Bab 6

26 5 0
                                    

"Sudah sudah la tu. Jom la kita start buat assignment nanti lambat siap pulak." kata Nadhia sambil mengeluarkan buku notanya.

Rasa rindu ku melayang layang,
Mengingatkan engkau seorang,
Menyemai kasih di dahan cinta,
Haruskah aku terus menangis..

Mendengarkan lagu itu mata mata yang berada di meja panjang itu memandang ke arah Nadhia. Apa yang menarik perhatian mereka adalah suara yang menyanyikan lagu itu. Suara seperti sepasang kekasih sedang bernyanyi bersama merdu sekali suara mereka.

Telefon yang mengeluarkan bunyi bersama getaran menandakan ada seseorang menelefonnya. Nadhia hanya tersenyum apabila mereka memandang ke arah dia.

Nadhia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar untuk melihat siapakah gerangan yang menelefonnya. Tertera besar nama di situ 'Faiz System Security HNS'

"Hello? Assa.."

"HELLO! DHIA! KAU KENA TOLONG AKU DHIA! KAU KENA TOLONG AKU!! AKU TAK MAMPU NAK HANDLE SEMUA NI SEORANG! KAU KENA TOLONG AKU!!"

Nadhia menjarakkan sedikit jauh telefonnya dengan telinganya yang ditutupi tudung shawl kerana jeritan mengejut dari Faiz itu.

"Tak, sekarang ni.. Asal kau call aku terjerit jerit cam apa ni, hah?! Sakit kau tahu tak telinga aku ni! Kau nak aku pekak ke gile?!" kini giliran Nadhia pula menjerit ditelefonnya akibat terlalu marah akan kawan sekerjanya seorang ini.

"Halah kau ni.. Nanti nanti je la kau bebel kat aku. Sekarang ni kau kena tolong aku! Aku tak kira, kau kena tolong aku jugak!"

"Apa benda yang kau nak aku tolong ni? Kau jangan minta benda pelik pelik eh. Aku tengah ada assignment group ni dengan budak class aku."

"Ade orang serang system company Dato sekarang ni. Kau kena tolong aku. Aku dah cuba hentikan tapi virus nye makin menjadi jadi. Aku rasa hacker kali ni lebih hebat. Dia orang tengah cuba curi fail fail penting company Dato." ujar Faiz sebab sebenar dia menelefon anak majikan nya ini.

" Haduh kau ni! Takkan tak boleh handle! Bagi aku 5 minit cuba lengahkan virus tu. Nasib baik la aku bawak laptop! Kau ni suka la buat surprise yang aku tak suka! Dah la ada kawan kawan aku!"

"Alah macam la kawan kawan kau tu tak tahu kerja kite ni. Dorang pun buat kerja ni an. Tak payah la bising bising cepat la!"

" Masalahnya sekarang ni! Bukan kitorang berempat je ada! Ada orang lain sekali! And bukan seorang atau dua orang tapi empat orang!"

"Ahhh!! Aku tak kira kau kena tolong aku jugak! Kejap lagi aku call kau balik. Aku chau lu. Pape roger."

Tidak sempat Nadhia ingin bertutur bicara lagi panggilan itu sudah diputuskan dari pihak sana.

Tanpa membuang masa Nadhia menolak ke tepi semua barangnya yang ada diatas meja panjang itu ke tepi lalu dia mengeluarkan sebuah laptop yang agak canggih. Komputer riba yang dibawa oleh Nadhia itu menarik perhatian Rizqi dan yang lain apabila melihat logo yang terletak elok pada muka komputer itu.

Mereka terkedu apabila melihat komputer riba yang digunakan oleh Nadhia. Mereka seolah olah tidak percaya yang Nadhia mempunyai komputer itu. Sedang Rizqi ralit melihat komputer riba milik Nadhia itu otaknya mengingatkan tentang perbualan dia bersama daddynya pada beberapa hari lepas.

Flashback..

"Riz.." meleret sahaja Tan Sri Aniq memanggil anak bongsunya itu.

Rizqi yang sedang duduk di tepi kolam hanya duduk termenung sambil kakinya direndam kan di dalam kolam renang itu.

Mrs. Arif Rizqi Where stories live. Discover now