Bab 4

29 3 1
                                    

"Ni Riz, mummy nak tanya sikit ni. Bile kamu nak kahwin. Penat mummy tunggu kamu cari girlfriend." soal Puan Sri Aulia Safina tanpa basa basi sambil menyuapkan nasi yang di jamu oleh nya.

Tersembur keluar nasi di dalam mulut Rizqi apabila mendengarkan soalan yang keluar dari mulut Puan Sri Aulia.

"Pengotor gile kau ni! Habis nasi aku! Tak de selera terus aku." marah Adam Haziq selaku abang kepada Arif Rizqi.

"Ish! Diam la kau! Ape mummy ni. Riz masih belajar kan. Kasik la Riz habis belajar dulu cari kerja, baru la kita bincang pasal kahwin." kata Rizqi sambil mengedipkan matanya agar mummynya tidak membangkitkan isu perkahwinan lagi.

"Ish. Diam la kau. Ape mummy ni. Riz masih belajar kan. Blah. Blah. Blah. Blah. Blah." sampuk Adam sambil mengajuk kan percakapan adiknya itu. Saje nak mengusik adiknya bukan selalu dia boleh mengusik adik dia yang single je memanjang ni.

"Ape kamu ni Adam! Tak baik tau buat adik kamu macam tu." marah Puan Sri Aulia kepada anak sulongnya itu.

"Iya, mummy tahu. Tapi sampai bila kamu nak menyingle macam ni. Kot ye pun tak nak kahwin sekarang, cari la girlfriend dulu. Kenal-kenalkan kawan perempuan kamu dekat universiti baru kamu pada mummy ni. Kalau tak nak, mummy ingat nak carikan jodoh untuk kamu." sambung Puan Sri Aulia panjang lebar kepada anak bongsunya itu.

"Haih. Kamu ni Lia, tak habis habis dengan kahwinnya tu. Kesian Riz tu saya tengok. Saya setuju apa yang Riz kata, biar dia habis belajar, cari kerja dulu. Macam si Haziq ni. Kumpul duit kalau tak kumpul duit, dia nak kasik anak orang makan apa?" sambung Tan Sri Aniq membela anaknya itu.

"Hmm. Ye la saya salah. Anak kesayangan awak tu je la yang betul." kata Puan Sri Aulia dengan nada yang merajuk dan menjeling suaminya itu.

"Mana ada si Rizqi ni anak kesayangan saya. Semua anak kesayangan saya."

"Ha. Jeling la lagi. Saya cungkil biji mata tu baru tahu." sambung Tan Sri Aniq lagi sebelum dia menghambur kan ketawa apabila melihat isterinya itu sudah muncung sedepa.

Rizqi dan Haziq turut ketawa melihat mummy daddynya itu bahagia. Tipu la kalau mereka kata yang mereka tidak inginkan sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga mereka ini.

'Kalau aku nak halalkan Dahlia aku kena berusaha lebih keras lagi!' ucap Adam Haziq di dalam hati dengan semangat yang berkobar kobar untuk menghalalkan kekasih hati nya itu.

●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘

"Assalamualaikum, mama papa." ucap Nadhia saat menuruni anak tangga untuk ke meja makan untuk bersarapan.

"Waalaikumsalam, sayang." balas orang tuanya serentak sambil tersenyum melihat anak gadis nya seorang itu.

"Sedapnya bau.. Mama masak apa hari ni?" tanya Nadhia sambil mengambil tempat di sebelah kanan Dato' Aryan.

"Mama masak nasi goreng. Kamu nak makan apa? Nasi goreng atau roti?" soal Datin Nadhirah untuk memberikan sarapan kepada anaknya itu.

"Hmmm..." jari diletakkan di dagu sambil berfikir sama ada ingin makan nasi goreng atau roti.

"Roti je la mama." kata Nadhia setelah membuat keputusan.

"Ha, nah. Roti kamu. Macam biasa isi pilih sendiri." kata Datin Nadhirah sambil ketawa apabila melihat anaknya itu sudah muncung sedepa.

