Bab 11

21 3 0
                                    

"Akak dengan Abang Riz dah lama ke jadi pasangan kekasih?" soal Farah dengan penuh minat apabila mereka berdua sudah berjalan menghampiri kereta Rizqi.

Mereka terpaksa berjalan agak jauh dari meja yang mereka gunakan kerana kereta Rizqi berada di hujung taman rekreasi ini.

" Tak ada lah. Akak dengan Abang Riz tu tak ada apa - apa hubungan yang istimewa pun.. Kenapa? Farah suka Abang Riz ke?" soal Nadhia mengusik.

"Eh, mana ada! Farah tanya je.. Lagi pun kawan - kawan Abang Awish, Farah dah anggap macam abang - abang Farah sendiri. Lagipun diaorang yang bawa Farah jalan - jalan, belanja Farah barang branded tu semua." ujar Farah sedikit panjang.

"Ouh.. Kalau macam tu kenapa Farah tanya tadi?" soal Nadhia lagi dengan perasaan ingin tahu.

"Hurmm.. Maybe sebab akak dengan Abang Riz nampak secocok?" Nadhia hanya fokus akan Farah sambil berjalan ke arah kereta Rizqi yang hanya dihadapan sana.

"Orang tua - tua kata apa? Sama cantik sama padan!" ujar Farah lagi setelah agak lama dia memikirkan peribahasa itu.

"Ada - ada saja kamu ni, Farah." ujar Nadhia sedikit malu apabila diusik oleh Farah. Memerah muka Nadhia apabila Farah tidak henti mengusiknya dari kereta Rizqi, beli air, dan sehingga kini.

Hampir sahaja mereka sampai ke arah meja yang digunakan tadi, ada seseorang yang melanggar Nadhia. Terpejam mata Nadhia apabila dia merasakan yang dia akan jatuh namun ada tangan yang sempat menyambutnya dari terus jatuh ke tanah.

Perlahan - lahan Nadhia membuka mata apabila dia sudah berdiri dengan stabilnya. Lelaki yang memakai serba hitam itu hanya menunduk sambil menarik topi hitam yang dipakainya untuk menutupi wajahnya dan berjalan laju meninggalkan Nadhia yang terpinga - pinga.

Sempat Nadhia melihat separuh wajah lelaki misteri itu kerana lelaki itu memakai pelitup muka berwarna hitam. Nadhia tidak menghiraukan suara - suara yang memanggil namanya dan bertanyakan soalan,yang hanya ada di dalam kotak fikirannya hanyalah lelaki misteri tadi.

Dia bagai pernah melihat separuh wajah itu. Namun tidak dapat dia ingat di mana dan siapa.

Farhana dan yang lain terus berlari ke arah Nadhia apabila melihatkan Nadhia yang hampir jatuh tetapi sempat disambut oleh seorang lelaki misteri.

"Dhia, kau ok tak ni?" soal Farhana cemas. Dibeleknya seluruh badan Nadhia untuk memastikan tiada yang cedera. Jelas terpancar riak wajah kerisauan di wajah mereka.

"Ya Allah, cik! Cik tak apa - apa ke?" soal seorang gadis yang meluru ke arah Nadhia apabila melihatkan Nadhia yang hampir jatuh dilanggar oleh 'abang' nya.

"Kak Dhia?" soal gadis itu untuk kepastian. Terus terhenti lamunan Nadhia apabila mendengarkan suara lunak itu. Perlahan - lahan Nadhia memandang ke arah gadis itu dan berjalan ke arah gadis itu untuk memeluknya.

"Ya Allah!! Rindunya akak dengan Liz.." ujar Nadhia dalam keterujaan sambil memeluk gadis itu.

"Liz pun rindukan kakak.." balas gadis itu seraya memeluk erat bekas kekasih abang nya itu.

"Liz buat apa kat sini?" soal Nadhia yang masih dalam keterujaannya kerana sudah lama dia tidak bertemu dengan gadis ini. Herliz Haliesya, seorang adik kepada seseorang yang sangat dia sayangi dahulu dan kini.

"Err.. Liz jogging tadi dengan.. Kawan..?" ujar Haliesya agak nervous.

"Ouh.. Mana kawan Liz?" soal Nadhia ramah.

"Err.. Dia.." terkelu lidah Haliesya ingin menjawab. Patutkah dia beritahu Nadhia hal sebenar?

Haliesya terpandang kan suatu sudut dimana 'abang' nya menyembunyikan diri. Jelas abang nya itu menggelengkan kepala dengan anak matanya menikam tajam anak mata Haliesya tanda 'jangan beritahu hal sebenar'.

