Bab 3

37 5 2
                                    

Keluar sahaja dari bangunan pengajian terus mata Nadhia melilau mencari kereta kepunyaan Dato' Aryan. Sedang dia ralit mencari kereta, bahu dia dilanggar oleh seorang lelaki tanpa lelaki itu sedar akan keberadaan dia dan telah menyebabkan buku-buku yang dipegang olehnya jatuh ke lantai.

Apabila dia sedar yang dia telah terlanggar seseorang terus dia bertindak dengan membantu gadis yang dilanggarnya tadi. Rizqi menundukkan separuh badannya ke lantai untuk menolong mengutip buku-buku yang berselerak diatas lantai.

Nadhia mengutip buku-bukunya yang berselerak diatas lantai dengan penuh kemarahan dan tanpa dia sedar orang yang melanggar dan juga membantu dia itu adalah Arif Rizqi.

Saat Nadhia perasan orang yang melanggarnya itu adalah Rizqi terus dia menyumpah seranah si Rizqi di dalam hati. Sedar tak sedar kau tetap menyumpah seranah dia an. HAHAHAHAHA

"Sorry, I tak sengaja. Wait, you're Nadhia, right?" tanya Rizqi untuk kepastian.

"Yes, I am Nadhia."

"Oh. I'm so sorry about that. If u don't mind I nak belanja u makan kalau u tak kesah. Tanda minta maaf?" soal Rizqi dengan harapan Nadhia bersetuju namun sebaliknya.

"Sorry, I tak makan dengan orang yang acah hot stuff kat University ni. And one more thing, tak perlu kot sebab I tak berapa gemar untuk rapat dengan lelaki yang baru kenal. Sorry. " ujar Nadhia panjang lebar dengan perasaan menyampah. Saje nak sakitkan hati Rizqi.

Habis sahaja mereka bertutur bicara terus Nadhia bergerak ke arah kereta milik Dato' Aryan yang sudah tiba dan berhenti tidak jauh darinya.

Nadhia ingatkan ayahnya sudah berada di dalam kereta rupanya belum. Nadhia berhenti berjalan saat mendengar suara seseorang yang sangat dia kenali tidak jauh darinya.

Nadhia teruskan berjalan dan ketika sampai di hadapan pintu, pintu Nadhia dibuka oleh papanya lagak seperti seorang puteri ingin memasuki kereta.

Dato' Aryan turut masuk ke kereta setelah memastikan anak gadisnya sudah selamat berada di dalam kereta. Laju sahaja kereta yang dinaiki anak beranak itu meluncur diatas jalan raya.

●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘

"Assalamualaikum, mama. Anak tunggal mama yang cantik ni dah balik!!!" jerit Nadhia saat berada di hadapan pintu utama rumah agam itu. Boleh tahan bergema juga suara Nadhia di dalam rumah agam itu.

"Ya Allah, Nadhia! Ape anak dara terjerit jerit macam tu, tak malu ke?!" marah Datin Nadhirah selaku ibu kepada Nadhia.

"Hehehe. Sorry, mama." ujar Nadhia dengan muka tidak bersalah dan tidak lupa senyuman untuk menenangkan hati ibunya.

"Sorry, sorry, naik lori je la. Waalaikumsalam" kata Datin Nadhirah dengan perasaan sebal. Tidak lupa juga untuk menjawab salam anaknya itu. Karang tak dijawab nanti mula la si Nadhia tu buka tempat ceramah yang tidak bertauliahnya itu.

"Ape bising-bising ni? Dari luar dengar? Assalamualaikum." kata Dato Aryan sambil memberi salam sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah. Dia masuk lambat sikit kerana menjawab panggilan telefon dari clientnya.

"Waalaikumsalam, abang. Ni, ha anak awak terjerit jerit dalam rumah. Boleh pekak saya tau." adu Datin Nadhirah kepada suaminya dan tidak lupa juga menyalami tangan suami kesayangan nya itu.

"Eeee.. Kalau nak bersweet sweet pon jangan la depan orang! Hormat la sikit orang yang single ni!" ucap Nadhia dengan gaya geli gelemannya. Mesti readers pon sama kan.. HAHAHHAHAHAHA

"Tu la, orang dah suruh dah kahwin tapi dia yang tak nak. Kalau dah ada suami nanti bermanja la dengan suami awak tu nanti." kata Datin Nadhirah sambil membuat muka mengejek.

