BAB 19

685 19 0
                                    

" Sayang..." Panggil Lukman lembut yang hendak berbaring atas tilam. Matanya merenung Anis dengan pandangan lembut dan menggoda.

" Ya??" Jawab Anis lembut. Lukman hanya memberikan senyuman.

" Apa pula laki aku nak ni...." Desis Anis.

" Pergi mandi, tak pun tukar baju. Tolong ibu hidang makanan." Ucap Lukman.

" Ouh,erm..Okey." Laju Anis bersetuju. Terus dia berbangun dari pembaringannya. Sempat lagi dia melepaskan nafas lega.

" Aih.. Fikiran aku. Malu, ceq." Anis bermonolog ketika menutup pintu biliknya. Lukman yang berada di atas tilam tersenyum melihat gelagat Anis.

" Sayang, sayang. Tunggu rumah kita sendiri ya." Monolog Lukman sambil mengeluarkan beberapa helai pakaian. Nasib baik dia sudah bersolat di kawasan rehat. Boleh berehat sebentar sementara menunggu Encik Razak dan Kimi.

************

Anis yang sudah membersihkan diri terus membantu ibunya di dapur. Ibunya sedang memanaskan lauk. Anis terus mencapai jug air untuk membuat air. Tersenyum Puan Fatimah melihat anaknya.

" Senang hati ibu tengok adik dengan Lukman." Ucap Puan Fatimah.

" Alhamdulillah ibu." Balas Anis pendek sambil tangannya mengacau air yang dibuatnya. Tidak tahu untuk mengeluarkan kata-kata lagi kerana dirinya terasa sangat bahagia. Dia berharap agar perkahwinannya kekal hingga ke akhir hayat.

" Assalammualaikum." Ucap Encik razak. Kimi mengikuti Encik Razak dari belakang.

" Waalaikumussalam." Jawab Anis dan Puan Fatimah. Anis terus menyalami Encik Razak dan abangnya.

" Simpan laki ke dik? " Soal Kimi mengusik adiknya.

" Ada. Dalam bilik. Baru lepas mandi." Jawab Anis. " Bilalah aku nak dapat kakak ipar." Sambung Anis lagi.

" Eh... Kau dah kahwin, lebih baik senyap. Poyo ar..." Balas Kimi. Encik Razak hanya tersenyum. Dia terus mengambil tempat di meja makan. Ketika itu Lukman terus keluar dari bilik. Dia terus menyalami Encik razak dan Kimi.

" Ayah, apa khabar?? " Soal Lukman.

" Alhamdulillah. Tapi, biasalah orang tua. Kaki ini mana larat sangat." Jawab Encik Razak.

" Memandangkan semua dah ada, jomlah makan." Ucap Kimi tidak sabar.Melihat makanan yang dihidangkan membuatkan perutnya berkeroncong.

" Dahlah berbualnya. Makan dulu. Nanti sambung berbualnya. Ayah ni pon bukannya bekerja lagi. Bolehlah nak berbual sampai lewat malam pun tak apa." Ucap Puan Fatimah. Mereka terus menjamu selera dengan gembira apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul.

*************

Anis dan Lukman berbaring di atas tilam selepas berbual bersama keluarga Anis. Mata mereka memandang siling bilik seolah-olah melihat bintang di langit.

" Abang. Anis nak tanya sikit. Seandainya saya dah pergi jauh dari hidup abang, abang akan sentiasa sayangkan saya tak? " Soal Anis. Anis berasa risau apabila Lukman bangun dari pembaringannya dengan riak wajah yang lain daripada biasa.

" Anis. Kita baru je kahwin. Kenapa nak tanya benda-benda macamni? Ke Anis dah tak sayangkan abang? " Tutur Lukman dengan lembut tetapi nada ketegasan boleh didengari.

" Bukan macamtulah abang. Sorrylah buat abang terasa. Kita ni tak tahu ajal kita sampai bila. Lagipun, kita ni tak boleh halang dengan takdir yang dah ditentukan. Sebab itu kita kena bersedia dengan segala kemungkinan. Kita tutup cerita ni ya. Anggap je Anis tak pernah tanya abang soalan tu." Balas Anis sambil memegang kedua-dua belah pipi Lukman.

