BAB 14

666 16 0
                                    

Anis mulakan hari dengan senyuman selepas mendapat pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp. Dia tahu Lukman pasti bingung bagaimana hendak menjelaskan semua yang berlaku ini kepada Naufal. Dia teringat kejadian malam tadi.

" Awak ni tak faham-faham lagi ke? Okey, jangan salahkan saya kalau saya terima Naufal, kahwin dengan Naufal."

" Awak akan bahagia dengan dia." Jawab Lukman pendek.

" Awak fikir bahagia ke kahwin dengan orang yang kita tak sayang. Ini lagi membuatkan saya derita. Naufal lagilah. Derita sebab kahwin dengan orang yang tak sayangkan dia. Derita sebab saya bagi harapan palsu." Soal Anis.

" Saya sayangkan awak. Tapi saya tak tau nak berhadapan dengan dia." Luah Lukman akhirnya.

" Saya tolong. Esok saya dah check out. Awak lagi beberapa hari saja lagi kan nak balik Malaysia. Nanti saya aturkan semuanya." Pujuk Anis. Tenang hati Lukman.

************

Hati Naufal seakan pudar apabila diberitahu oleh Shida, pembantu peribadi Anis bahawa Anis sudah dua hari di Brunei. Dia ingat Anis masih berada di kampungnya sendiri. Gambar yang dia dapat seminggu lepas, sahaja dia membiarkan. Gambar Anis dan Lukman elok sahaja terletak di atas meja membuatkan dia berasa lebih baik untuk berundur diri.

" Peluang hanya sekali. Begitu juga cinta. Sekali terlepas, akan selamanya terlepas." Naufal bermonolog. Dia terus menyibukkan diri bagimelupakan segala masalah. Ketika waktu makan tengah hari, Naufal tidak keluar.

" Alisha, boleh belikan saya makanan tak? Anything. and, I have a favour. " Ucap Naufal.

" Saya call Pizza Hut je lah. Lagipun, saya tak ada mood nak makan. Apa yang boleh saya buat?" Jawab Alisha senada. Dia juga seperti keliru dengan diri sendiri. Naufal atau ...

" Teman saya makan." Balas Naufal pendek. Dia sebenarnya tahu gambar yang diterimanya itu, siapa pengirimnya. Cuma, dia ingin melihat apa lagi tindakan dari Alisha. Aliha yang mendengar termangu. Hatinya berdebar. Kali pertama dipelawa oleh si dia. Tapi, apa sebenarnya perasaan dirinya terhadap Lukman.

Dendam??

*******

Beberapa tahun dahulu.

" Cuba tengok anak pak cik kamu tu." Ayat itulah ayat azimat yang selalu dia dengar. Dibandingkan dengan sepupu angkatnya sahaja. Kehadiran dirinya tiada siapa pun sedar. Dari kecil dibandingkan.

" Yalah mak cik. Saya jahat. Tak ada guna nak bela saya. Saya ada buat baik, ada kejayaan, pujian? Tak ada. Saya cuma minta satu sahaja ucaplah tahniah ke kalau saya berjaya.tapi, tetap tak ada walaupun pujian untuk saya baik Lisha ni. Yalah, saya tak ada pertalian darah. Mak cik jaga saya pun sebab arwah ayah minta kan?" Balas Alisha. Walaupun dia bercakap masih bernada lembut, tapi kata-katanya menikam hati ibu angkatnya.

" Aku akan ambil apa yang boleh buat kau bahagia, Anis Nadira!! " Jerit Alisha.

*********

Lukman menunggu kehadiran Anis di dalam kereta. Dia melihat Anis telah sampai dan memakirkan keretanya. Lukman terus keluar menunggu Anis. Hari ini, mereka mahu berterus terang kepada Naufal.

" Awak takut eh? " Soal Anis. Sebenarnya dia pun takut. Sengaja dia menutupi rasa cuaknya itu.

" Awak menipu pun sebenarnya tak lah pandai mana. Tu, muka tu pucat je." Balas Lukman. Sempat dia memberi senyuman sinis tapi bukan yang kejam. Sinis, ikhlas.

" Dahlah, jom. Bercakap dengan awak sampai kedai ni tutup belum tentu." Sindir Anis.

Masuk sahaja mereka ke dalam restoran itu, mereka terus menyapa Naufal. Mereka hanya memesan air sahaja. Yalah, nama pun hendak berbincang. Takkanlah nak makan lagi. Baru sahaja ingin membuka mulut tiba-tiba ada yang bersuara.

" Sorry, lambat sampai" Ucap gadis itu. Naufal memberikan senyuman kepada gadis itu cukup sinis. Gadis itu terus duduk bersebelahan Naufal.

" Tak salah kan kalau I nak tahu apa yang nak dibincangkan dengan bakal tunang I?" Soal Gadis itu lalu memberikan senyuman yang manis tapi beracun.


Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now