BAB 13

645 22 0
                                    

Anis menghirup udara segar di kampungnya. Terasa segar sekali apabila berjoging di sekitar perumahannya. Pulang sahaja ke rumah, dia terlihat dua buah kereta di halaman rumahnya. Dia terus memberi salam lalu masuk ke rumah.

" Waalaikumussalam. Ha, Anis masuk. Tengok siapa yang datang." Ucap Puan Fatimah. Anis terus ke arah ruang tamu. Dia terkejut melihat tetamu tersebut.

" Eh, Puan Sri Zarina. Kenapa datang?" Soal Anis. Pelik dia melihat kehadiran ibu Naufal. Sepatutnya yang datang adalah ibu kepada Lukman.

" Panggil aunty je. Tak payah berpuan sri sangat." Ucap Puan Sri Zarina. " Aunty ni datang nak merisik kamu. Lepas itu teruskan pernikahan. Tak payah bertunang. Macammana?" Soal Puan Sri Zarina.

" Erm, aunty. Saya betul-betul mintak maaf. Sepatutnya.." Belum sempat Anis menghabiskan ayat, Puan Sri Zarina berkata, " Lukman kan? Lukman dah ceritakan semuanya. Sebenarnya dia nak kamu dengan Naufal."

" Aunty, saya rasa saya kena fikir betul-betul aunty. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya naik bilik dulu." Anis terus beredar. Dia tidak kisah melihat pandangan mereka yang bersama-sama Puan Sri Zarina.

" Maaflah, Zarina. Tapi kalau boleh, biarlah Anis fikir masak-masak. Sebab ini masa depan dia." Kata Puan Fatimah.

" Baiklah. Saya pun tidak memaksa. Saya balik dulu, ya." Pamit Puan Sri Zarina.

***********

Ketika makan malam, Puan Fatimah pelik kerana Anis tidak turun makan sejak dari tengah hari lagi. Dia mula risau. Sudahlah Anis ada gastrik.

" Kimi, kamu dah panggil adik kamu turun ke tadi? " Soal Puan Fatimah dengan nada tegas.

" Dahlah, ibu. Lagipun, adik tengah mogok, boikot Kimi ni. Nak buat macam mana?" Balas Kimi dengan nada manja.

" Kamu tu, duk bersubahat dengan Naufal bagai. Kamu ingat adik kamu tu bola. Mana dia tak boikot kamu. Ibu ni dah dengar segala luahan hati dia. Kimi, adik kamu tu perempuan. Ada maruah. Jangan masuk campur hal-hal macamni lagi, ya? " Nasihat Puan Fatimah. Kimi hanya berdiam diri. Yalah, bila ibu dah bersuara. Lagipun betul apa yang dikatakan ibunya.

*********

Keesokan harinya, Anis mengemas pakaian ke dalam beg. Dia mengambil pasportnya simpan ke dalam beg tangannya lalu keluar berjumpa ibunya.

" Ibu, adik pergi dulu. Cakap dengan Kimi, adik dah maafkan dia dah. Kesian pulak dia dari malam tadi duk ketuk pintu bilik." Ucap Anis.

" Kamu pasti ke nak ke Brunei ni? Ibu risaulah." Luah Puan Fatimah. Anak bongsunya ini hendak ke luar negara, mana tidak risau. Tambahan lagi, dia keseorangan.

"Ya, ibu. Don't worry okey?" Balas Anis. " Don't worry lah sangat." Ucap Puan Fatimah lalu memeluk anaknya erat.

*********

Anis duduk menginap di Radisson Hotel Brunei. Puas hati dia dengan layanan yang diberikan di hotel tersebut. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor Lukman.

" Hello. Awak dah tau kan apa tujuan saya datang sini? Jumpa dekat Bandar Seri Begawan. Now!! " Ucap Anis pendek. Hari ini dia ingin meluahkan segala yang terpendam.

********

" Awak fikir saya ni apa? Bola? Tendang sana, tendang sini. Ini awak kata awak sayang saya? Cakaplah. Dari tadi senyap je? Saya bukan cakap dengan waiter dekat sana. Saya cakap dengan awak." Panjang lebar Anis meluahkan sakit hatinya. Lukman menanggalkan kaca mata hitamnya lalu meletakkan ke atas meja. Dia melihat Anis. Jeda.

" Saya tanya awak ni. Awak ingat.." Anis terus terdiam selepas Lukman berbicara.

" Saya buat ni sebab saya sayang awaklah. Saya tahu awak still sayangkan Naufal. Saya lebih rela duduk di belakang awak daripada duduk di hadapan awak, awak tak hiraukan saya."

" Lukman, simpan kata-kata pujangga awak tu. Ouh, jadi awak lebih faham isi hati sayalah berbanding diri saya sendiri. Hebat. Awak ada fikir tak, kenapa saya sanggup datang sejauh ni semata-mata nak minta penjelasan awak? Kenapa saya tak direct je tanya pada Naufal. Fikirlah." Ucap Anis lalu beredar. Lukman hanya mendiamkan diri sahaja. Buntu.

Lukman membuka pesanan ringkas yang baru diterima. " Jangan lembap fikir sangat boleh tak? Saya perempuan, takkan nak cakap isi hati saya!! " Lukman berfikir-fikir lagi dengan pesanan tersebut. Dia terus tersenyum. Tapi, senyumannya pudar.

" Macam mana dengan Naufal nanti. Aku dah bagi dia harapan." Desis Lukman.


Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now