BAB 20

649 18 0
                                    

          Alaisha termenung jauh. Hubungannya dengan Anis menjadi rapat ketika Anis banyak membantunya selepas dia kemalangan. Anis juga sudah tahu bahawa Alaisha merupakan anak angkat pak cik dan mak ciknya.  Alaisha mula memahami isi hatinya. Selama ini dia memang mencintai Naufal tetapi niatnya yang lebih suka melihat Anis menderita mengelirukan perasaannya sendiri. Kini, sayangnya kepada Naufal semakin bertambah apabila Naufal bersabar menjaganya selama dia tercedera.

          " Kenapa duduk tepi pantai ni seorang diri? " Soal Naufal. Dia terus duduk sebelah Alaisha. 

          " Tunggu suami tak sampai-sampai lagi. " Jawab Alaisha. Naufal memandang Alaisha dengan pelik lalu bertanya.

          " Yang duduk sebelah awak ni siapa? " " Bukan suami awak?? " Soal Naufal lagi. Rasa takut Naufal yang hadir sebelum ini terhadap Alaisha bukanlah semata-mata takut andai Anis tercedera, tetapi dia takut Alaisha menghancurkan kehidupannya sendiri. Berkahwin dengan dia, membuatkan dia lebih mengenali Alaisha. Lafaz cinta mula terucap apabila Alaisha ingin mengundur diri dari perkahwinan . Mereka dalam proses mencuba dalam perkahwinan.

***************

          " Maaf,encik. Boleh saya bercakap dengan Puan Anis sebentar? " Soal Doktor Fauziah. Lukman hanya mengangguk. Berat hatinya meninggalkan Anis. 

          " Puan, saya nak tahu sampai bila puan nak rahsiakan perkara ni? Puan pun tahukan keadaan puan yang sebenarnya dari awal kehamilan puan lagi. Jadi, puan perlulah jaga diri puan dengan kandungan sebaik mungkin. Kalau boleh, jangan angkat benda berat,elakkan stress." Jelas Doktor Fauziah.

         " Saya tahu. Tapi yang penting sekarang ni, kandungan saya okey je kan?" Soal Anis.

         " Alhamdulillah. Kandungan okaey. Cuma dengan uri puan berkedudukan rendah..." Belum sempat Doktor Fauziah menghabiskan ayat Anis mencelah

          " Saya rasa doktor tak perlu jelaskan lagi. Saya memang dah tahu dari awal lagi. Jangan risau. Kuasa Allah, mana tahu semuanya selamat. Kalau tak pun, mungkin dah takdir." 

          " Baiklah kalau itu pilihan puan. Saya tak boleh buat apa." Ucap Doktor Fauziah lalu beredar. Melihat riak risau yang berada pada wajah Lukman, dia menghampiri Lukman dan menjelaskan bahawa kandungan Anis berada dalam keadaan selamat.

*************

          Doktor Fauziah menunggu kehadiran rakannya. Air kopi sudah tiba bersama roti bakar yang dipesannya.

          " Dah lama tunggu ke? " Soal Aishah.

         " Tak adalah. Lagipun saya faham malam-malam minggu ni, biasalah jalan lagi jam." Jawab Fauziah. Apabila makanan habis dimakan. Fauziah menceritakan tentang salah seorang pesakitnya. Semasa Fauziah bercerita, dia terlepas menyebut nama Anis.

          " Jap,jap,jap. Siapa penuh patient you. Kalau tak silap saya, awak ada sebut nama Anis kan?" Soal Aishah, khuatir.

          " erm... Nma dia Anis Nadira Bt Razak. Do you know her?" Soal Fauziah semula.

          " Yup. Dia kawan saya. Tapi, saya nak kepastian lagi sama ada itu orang yang sama atau tidak. So, hantar profile patient tu pada saya. Kalau itu kawan saya, biar saya tolong awak uruskan dia." Ucap Aishah. Dalam hati semoga orang itu bukanlah Anis.

********

          Aishah memandu dengan fikiran yang runsing. Memikirkan pesakit yang diceritakan Fauziah. Setiap ibu pasti tidak mahu anaknya diapa-apakan. Yalah, namapun ibu. Pastinya setiap ibu ingin melindungi anak.

          " Hello." Jawab Anis apabila telefonnya berbunyi. " Sorry sayang. Lupalah. Macamni, balik ni saya teman awak pergi sana. Repeat balik date kita yang tak jadi haritu.Alang-alang kan.." Ucap Aishah. Dia terlupa yang Fazril ingin dia pulang awal ke rumah kerana Fazril ingin merasa masakannya. Beberapa hari ini, Aishah selalu sibuk. Jarang untuk Aishah memasak makanan yang istimewa.

         " Okey, awak yang cakap macamtu. Saya cuma nak awak masakkan untuk saya je. Tapi awak dah cakap macamtu, baguslah. Dah lama tak luangkan masa. Rindu ni. Balik elok-elok. Kita keluar sama-sama je nanti. Saya tahu awak penat. Bye." Ucap Fazril lalu memutuskan panggilan selepas Aishah bersetuju.

************



Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now