Tanpa Datin Nadhirah sedar anak gadis nya sudah mengalirkan air mata saat mendengar ayat yang di lontarkan oleh Datin Nadhirah. Tersentak Datin Nadhirah apabila teringat akan sesuatu, dia tidak patut bangkitkan isu itu.

"Ya Allah, sayang. Mama minta maaf. Mama tak patut bangkitkan hal tu. Mama langsung tak ingat pasal tu. Maafkan mama ye, sayang." lembut sahaja Datin Nadhirah memujuk anak gadisnya itu.

Nadhia hanya mengangguk sahaja, tanpa membuang masa terus Nadhia mengambil langkah menuju ke bilik tidurnya.

"Awak ni, Nad. Kenapa awak bangkitkan balik hal tu. Kesian anak kita tu." Dato' Aryan menegur isterinya sambil mereka menuju ke dapur.

"Mana saya ingat lagi pun benda tu dah lepaskan. Saya rasa tak perlu kot nak bersedih lagi." kata Datin Nadhirah dengan selamba badaknya.

"Awak ni, Nad. Tak elok la. Dia tu kehilangan orang yang dia sayang tau. Kalau bukan sebab kemalangan mesti sekarang ni kita dah menimang cucu."

●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘

"Hah.. Penatnya..." mengeluh Nadhia seorang diri sambil berbaring diatas katil. Telefon dikeluarkan dari kocek seluar lalu aplikasi foto dibukanya.

Tanpa Nadhia sedar air matanya mengalir deras saat melihat beberapa foto dia bersama seseorang. Otak ligat mengenang kenangan bersama seorang jejaka yang sangat disayangi.

"Kenapa awak tinggalkan saya.. Awak dah tak sayangkan saya ke? Sampai sekarang, awak. Saya tak bukak hati saya untuk mana-mana lelaki sebab kat dalam hati saya cuma ada awak. Awak sahaja yang saya perlukan. Awak sahaja yang mampu melengkapi saya.." Nadhia menangis teresak-esak sambil memeluk telefonnya yang masih tertera sebuah foto di skrin telefon bimbitnya.

Laju sahaja tangan mengelap air mata di pipi. Dia tidak patut terus bersedih begini kalau tidak si 'dia' juga akan turut bersedih melihat Nadhia menangis mengingatkan dirinya yang malang. Dia perlu terus kuat untuk diri nya dan orang tersayang.

Nadhia bangkit dari perbaringannya dan melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Setelah selesai membersihkan diri dan menunaikan kewajipan, Nadhia mencapai telefon bimbitnya diatas meja bersebelahan dengan katil.

Nadhia meniarap diatas katil lalu membuka aplikasi Instagram dan dia memuat naik gambar-gambar yang diambil oleh Farhana serta beberapa gambar yang random . Tidak sampai 10 minit sudah beratus ratus like dan comment di new post nya.

"NADHIA SOFEA!!! TURUN MAKAN!!" jerit Datin Nadhirah dari tingkat bawah memanggil anak nya seorang itu.

"Ye. Nak turun la ni!" Nadhia membalas jeritan mamanya dari dalam bilik, tanda mendengar apa yang disampaikan oleh Datin Nadhirah dari tingkat bawah. Bukan melawan ye anak anak. ;)

Tanpa berlengah Nadhia berlari menuruni anak tangga satu persatu sehingga ke penghujungnya dengan selamat.

"Ya Allah.. Nadhia Sofea! Bahaya la! Kalau jatuh tadi macam mana!" marah Datin Nadhirah dengan anak tunggalnya ini, tidak boleh duduk diam. Ada sahaja benda bahaya yang ingin dilakukan.

"Apa cakap macam tu, Nad. Tak elok la. Cuba cakap benda yang baik-baik, yang elok-elok. Mulut kita ni masin tau. Ha.. Kata-kata kita tu boleh jadi doa.." ceramah Dato Aryan kepada isterinya ini. Kalau sehari tidak membebel tidak sah.

Datin Nadhirah sudah muncung sedepa apabila dia kena ceramah dengan suaminya itu. Pinggan yang diisi dengan nasi putih diberikan kepada suaminya begitu juga Nadhia. Merajuk merajuk pun makan minum suami dan anaknya tetap dijaga.

Tbc

『♡』•『♡』•『♡』•『♡』

So, korang macam mana? Lia minta maaf klu ada ayat yang berterabur. Ok tak chapter baru ni? Ce comment sikit. So itu sahaja untuk minggu ini, berjumpa lagi kita pada chapter seterusnya. So stay tune ok? Bye..

Mrs. Arif Rizqi Where stories live. Discover now