BAB 22

1.1K 37 5
                                    

        " Encik, saya minta maaf. Isteri encik mengalami pendarahan yang terlalu banyak. Dia juga sudah lemah ketika pembedahan dijalankan dan isteri encik tidak dapat diselamatkan. Saya minta maaf." Lukman yang mendengar berita yang disampaikan terus terduduk. Keluarga Lukman dan Anis ketika itu baru sahaja sampai apabila dimaklumkan oleh Haifa keran Lukman terlalu memikirkan keadaan Anis. 

      " Doktor, bayi yang didalam kandungan pula macammana?" Soal Aishah apabila melihat keadaan Lukman yang sudah lemah. Encik Ahmad membantu mengangkat Lukman supaya duduk di sebelah Encik Razak. Encik Razak hanya terdiam tetapi air matanya tetap mengalir di pipinya. Puan Fatimah pula memeluk Kimi apabila mendengar perkara tersebut. Haifa pula terdiam. Dia cuba menahan diri daripada menangis. Begitu juga dengan Aishah. 

      " Bayi yang dilahirkan adalah bayi lelaki. Buat masa ini bayi tersebut akan berada dalam pantauan kami kerana bayi yang dilahirkan adalah pra-matang." Jelas doktor tersebut. Aishah dan Haifa berpandangan. Masing-masing dengan fikiran yang kosong.

***********

      Usai sahaja majlis tahlil Anis. Lukman terus masuk ke dalam bilik. Dia terus membuka sampul yang diberikan Aishah. Songkok dikepalanya ditangggalkan lalu diletakkan atas meja kerjanya. Semasa membuka lipatan kertas itu mulutnya mengucapkan ungkapan Bismillahhirrahmanirrahim.

     " Assalamualaikum, abang. Anis tahu abang mesti kecewa dengan sikap Anis yang ingin merahsiakan apa yang dialami Anis. Tapi, entah kenapa Anis seperti dapat merasakan bahawa Anis ni akan tetap pergi jauh dari hidup abang. Anis bukannya mengalah semasa dapat tahu penyakit Anis. Anis ada juga buat check up. Tapi nak buat macammana, penyakit yang mula menghilang datang semula. Sejak dari itu Anis hanya berdoa supaya anak kita hidup sudah mencukupi kerana seandainya saya sahaja hidup dan anak kita tidak, saya tetap sukar untuk mengandungkan zuriat awak lagi. Pemergian saya ini, dengan harapan abang halalkan segala makan minum Anis, maafkan Anis dan yang paling penting tolong jaga anak kita sebaiknya. Anis juga kesal tidak berpeluang memberi anak kita merasai walaupun setitis susu ibu. Sepanjang anak kita menginjak ke umur yang lebih dewasa, saya berharap supaya abang sentiasa menceritakan bagaimana sikap mummynya ini. Saya hendak dia mengenali saya walaupun hanya dalam sekeping gambar. Saya juga izinkan abang untuk bernikah suatu hari nanti jika hati abang terbuka untuk yang lain asalkan wanita itu juga boleh menerima anak kita dan bayang-bayang saya. Salam sayang dari saya,isterimu, Anis Nadira. Satu benda yang jarang sekali saya ungkapkan,akan saya luahkan. Abang, saya cintakan abang dan terima kasih beri saya peluang menjadi isteri abang hingg akhir hayat saya.

          * Maaf Jika Aku Pergi* " Kertas tersebut terus dilipat dan disimpan di dalam laci. Lukman memegang cincin Anis iaitu cincin pernikahan mereka. 

        " Sayang, abang rasa baru semalam saja kita kahwin. Abang tak tahu nak buat apa lepasni. Tetapi abang bersyukur sekurang-kurangnya abang dapat merasa suapan terakhir sayang, bergurau dengan sayang. Abang akan berusaha menjaga anak kita dengan baik. Abang cintakan sayang." Luah Lukman sambil mencium cincin tersebut. Dia terus menyimpan cincin tersebut ke dalam kotak dan diletakkan di dalam lacin bersama surat tadi.

