BAB 9

690 24 0
                                    

Fazril yang melihat terdiam. Dia ingin berpaling tetapi terhenti melihat Anis yang memandang ke arah Naufal dan Aishah. Fazril menghampiri Anis.

"Jauh termenung? Ataupun tengah tengok sesuatu?" Soal Fazril.

" Eh, mana ada. Ni ha, mak Aishah suruh hantar berkat ni dulu. Nanti mak dia sampai."Jawab Anis dengan pantas agar kelihatan yakin.

"Ouh,okey. Saya pergi dulu. Thanks." Ucap Fazril sambil mengangkat berkat di yang sudah beralih ke tangannya. Anis pula pergi mencari kelibat Lukman. Sebelum beredar matanya masih mamandang Naufal.

***********

Kerancakan Naufal dan Aishah berbual terhenti dengan kehadiran Fazril. Naufal yang seakan memahami dengan riak muka yang ditunjukkan Fazril meminta diri dan beredar.

"Boleh pulak yer, berbual dekat bawah cahaya matahari ni. Tak panas ke? Tak tau kenapa, saya rasa sekarang ni lagi panas dari tadi kan?."Ucap Fazril sambil menekan punat kunci keretanya lalu masuk ke dalam kereta. Gaya percakapannya juga seakan-akan menyindir. Riak mukanya juga turut berubah.

"Mama mana?" Soal Aishah setelah menaiki kereta. " Tu, dah sampai." Jawab Fazril dingin sambil melihat Puan Ina di cermin pandang sisi keretanya. Aishah hanya membisu dengan layanan Fazril.

***********

Kenduri kahwin telah selesai. Semua tetamu sudah pulang. Lukman juga telah pulang setelah menerima panggilan kecemasan. Anis mengambil tempat duduk selepas penat berkemas. Dia hanya menikmati pemandangan waktu malam.

"So, kita kahwin nanti nak buat macam mana?" Soal Naufal tiba-tiba dari arah belakang. Dia lama memerhati Anis. Dia juga perasan dengan kehadiran Anis ketika berbual denga Aishah petang tadi.

"Merepek apa ni? Hish, lebih baik awak balik homestay awak, sebab saya rasa awak ni dah penat." Balas Anis. Terdengar soalan yang diutarakan oleh Naufal cukup membuatkan jantungnya terhenti.

"Saya rasa awak patut balik. Lagi-lagi awak tu perempuan. Ni balik naik apa? Nak lewat malam dah ni." Tanya Naufal ingin tahu.

"Naik basikal.Erm nanti baliklah. Dalam pukul 10.30 macam tu."Jawab Anis dengan nada selamba.

"Owh,okey. Saya pergi belakang dulu." Pamit Naufal. Naufal tersenyum sinis. Tahulah apa yang bakal dia lakukan untuk taut semula hati Anis.

*********

Selepas bersalaman dengan Haifa dan saudaranya yang lain, dia terus ke tepi rumah untuk mengambil basikalnya. Baru sahaja hendak menaiki basikalnya, dia mula menyedari tayar basikalnya pancit.

"Alorh, tayar ni tadi okey je. Dahlah aku penat. Herm.. Jalan kakilah jawabnya." Anis membebel seorang diri.

"Nak saya tolong?" Soal Naufal. Naufal memberikan senyuman manis. Anis menggaru kepalanya beberapa kali tanda dia sedang berfikir. Naufal hanya tersenyum melihat gelagat Anis.

^^^^^^^^^^^

Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now