"Dia?" soal Nadhia sedikit keliru apabila melihatkan gadis itu bagai mengelamun.

"Liz.." panggil Nadhia lembut. Tersentak Haliesya apabila mendengarkan suara lembut itu.

"Hah?"

"Liz okay ke ni?" soal Nadhia prihatin.

"HA? O-okay je." jawab Haliesya cemas takut akan Nadhia tahu akan kebenaran.

"Bagus la kalau macam tu." ujar Nadhia sedikit lega namun dia rasakan seperti ada sesuatu yang Haliesya sorokkan daripadanya.

"Liz baru sampai ke?" soal Nadhia ramah. Laju sahaja Haliesya menggelengkan kepala.

"Nak kata lama tak ada la lama sangat dalam 15 minit lebih lepas sampai sini?" jawab Haliesya teragak - agak dengan jawapannya.

"Ouh.. Jadi nak balik la ni?" soal Nadhia lagi hanya untuk menghilangkan kekok akibat mereka sudah jarang jumpa.

"Haah. Nak balik dah ni. Akak?" soal Haliesya pula.

"Akak baru je habis jogging dengan kawan - kawan akak." jawab Nadhia sambil tersenyum. Kepala dialihkan memandang rakannya yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

Haliesya yang faham akan pandangan itu terus melemparkan senyuman manis kepada mereka. Ada yang dia sudah kenal jadi tidak la terlalu kekok namun matanya tertancap pada sekumpulan lelaki yang berdiri di sebelah kawan - kawan abangnya.

"Yang kat sebelah Abang Man dengan Abang Karl tu siapa akak?" soal Haliesya sedikit bingung apabila merasakan yang dia seperti pernah nampak mereka tetapi di mana ye?

"Tu?" soal Nadhia semula sambil jari menunding ke arah Rizqi dan yang lain. Haliesya hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Ouhh.. Itu kawan baru akak. Salah seorang dari diaorang tu partner assignment akak. Jadi kawan dia yang lain nak join sekali, tu yang jadi ramai." terang Nadhia sambil tersenyum manis.

Haliesya hanya mengangguk sambil mulut memuncung menjadi 'O' tanda faham akan penerangan yang disampaikan.

" Jom, kita pergi dekat dorang. Akak nak kenalkan Liz dengan mereka. " ajak Nadhia sambil meraih lembut tangan Haliesya. Haliesya hanya mengangguk dan membiarkan dirinya ditarik oleh Nadhia.

Menangislah..
Kan kau juga manusia,
Mana ada yang bisa, ohh..

Haliesya terus memberhentikan langkah nya dan menarik tangannya dari genggaman tangan Nadhia. Nadhia yang perasan akan langkah Haliesya berhenti turut berhenti sama.

Haliesya menarik telefonnya dari pocket seluar terus menunjukkan skrin telefonnya kearah Nadhia menandakan ada orang menelefonnya. Nadhia yang faham terus mengangguk dan berlalu pergi kearah kawan - kawan nya yang lain.

Haliesya yang memerhatikan Nadhia sudah berada bersama dengan yang lain terus mengalihkan pandangan kearah telefon nya. Tanpa membuang masa Haliesya terus menggesel kan butang hijau ke kanan untuk bersambung dengan pihak sebelah sana.

"Hello? Assalamualaikum." ucap Haliesya penuh sopan santun.

"Waalaikumsalam." jawab orang di sebelah sana.

"Ada apa - apa yang saya boleh Bantu, Encik Hazrul Hilmi?" soal Haliesya sambil memandang kearah seseorang yang sudah berada didalam perut kereta

"Lama lagi ke? Abang ada nak jumpa client ni." ujar seorang lelaki yang bernama Hazrul Hilmi.

"Kejap, Liz nak kenal - kenal dengan kawan baru Kak Dhia." balas Haliesya.

"Jangan nak mengada eh. Cepat masuk kereta." agak tegas lelaki itu mengarahkannya.

"Give me 10 minutes. I will be there soon." balas Haliesya lagi.

"Fine." ucap lelaki itu sebelum mematikan panggilan.

Tbc..

『♡』•『♡』•『♡』•『♡

Sorry korang.. Sepatutnya aida publish smlm chapter baru. Tpi tertido pula. Sorry ye.  Lia mmg akan slow update sbb kekangan masa dan idea tu kdg x sama. So fhm" la. Lagipun aida tgh x de feel sgt nk menulis. Klu siap chapter baru ade la update. Ok bye. Jgn lupa vote n comment.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Arif Rizqi Where stories live. Discover now