BAB 11

728 24 0
                                    

Anis dan Lukman masih mendiamkan diri. Menunggu salah seorang membuka bicara. Air yang dipesan sudah tiba. Anis mengacau air sirap aisnya menggunakan straw. Fikirannya masih menerawang. Lukman yang tidak tahan dengan sikap Anis mula bersuara.

" Anis, kalau ada masalah, cerita je dekat saya. Saya akan setia mendengar masalah awak. " Ucap Lukman.

" Saya nak cerita. Tapi... "Belum sempat Anis menghabiskan ayat, Lukman bersuara lagi.

"Awak memang tak percayakan saya ke? " Anis serba salah mendengarnya. Dia akui Lukman baik, memahami dan pandai mengunci mulutnya. Akhirnya, Anis menceritakan tentang hubungannya dahulu bersama Naufal dan bagaimana hubungan mereka terputus.

" Okey, saya faham. Tapi pada pandangan saya, dia mungkin ada sebab kenapa dia tak bagitau awak.Dia tak nak awak menunggu ataupun kecewakan awak.

" Kalau itulah alasannya, memang dia silap. Ouh pergi tanpa alasan sebab tak nak saya ternanti-nanti. Habistu, dia fikir dengan pergi macam tu saya tak fikir pasal dia? Tak menanti kehadiran dia? " Luah Anis. Sudah lama dia memendam rasa sakit hatinya itu.

" Anis, awak tak ingat, dulu Arisya tinggalkan Amirul pun tanpa sebab. At last, baru tahu yang dia sakit selama ini. Lebih baik awak berdepan dengan Naufal. Mungkin lebih baik. " Ucap Lukman. Dia percaya setiap orang pasti ada alasan apabila melakukan sesuatu sama ada alasan itu baik atau sebaliknya.

" Entahlah. Untuk berdepan dengan dia, saya tak pasti lagi bila. Saya ni pakar dalam kaunseling. Tapi bila melibatkan masalah sendiri, saya pulak tak pandai mengawal keadaan. Saya rasa macam tak layak je." Kata Anis.

" Pakar kaunseling, ada hati, ada perasaan. Nama pun manusia." Tutur Lukman. " Anis, saya nak cakap dengan awak sikit. Saya tau ini masa yang tak sesuai. Lepas awak dengar semua benda ini, saya nak awak fikir betul-betul dan seandainya awak menolak, kita masih jadi teman " Panjang lebar Lukman menerangkan. Anis hanya menayangkan muka pelik kerana akalnya masih tidak mencapai apa yang dimaksudkan oleh Lukman.

" Saya nak awak jadi isteri saya. " Luah Lukman. " Saya bagi awak tempoh untuk berikir. Saya akan ke Brunei untuk tiga minggu. Kalau awak dah ada keputusan, telefon saya. Kalau awak setuju, rombongan akan datang. Kalau tak, saya berharap kita masih berkawan. Tapi seandainya awak tak selesa jadi kawan lagi, jangan risau. Saya takkan dekat dengan awak. " Tulus sekali Lukman berbicara.

" Lukman, terima kasih atas kejujuran awak. Erm, saya dah lambat. Lupa pulak saya ada banyak lagi kerja. Saya pergi dulu. Owh ya, tentang tadi saya akan fikirkan. " Ucap Anis. " Tak salah rasanya kalau aku terima dia. Lupakan Naufal !! Yup, lupakan dia. " Desis hati Anis.

********************

Anis berjalan pantas ke arah meja setiausahanya apabila mendengar suara seperti bertengkar. Anis terdiam melihat kehadiran Naufal Dia mula berfikir, inilah masanya untuk meluahkan rasa yang terbuku.

" Tak apa Shida. Biar saya uruskan. Encik Naufal boleh masuk bilik saya untuk berbincang." Ucap Anis tanpa melihat perubahan pada riak wajah Naufal. Dia sengaja memanggil Naufal dengan gelaran 'Encik' .

" Anis, listen to my explaination please." Kata Naufal selepas masuk ke dalam bilik Anis.

" Encik Naufal, sila duduk. Saya pun ada banyak perkara nak cakap dan tanya." Ucap Anis dengan nada tenang sedangkan hatinya hanya Allah yang tahu.

" Anis, saya..." Baru sahaja Naufal ingin menerangkan keadaan yang terjadi tadi terus terdiam apabila melihat Anis ketawa sendirian. " Anis ?" Panggil Naufal.

" Encik Naufal, kenapa dulu awak tinggalkan saya? Now, explain! " Tegas Anis berbicara. Dia merasakan cintanya hanya dipermainkan.

" Awak taukan, kita memang dah rancang nak tunang, kahwin. Tapi masa tu nenek saya yang jaga saya dari kecil nak saya kahwin dengan orang lain. Kami bertunang, sambung belajar. tapi di tempat berlainan. Sebab itu saya hiraukan awak beberapa minggu selepas kami bertunang lepastu terus ke luar negara. Parents saya tak boleh buat apa. Nenek memang nekad dalam sesuatu keputusan yang diambil. Tapi, saya dah memutuskan pertunangan bila perempuan tu saya jumpa berpelukan dengan lelaki lain di depan saya. Waktu tu, nenek saya ada dengan saya. Dia datang melawat dengan parents saya. Nenek pun terkejut dengan penampilan perempuan tu dari bertudung sempurna, tapi malang, dia hanya bermuka-muka di depan nenek sahaja. Faham-fahamlah." Panjang lebar Naufal menerangkan.

" Thanks for your explaination. So, kalau tak ada apa-apa Encik Naufal boleh keluar. Owh ya, InsyaAllah saya akan bertunang tahun ini. " Laju Anis berbicara. Sedangkan dia masih memikirkan lagi tentang lamaran dari Lukman. Naufal yang mendengar terkedu. Dia hanya melihat muka selamba Anis yang menyelak helaian kertas-kertas di dalam failnya.

" Ada apa-apa lagi Encik Naufal? " Soal Anis. Naufal hanya beredar. Ketika hendak menutup pintu, sempat Naufal berkata sesuatu kepada Anis. " Saya nak awak tau, hati saya terluka."

______________


Maaf Jika Aku PergiOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz