BAB 21

682 19 0
                                    

          Anis duduk berehat di taman rumahnya. Dia juga sudah menghidangkan air teh o panas dan cucur ikan bilis. Dia mengusap perutnya yang semakin sarat sambil menunggu kepulangan Lukman. Usia kandungannya hendak masuk 9 bulan. Dia risau apabila dia kerap berlaku pendarahan walaupun tidak banyak. Jika pergi ke hospital tiada guna juga kerana dia sudah berada di fasa 4. Dia juga takut Lukman mengetahui penyakit sebenarnya. Dia mula teringat pertemuannya dengan Aishah beberapa bulan yang lepas.

          " Aku tahu perasaan kau tu Anis. Tapi yang aku tak faham kenapa kau tak nak share langsung masalah kau dengan Lukman. Aku tak nak nanti, masa kau bersalin, dia dapat tahu benda tu. Aku takut dia keliru. Kesian dia. Aku bukan nak doakan buruk-buruk tapi fikirlah dengan kemungkinan yang akan berlaku. 

          " Aku tak kisah seandainya aku dah tak ada. Kalau aku hidup pon kau tahukan apa yang akan berlaku. Tapi, kalau aku hidup dan bayi aku hidup, aku tak kisah walaupun seorang sahaja cahaya mata aku." Balas Anis. 

          " Tolong ada disamping suami aku seandainya dia keliru. Tolong paskan ni dekat Lukman seandainya aku tak ada." Ucap Anis lagi. Aishah hanya menggelengkan kepala sahaja.

          " Sayang !! Hey, teringatkan siapa tu?" Soal Lukman dari belakang. Anis betul-betul tidak menyedari apabila kereta Lukman masuk ke garaj.

          " Ingatkan pakwe lama." Jawab Anis selamba. Lukman yang mendengar terus bertukar riak. Anis terus memaut lengan Lukman lalu berkata

        " Alololo. Anis main-main je lah. Takkanlah saya yang tengah macam dugong ni nak ingatkan orang lain."

         " Saya tahu. Saja nak manja." Balas Lukman selamba lalu dicuit hidung Anis.

         " Abang,  minumlah. Nasib baik cucur ni panas lagi. Makanlah cepat sebelum sejuk. Nanti tak sedap pula." 

         " Ya, sayang." Balas Lukman. Dia terus membuka butang di hujung lengan bajunya lalu menaikkan lengan baju hingga ke siku lalu pergi ke paip untuk membasuh tangan.

        " Suapkan." Ucap Lukman apabila sudah mengambil tempat duduknya.

        " Ya,ya tadi basuh tangan. Tapi nak suruh orang suapkan."

        " Sayang, janganlah bosan layan abang. Herm, baby... Tengok mummy ni. Dia dah tak sayangkan daddy." 

       " Heih.. Abang jangan nak mengada-ngada. Nah saya suapkan." 

       " Besar sangatlah. Tukan panas lagi. Koyakkanlah sikit, pastu tiup,bagi sejuk."

       " Ya, abang sayang." 

       " Sayang, abang risaulah sayang tinggal sorang-sorang. Nak ambik maid tak bagi. Suruh tinggal dengan umi, sayang cakap tak nak menyusahkan. Lagipun, sayang tu bukan boleh buat kerja berat lagi." Bebel Lukman. Anis hanya tersenyum mendengar leteran Lukman.

      Selesai sahaja minum petang, Anis ingin membawa dulang yang berisi teko,cawan dan piring tadi untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Baru sahaja dia bangun, Lukman datang menghampiri lalu membawa dulang tersebut masuk.

       " Abang nak sayang berehat je. Faham?" Tegas Lukman. Lukman berfikir dia perlu bertegas. Beberapa hari ini, dia selalu tidak sedap hati. Anis berjalan perlahan dari be;akang Lukman. Lukman telah masuk ke dalam rumah dulu. Tiba-tiba..

      " Abang !! " Jerit Anis. Lukman yang mendengar terus berlari keluar. Melihat darah yang membasahi seluar Anis membuatkan Lukman terkedu. Dia terus mencempung Anis masuk ke dalam kereta. Rumahnya hanya pagar utama ditutup kerana pagarnya automatik.

      " Sayang, sabar ya." Ucap Lukman. Lukman menguatkan semangat membawa kereta. Tangannya yang masih menggigil tidak dipedulikan. Asalkan isteri dan anaknya selamat.

*****************

       " Apa?? Tahap empat.??" Soal Lukman terkejut apabila Aishah memberitahunya. Anis masih di dalam wad pembedahan. Haifa hanya mendiamkan diri. Dia juga sudah lama tahu penyakit Anis. Cuma dia tidak faham kenapa Anis seperti tidak mahu mendapatkan rawatan. Tetapi Haifa tahu bahawa rawatan itu agak sukar dilakukan.

      " Placenta Preavia (uri berkedudukan rendah). Banyak benda sebenarnya dia kena jaga. Kepekatan darah pun kena pastikan tidak terlalu cair. Satu benda saya nak bagitau. Anis ataupun anak yang akan dilahirkan itu berisiko tinggi untuk meninggal. Saya tahu ini bunyinya kejam. Tapi, itu kenyataan. Saya nak awak kuatkan semangat walau apapun yang terjadi. Dia juga sanggup hilang nyawa untuk anaknya. Jadi, terimalah sebarang perkara yang akan berlaku." Panjang lebar Aishah berkata. Dia tahu kata-katanya seperti hendak membiarkan Anis meninggal. Tetapi itu yang diminta Anis supaya dia menceritakan apa yang berada di hati Anis.

      " Saya pergi surau kejap. Maghrib dah masuk. " Tenang sahaja Lukman meminta diri sedangkan hatinya yang walang tidak siapapun yang tahu. Dalam doanya dia meminta supaya semuanya dalam keadaan yang selamat dan diberikan peluang untuk hidup dalam kelurga yang lengkap. Lukman segera ke bilik pembedahan. Haifa dan Aishah juga baru tiba di situ setelah masing-masing menunaikan solat. Sudah hampir lima jam menunggu. Baru sahaja Lukman mahu lebih menghampiri doktor bedah tersebut bertanya.

       " Mana suami pesakit?" Lukman segera ke arah doktor tersebut.

       " Encik, saya minta maaf."


^^^^^^^^^^^^^^

tinggal lagi 1 bab sahaja.. tunggu..


Maaf Jika Aku PergiKde žijí příběhy. Začni objevovat