay. Bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Panggilan terus diputuskan dari pihak sebelah sana selepas mendengarkan Nadhia menjawab salamnya.

Terus sahaja Nadhia memboloskan diri ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selesai sahaja membersihkan diri Nadhia bergerak ke arah wardrobe nya. Laju tangan mencapai baju t-shirt lengan pendek berserta dengan seluar track.

Mrs. Arif Rizqi Where stories live. Discover now