" Abang bukan nak marah sayang. Tapi pertanyaan sayang tu buat abang risau. Apapun yang terjadi, sayang tetap disini selpas cinta abang kepada Allah, Rasullah dan kedua ibu bapa abang. Ucap Lukman ikhlas sambil tangannya dilekapkan di dada. Dahi Anis dikucup penuh kasih sayang.

****************

Lima bulan kemudian.

" Abang !!" Laung Anis. Dia terus ke muka pintu apabila terdengar enjin kereta milik Lukman tiba. Gembira rasanya apabila mengetahui punca-punca 'demam'nya itu selepas pergi ke hospital.

" Ya, sayang?! " Jawab Lukman. Lukman yang menutup pintu kereta terus meluru masuk ke dalam rumah selepas mendengar jeritan Anis. Risau jika berlaku apa-apa kepada isterinya. Dia kini mengambil alih syarikat abahnya.

" Sayang, are you okay? " Soal Lukman dengan muka cuaknya.

" Abang, kita akan ada anak." Ucap Anis. Lukman yang mendengar terus memegang kedua-dua belah pipi Anis. Lukman seperti inginkan kepastian sekali lagi. Anis hanya membalas dengan beberapa anggukan. " Dah tiga minggu." Beritahu Anis.

" Alhamdulillah." Lafaz Lukman tanda betapa bersyukurnya dengan kehadiran bakal cahaya matanya. Anis terus dirangkul ke dalam pelukannya.

" Sayang kena jaga diri sayang dengan lebih baik mulai hari ini. Abang nak cadangkan kita rahsiakan dulu benda ini. Bila kandungan dah stabil yang sebetul-betulnya, baru kita bagitau ya." Ucap Lukman.

" Anis pun fikir macamtu. Insya Allah, Anis akan jaga kandungan ni sebaik-baiknya." Balas Anis sambil menggosok perutnya.

" Patutlah sebelum ni mood swing. Lagi pelik nak makan kek yang tak pernah-pernah nak makan kek Secret Recipe terus nak makan." Omel Lukman. Anis hanya tersenyum sedangkan ada rasa gusar tersimpan di dalam hati.

**************

Anis yang kepenatan pulang dari bekerja terus ke dapur untuk menghilangkan rasa dahaganya. Tudungnya juga belum dibuka. Bersyukur dia apabila kandungannya sudah hampir mencecah 24 minggu. Ketika dia mengambil cawan, Perut Anis terasa sakit seperti dicucuk-cucuk. Dia mula risau apabila cecair merah dapat dilihat apabila kainnya mulai basah.

" Ya Allah." Ucap Anis.Lukman yang baru pulang dari kerja di Melaka membawa sejambak bunga. Sepatutnya dia perlu pulang esok. Tetapi dia ingin membuat kejutan. Akhirnya dia yang diberi kejutan apabila terdengar suara Anis yang cemas. Terlepas bunga dari genggamannya.

" Sayang." Panggil Lukman. Dia terus mencempung Anis dan meluru ke hospital. Hanya doa sahaja di hati masing-masing semasa dalam perjalanan.

**********

" Abang." Panggil Anis dengan suara yang lemah.

" Ya. Abang ada je." Balas Lukman.

" Macammana dengan anak kita? " Soal Anis.

" Nanti doktor bagitau. Sabar ya." Ucap Lukman. Sebenarnya dia juga risau bagaimana dengan kandungan isterinya.

" Doktor, macammana dengan keadaan isteri kan kandungannya?" Soal Lukman apabila Doktor Fauziah tiba. Anis yang tidak larat bertanya hanya mendiamkan diri. Doktor Fauziah memandang Anis dan Lukman. Akhirnya, dia bersuara.

" Maaf, encik."


==============

Malam ini tunggu bab seterusnya ya..


Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now