BAB 5

896 27 0
                                    

Lukman keluar dari bilik mesyuarat dengan senang hati. Bertambah senang dia juga akan bekerjasama menjayakan projek dari syarikat N.A Holdings bersama-sama Anis. Sukar dia mengungkapkan perasaannya. Anis kelihatan keluar dari bilik itu.


"Anis, jom lunch. Sekarang ni pon memang dah masuk waktu lunch." Pelawa Lukman. Bukan dia berdua sahaja. Pasti Anis tidak kisah.


" Maaf ya. Saya kena gerak. Urgent." Balas Anis lalu berlalu ke arah lif. Lukman hanya memandang. Naufal keluar dari bilik tersebut lalu bertanya kepada Lukman, " Mana Cik Anis ya? "


" Dia baru je turun." Jawab Lukman. Dia melihat Naufal pula pergi seperti kejarkan sesuatu selepas berterima kasih kepada Lukman.


************************

Anis pantas masuk ke dalam kereta. Jujur dia ingin berjumpa semula dengan dia tetapi rasa marah muncul tiba-tiba pada dia. Dia menutup pintu kereta tetapi ada orang yang membuka pintu tersebut. Anis terkedu melihat muka Naufal yang kemerahan kerana kena terik cahaya matahari. Nafasnya seakan-akan baru sahaja marathon.


" Anis, saya rasa awak dah tak boleh lari dari saya dah." Ucap Naufal. Anis hanya berdiam dan menundukkan wajahnya.


" Ehem.. Maaf Encik Naufal. Any problem?? " Tanya Lukman selepas berdehem. Dia mula mengesyaki sesuatu. Sungguh hatinya tidak senang.


" Tak ada apa. Cuma pulangkan barang. Okey, Cik Anis Nadira. Nice to meet you. Bye." Ucap Naufal lalu memakai kaca mata hitamnya.


" Dia ada buat apa-apa ke?" Lukman segera bertanya. " Eh, tak adalah. Dia pulangkan...pulangkan telefon saya." Jawab Anis. Serba salah dia kerana terpaksa berbohong. " Kalau macam tu tak apalah. Drive elok-elok." Pesan Lukman. Naufal di dalam kereta menggenggam stering keretanya. Panas hatinya melihat.


" Tak apa Naufal. Ini bukan pengakhiran. Tapi ini permulaan." Hati Naufal berbicara bagi memujuk dirinya.


*****************************


Malam itu, Anis di ruang tamu seperti orang gila. Berbicara sendirian.


" Aduh. Matilah nak,mati. Nak tarik balik usaha kerjasama tu rasa membazir pulak. Paling penting aku dah tandatangan kontrak dah. Mahu aku kena saman. Tapi ada Lukman, terjaminlah sikir boleh lari dari dia. Hai, hati. Bila tak ada kau cari. Dah jumpa kau lari." Ucap Anis pada patungnya seolah-olah patungnya boleh mendengar segala benda.

Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now