BAB 15

637 17 0
                                    

Kami hanya berpandangan antara satu sama lain. Anis dan Naufal duduk bersebelahan manakala Naufal dan Alisha duduk bersebelahan. Anis merasakan sesuatu dari senyuman Alisha. Alisha pula yakin bahawa Anis tidak pernah tahu bahawa mak ciknya ada membela anak angkat. Alisha dengan selamba bersuara.

" Kita jumpa ni memang nak membisu atau diam seribu bahasa?" Soal Alisha.

" Nope." Balas Anis pendek.

" Sebenarnya kami nak mintak maaf dekat Naufal. Especially, saya. Sebab bagi harapan pada Naufal, tapi saya yang hancurkan. Tapi, tak tau pulak yang dia ni dah ada bakal tunang." Terang Lukman sambil matanya memandang Alisha. " Apa lagi agenda kau, Alisha?" Desis Lukman.

" Sebenarnya saya dah agak dah. Don't worry. I'll try my best to endure it."Balas Naufal. Anis pula hanya mendiamkan diri.

" Pelik. Dulu duk nak explain bagai. Siap hantar rombongan. Tapi semudah ni dia terima. Tak ke aneh." Fikiran Anis sudah mengeluarkan akal menyiasatnya.

" Kalau tak ada apa-apa kami gerak dulu. Jom, Lisha." Ucap Naufal pendek lalu menarik tangan Alisha.

Anis dan Lukman hanya berpandangan sahaja.

*************

Naufal menarik tangan Alisha ke keretanya. Alisha menarik tangannya dari genggaman Naufal.

" Lepaslah!!" Jerit Alisha. Dia terus menggosok pergelangan tangannya.

" Kalau kau apa-apakan Anis, taulah apa aku nak buat!!" Ugut Naufal. 'senjata' rahsianya itu membuatkan Alisha terpaksa menurut kata-katanya. Naufal terus masuk ke dalam keretanya. Manakala, Alisha terus beredar ke keretanya.

Masuk sahaja ke dalam kereta, Alisha menghentak stering keretanya. " Kau tunggu apa aku nak buat nanti!! " Jerit Alisha seperti orang gila.

************

" Alhamdulillah. Tak adalah rasa bersalah sangat. At least, dia dah nak bertunang." Luah Anis kepada Lukman. Dia mencapai biskut kering dan mencicah biskut ke dalam air teh o panasnya.

" Tulah. Lega sikit. Okeylah Anis. Hang up. Assalammualaikum." Ucap Lukman.

" Waalaikumussalam." Balas Anis. Dia terus mengambil alat kawalan jauh dan menukar rancangan yang menarik perhatiannya.

**********

Naufal berasa risau akan pandangan Alisha kepada Lukman. Pandangannya bukan dasar cinta, tetapi untuk merampas agar Anis menderita. Dia bermain-main dengan jarinya. Akhirnya, satu kata putus telah ditetapkan.

" Aku akan ikat dia dengan segera dalam perkahwinan ini." Tekad Naufal.

==============

*maaf bab ini memang pendek. Apapun esok pagi bab 16 akan saya update. Terima kasih !!*



Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now