*************

Tujuh tahun kemudian.

          " Hebatlah anak daddy ni. Juara lumba lari. Fuyoo." Ucap Lukman sambil mengusap kepalanya manaka sebelah tangannya masih di stering kereta. 

       " Mestilah hebat. Anak daddy kan." Balas Hakim. " Daddy, jom pergi rumah mama." Ucap Hakim.

      " Boleh." Balas Lukman.

************

        " Hakim makan sini, meh. Mama masak special untuk Hakim. Ajak Amira sekali." Ucap Alaisha sambil tangannya lalu menghidangkan makanan. Amira berusia dua tahun lebih muda berbanding Hakim. 

        " Jomlah makan. Bini aku dah masak banyak dah tu." Ucap Naufal. Naufal dan Alaisha banyak membantu Lukman sepanjang membesarkan Hakim. Alaisha yang tidak bekerja akan menjaga Hakim. Tambahan lagi Alaisha merupakan sepupu angkat Anis juga.Pada cuti sekolah atau hujung-hujung minggu, Lukman akan membawa Hakim ke rumah kedua-dua belah datuk dan neneknya. 

       " Yalah. Tapi aku nak balik awal. Esok pagi nak bawa anak aku pergi lawat kubur Arwah Anis.Dari Haritu nak pergi tapi aku ada meeting dekat Brunei haritu. Lagipun nak bgi Hakim ni tidur awal. Takut dia penatkan. Sebab tadikan bersukan. Nasib baik aku sempat datang masa itu." Ujar Lukman.

      " Okey. Terserah. Tapi, ni ada problem sikit. Anak aku ni tak nak berenggang dengan anak kau. Plus, esokkan ahad.Dia cakap dia nak tidur rumah kau. So, aku nak tanya kau boleh ke idok?" Soal Naufal. Lukman yang mendengar terus tergelak.

      " Bolehlah. Lagipun kau dengan Alaisha selalu jaga anak aku. Nak upah, bayar kau tak nak." Jawab Lukman.

     " Okey. Bagus. Dah jomlah." Balas Naufal. Dia sengaja tidak menghiraukan soal bayaran upah menjaga Hakim.

****************

        " Assalamualaikum, mummy. Haritu periksa, Hakim dapat nombor dua. Lepastu semalam, Hakim ada sukan dekat sekolah. Hakim menang." Cerita Hakim selepas Lukman selesai membacakan Yasin. Amira hanya diam melihat Hakim. Matanya tidak lepas memandang Hakim, abang angkatnya itu.

      " Dah habis cerita?" Soal Lukman kepada Hakim. Hakim menganggukkan kepala. Lukman terus berkata.

      " Sayang, abang berharap sangat sayang berpuas hati dengan cara abang membesarkan Hakim. Walaupun sayang tiada di sisi abang tetapi sayang tetap di dalam hati abang. Alhamdulillah, abang bahagia dengan kehidupan sekarang. Cukuplah Hakim ada dengan saya. Anis, abang balik dulu ya. Amira pun macam dah lapar balik. Kuat makan anak kawan awak tu. Tapi, tak gemuk-gemuk juga. Hakim pun gembira bila berkawan dengan Amira. Abang balik dulu ya. Assalamualaikum." 

      Lukman membiarkan Hakim jalan dihadapannya bersama-sama Amira. Tersenyum dia melihat telatah mereka. Dia berdoa semoga kebahagiaan ini kekal walaupun pelbagai dugaan bakal menimpa.

++++++++++++++++++

Selesai sudah kisah Anis dan Lukman. Mintak maaf jika ada sebarang kekurangan. Saya menulis pun saja-saja. Semoga pembaca terima dengan pengakhiran hayat Anis kerana itu yang rakan saya hendak ceritanya sebegitu. Apapun, tunggu cerita baru yang akan saya hasilkan. Tidak lama lagi, InsyaAllah. Thanks sesiapa yang vote.. Love you..

#Crush_on_u

     



Maaf Jika Aku PergiOnde histórias criam vida. Descubra agora