Setelah menyapu jem pada kepingan roti, Nadhia melipat kan roti itu lalu disua masuk ke dalam mulut kecil nya itu.

"Dhia. Nanti kamu balik Pak Mat yang ambil kamu ye. Papa ada meeting penting hari ni, jadi takut tak sempat pula nak menjemput kamu." kata Dato Aryan dengan perasaan serba salah kerana memang dari dulu Dato Aryan akan menghantar dan mengambilnya. Kata nya bahaya takut apa-apa jadi padanya.

"OK, papa. Tak apa, Dhia faham." ucap Nadhia sambil mulutnya penuh dengar roti yang dimakannya.

"Mama kata apa? Habiskan makanan dalam mulut tu dulu baru bercakap." kata Datin Nadhirah sambil membuat mimik muka garang di hadapan anaknya.

"Baik, mama." kata Nadhia sambil ketawa melihat wajah garang yang dibuat buat untuk menakutkannya. Dato Aryan hanya tersenyum gembira melihat dua beranak itu.

●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘●∘◦❀◦∘

"Good morning, class."

"Good morning, madam Atikah."

"Duduk. Duduk."

"Thank you, madam."

"OK. So masa class yang lepas, saya ada cakap yang kita akan buat presentation, right?"

"Alaaaa..." keluh pelajar pelajar yang berada di dalam kelas itu.

"OK. So for this presentation you will need to find a partner . You don't need to be noisy. We will draw lots to determine each partner."

"No.. Please madam tak nak la cabut undi." ramai pelajar yang tidak bersetuju dengan cadangan madam Atikah itu.

"OK macam ni. Kalau korang semua tak nak, then saya yang tentukan sendiri pasangan korang. Deal?" tanya madam Atikah kepada pelajar nya yang sudah menarik muka.

"Aaaaa.. Tak pe la madam. Kita cabut undi je la." kata Farhana manakala pelajar yang lain hanya menangguk tanda setuju.

" Hmmm. Tahu takut. Ye la kita main cabut undi tapi sebelum tu keluarkan assignment yang saya bagi minggu lepas." kata madam Atikah dengan wajah kosong. Dia yakin pasti akan ada orang yang tidak menyiapkan kerja yang diberinya.

"OK." kata Farhana sambil membuat mengangkat tangan dengan membuat tanda ok di tangan nya.

Madam Atikah memandang Farhana dengan ekspresi yang menunjukkan dia pelik kerana Farhana sedang tersenyum lebar kerana tidak sabar ingin menunjukkan kerja yang telah disiapkan olehnya itu.

Buku notanya diletakkan diatas meja sambil tersenyum bangga. Madam Atikah yang perasan akan riak wajah Farhana terus bergerak ke arah meja Farhana dan Nadhia.

Terbuntang mata Madam Atikah apabila menyelak setiap muka surat yang ada di buku nota tersebut.

"FARISHA FARHANA!" jerit Madam Atikah. Membuatkan semua pelajar di dalam kelas itu memandang ke arah mereka.

"Yes, madam?"

"Ini assignment ke buku lukisan?!"

"Hah?"

Melihat sahaja assignment yang dilakukannya itu diconteng terus merah muka Farhana menahan malu. Nadhia di sebelah sudah menahan ketawa apabila melihat assignments kawan baiknya itu.

"So.. Sorry madam." kata Farhana sambil menunduk akibat malu.

"Saya nak awak siapkan assignments ni dari awal! Saya tahu assignments awak ni mesti dah ada atas meja saya, saya bagi masa seminggu. Kalau tak dapat siapkan, saya report pasal awak."

Terbuntang mata Farhana ketika mendengar apa yang dikatakan oleh Madam Atikah sebentar tadi.

Madam Atikah yang melihat wajah Farhana ketika ini hanya mampu menahan ketawa melihat wajah cemberut Farhana itu.

Tbc

『♡』•『♡』•『♡』•『♡』

So amacam? Ok x? Like, comment and share ok. Sorry kalau ada ayat yang berterabur.

Mrs. Arif Rizqi Where stories live. Discover now