Part 4

4 0 0
                                    


ELISA menghampiri padang bola dengan seribu satu macam perasaan. Takut, segan dan geram silih berganti mengambil tempat di hatinya. Namun, demi sebuah persahabatan dia teruskan langkah. Dia kuatkan semangat. Dia ketepikan fikiran negatif. Yang penting tugas harus dijalankan sebaik mungkin. Tugas berat yang mungkin akan berjaya dan mungkin juga tidak.

Dua orang lelaki berpakaian sukan dengan muka berpeluh dalam raut keletihan melangkah meninggalkan padang tempat latihan. Terus pandangan mereka tertumpu ke arahnya yang sedang berdiri di garaj keseorangan. Elisa yakin mereka bukan lelaki yang dicarinya. Wajah mereka biasa-biasa sahaja. Sedangkan Rifqi seorang lelaki kacak seperti mana yang sering didengar dari mulut Aliya. Sekali terpandang wajah Rifqi, pasti ingin menoleh kali kedua. 'Hmm... ada-ada saja!'

"Rifqi masih berlatih?" aju Elisa dengan penuh debar.

"Erm... ye..." balas salah seorang lelaki tersebut. "Kenapa?"

"Ada hal nak jumpa dia. Yang mana satu Rifqi?" aju Elisa sambil mata jatuh ke tengah padang.

"Awak tak kenal lelaki yang awak nak jumpa?" soal lelaki itu kembali dengan dahi berkerut.

Elisa geleng kepala. Dia bukan nak tunjuk berlagak, tapi dia memang tidak mengenali Rifqi.

"Tu, sana!" Lelaki tersebut memuncungkan mulut ke tengah padang.

"Baju-T hijau?"

"Hitam kuning."

Mata Elisa terus tertumpu ke arah lelaki yang memakai baju-T berwarna hitam dan kuning. Ketinggian lelaki itu melebihi pemain-pemain yang lain.

"Terima kasih," ucap Elisa dengan harapan kedua lelaki tersebut akan beredar segera. Elisa mahu bercakap sendirian dengan Rifqi tanpa ada sesiapa.

"Awak ada urusan dengan dia?"

Elisa mengangguk.

"Urusan apa?"

"Kalau setakat nak berkenalan dengan dia, baik lupakan saja. Dia takkan layan. Buang masa saja," pesan lelaki yang sedang melambung-lambung kunci kereta. Sejak tadi dia hanya berdiam diri. Nampak seperti lelaki sombong.

"Saya bukan nak berkenalan dengan dia. Saya ada urusan lain."

Elisa menggigit bibir. Belum apa-apa lagi kedua lelaki tersebut sudah tahu niat di dalam hatinya.

"You ada urusan apa dengan dia?"

"Adalah." Rimas Elisa kerana kedua lelaki tersebut enggan berganjak. Mereka tentu sahabat-sahabat Rifqi.

"You pelajar baru ke?"

Elisa menggeleng. "Dah masuk tahun akhir."

Selamba Elisa berbohong. Kedua lelaki tersebut tentu menyimpan niat hendak membulinya andai dia mengaku sebagai pelajar baru. Para senior tak pernah beri muka dengan pelajar tahun pertama.

"Ye ke? Kenapa tak pernah nampak you pun sebelum ni?"

"Betullah. I pun tak pernah nampak you sebelum ni. Betul ke you dah lama belajar di kolej ni?" aju lelaki yang berwajah sombong.

Dahi Elisa berkerut. Macam mana dia mahu menyelesaikan tugas andai dia terus disakat kedua lelaki tersebut?

"Jom minum."

Elisa menggeleng. Dia terus beredar dari kawasan tersebut. Sebelum tembelangnya pecah, lebih baik dia beredar terlebih dulu.

"Intan payung, tunggu!"

Elisa tidak mengendahkan panggilan kedua lelaki tersebut. Dia terus melangkah meninggalkan kawasan padang. Di kafeteria, dia menghabiskan masa. Sesekali dia memanjangkan leher memandang ke bawah. Rifqi masih berlatih di bawah panas terik mentari petang. Kedua lelaki yang menyakatnya tadi sudah tidak kelihatan di kawasan parkir tepi padang.

MENJEJAK MEMORIWhere stories live. Discover now