BAB 6

877 25 0
                                    

Aishah memasuki kereta yang telah menunggu dia di hadapan rumah tadi. Dia terpaksa menumpang lelaki itu kerana keadaan dirinya. Tambahan lagi, mama dan abahnya mempercayai lelaki tersebut. Dia mendapat panggilan dari mamanya semalam yang menyuruhnya untuk pulang ke kampung.

"Ada tak barang yang tertinggal ke? " Soal Fazril. " Tak ada kot. Jomlah. Cepat pergi, cepat kita sampai. " Jawab Aishah dengan mendatar. Fazril hanya memendam rasa. Dia faham apa yang dilalui Aishah. Penyakitnya memerlukan masa lagi untuk sembuh. Dia meneruskan perjalanan ditemani dengan alunan lagu di radio.

***********************************

Dato Ferhad masih menunggu kedatangan Amirul. Walaupun anaknya melarang dia bertemu Amirul, dia tetap ingin berjumpa untuk menjelaskan semuanya. Dia melihat Amirul datang ke arahnya.

" Duduklah. " Arah Dato Ferhad. Amirul menarik kerusi dan duduk bertentangan Dato Ferhad. " Uncle nak cakap tentang Arisya. Sebelum itu, uncle nak kepastian. Amirul masih sayangkan Arisya? " Ucap Dato Ferhad.

" Persoalan tu dah tak berguna dah uncle. Dia yang tinggalkan saya." Jawab Amirul ringkas. " Uncle rasa, uncle tak boleh berdiam diri lagi. Uncle perlu ceritakan jugak sebab apa dia tinggalkan kamu. Arisya terpaksa. Dulu, uncle pon nak marah,tapi bila dapat tahu puncanya uncle tak tau nak bereaksi macammana. Arisya disahkan ada ketumbuhan di rahimnya.Jadi, dia terpaksa melakukan pembedahan. Dia lari dari kamu sebab doktor sudah memberitahunya dari awal, jika pembedahan tidak berjaya, dia tidak mungkin akan mengandung. Setiap wanita mesti nak anak dari rahimnya sendiri. Uncle tahu betapa hancur hati dia. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tubuh badan semakin sihat, tapi hati masih sakit. Terkenangkan kamu, Amirul." Terang Dato Ferhad dengan panjang lebar.

" Astaghfirullah. Betul ke ni uncle? Saya ingat saya terseksa. Rupanya dia lagi terseksa. Frankly, I'm still love her." Ucap Amirul. Dato Ferhad menghembuskan nafas lega. Seandainya, Amirul tidak percaya, pastinya dia akan menunjukkan surat rawatan Arisya sebagai bukti.

**********************

Fazril dan Aishah sampai di rumah Puan Ina, ibu kepada Aishah. Aishah mengeluarkan begnya dari but kereta. Dia menunggu emaknya membuka pintu rumah.

" Terima kasih hantar saya. Awak pergilah balik." Ucap Aishah. Puan Ina tiba-tiba menyampuk berkata, " Masuklah rumah dulu Fazril. Minum air sikit. Badan tu bagi rehat kejap."

" Tak apalah mak cik." Fazril menolak pelawaan Puan Ina. Dia tahu Aishah kurang senang dengannya. Aishah yang menyalami Puan Ina terus meluru masuk ke rumah.

" Sabarlah dengan perangai dia. Mak cik pun tak faham. Kenapa dengan kamu saja yang dia tak ingat apa-apa." Kata Puan Ina dengan nada pelik. " Saya pon tak tau. Tak apalah mak cik. Erm, saya balik dulu ya. Kirim salam dengan pak cik." Pamit Fazril. " Yalah. Nanti pak cik balik mak cik sampaikan salam, InsyaAllah.

" Mak, dah-dahlah layan si Fazril tu. Karang abah jealous nanti." Ucap Aishah dengan nada bergurau. Puan Ina mengambil tempat di meja makan bersama-sama Aishah. " Mengarutlah. Tunang kamu, tu. Akak nak makan ke?" Soal Puan Ina. Aishah menggeleng lalu berkata, " nak tunggu abah. Kita makan sekali ramai-ramai."

" Mak baru teringat. Kejap eh." Kata Puan Ina. Dia terus ke biliknya mengambil sesuatu " Nah, kad jemputan kahwin." Jelas Puan Ina. Aishah membaca nama yang tertera ' Haifa dan pasangannya...'. " Siapa ni mak, akak tak kenal pon." Ucap Aishah. " Kamu takkan tak ingat. Haifa??" Soal Puan Ina, Aishah menggeleng tanda tidak ingat. " Anis ?? " Soal Puan Ina lagi dan masih jawapan Aishah tetap sama.

*************************

Anis sudah tiba di kampung. Dia teringat pada awalnya sampai di kampung. Bila mak cik gossip di lori ikan bukan sahaja membeli ikan tetapi menjadi wartawan bergerak.

" Kawan sebaya banyak dah kahwin. Aku je tak lagi. Tapi tak payahlah nak cakap andartu bagai, Kalau jodoh tu tak muncul lagi nak wat macammana? Kahwin awal,tapi bercerai, tak ada gunanya jugak. Mulut Cik Milah ni, kalau diikutkan aku sodok dengan ikan patin. Mulut hanyir macam ikan!!" Bisik hati Anis. Jarinya menghentak-hentak skrin tabnya.

" Jangan lupa rewang rumah aku tau. Dan aku ada cerita sangat mengejut." Pesanan ringkas dari Haifa dibaca oleh Anis melalui aplikasi Whatsapp.

Maaf Jika Aku PergiTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon